Friday, March 30, 2012

Nasi minyak, beriani ayam...

Assalamualaikum to all...

Menu hari ini pula, hasil dari teringin makan Nasi Minyak rumah kenduri kahwin. Entah mengapa, terbayang-bayang kesedapan Nasi Minyak itu yang menjadikan cik June sedikit rajin untuk menyediakannya gaya cik June mengikut apa yang masih ada di dalam stok simpanan. Tadaaa......

Hamboi! Makan sampai tak hengat dunia....

Cik June masak guna beras biasa aje, kalau dapat beras Basmathi yang panjang tu tentu lagi sedap, kan? Tapi syukur dengan apa yang ada, kalau nak lebih bagus kenalah berusaha keluar mencarinya. Makanya cik June ni sekarang saja-saja nak keluar kalau tak ada urusan penting, memang besar huruf 'M'nya tu. Apakan tidak, bil dibayar melalui internet aje dari rumah, tak perlu berbaris macam dulu di Pejabat Pos. Betapa kemudahan yang banyak telah disediakan untuk kita sekarang ini. Kalau tak pandai bersyukur tu, tak taulah nak cakap apa.

Hokey...bagi anak-anak yang ingin cuba membuat Nasi Minyak gaya cik June, kita selongkar bahan yang diperlukan.

NASI MINYAK...
Bahan-bahannya...
3 cawan beras 
1/2 tin susu cair
3 sudu minyak sapi + 3 sudu majerin
2 helai daun pandan ~ dibersihkan & disimpul
Kayu manis 
Halia 
Sebiji bawang besar


Cara menyediakannya....
1. Cuci beras dan toskan
2. Panaskan minyak sapi dan majerin. 
3. Masukkan halia dan bawang besar yang telah dikisar halus. Masukkan juga kayu manis. Biarkan bahan tadi sedikit kering dan naik baunya. 
4. Masukkan pula beras, digoreng sebentar hingga rata.
5. Tuangkan air dan susu cair, sebanyak mana yang diperlukan untuk menanak nasi. Masukkan simpulan daun pandan tadi. Taburkan sedikit garam.
6. Alihkan ke dalam rice-cooker dan masaklah macam biasa. 


Ayam beriani...

Nasi Minyak ini cik June makan bersama Ayam Beriani. Berikut bahan yang diperlukan untuk membuatnya.

AYAM  BERIANI...
Bahan-bahannya...
1 ekor ayam ~ cik June guna ayam panggang Tesco, jadi tak perlu hendak digoreng dahulu.
3 sudu rempah beriani
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
kayu manis
1 sudu besar kismis
segenggam gajus yang digoreng
1/2 tin susu cair
Tomato puree/sos tomato
gula/madu & garam


Cara membuatnya...
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar halus bersama kayu manis.
Biarkan ia sedikit kering dan naik bau.
2. Bancuh rempah beriani dengan sedikit air, dan masukkan ke dalam bahan tumis tadi. Gaul rata.
3. Masukkan sos/puree tomato. Gaul rata. 
4. Tuangkan susu cair + sedikit air jika perlukan kuah.
5. Masukkan gula/madu. Rasa asam garamnya.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang siap digoreng. Tabur dengan kismis & kacang gajus.
7. Biarkan merenih sekejap, kacau rata dan tutup api.




Jelatah...
Jelatah ini cik June buat mengikut bahan yang ada di dalam stok simpanan. Kalau ada nenas, boleh ditambah dengan hirisan nenas juga untuk menambah rasa masam manisnya. Berikut adalah Jelatah gaya mudah...

Bahan-bahan yang diperlukan...
1 batang lobak merah
1 batang timun
1 batang cili merah
1 labu bawang besar
cuka, garam & gula


Cara menyediakannya...
1. Potong lobak merah dan timun ikut cara kegemaran masing-masing.
2. Cili merah & bawang juga dimayang halus. Campur kesemuanya ke dalam satu bekas.
3. Gaul rata bersama cuka, garam & gula.





Tadaaa....inilah hasilnya.
Jemput makan!




Thursday, March 29, 2012

Vadai...

Assalamualaikum to all...

Going India? Hehehe....

Hari ini kita menjenguk resepi makanan masyarakat India yang paling femes sehingga orang Melayu dan Cina juga sudah pandai memakannya. Oleh kerana cik June pernah tinggal dikelilingi masyarakat India semasa di kawasan perladangan dahulu, maka cik June ambil kesempatan untuk mempelajarinya dari Tukang Kebun perempuan yang pernah bekerja di rumah cik June lama dahulu.

Thank you Saroja for the recipe.

Jom anak-anak kita intai resepi yang diajarkan oleh Saroja kepada cik June semasa kami tinggal di Merlimau, Melaka dahulu.

VADAI...
Bahan-bahannya...
2 cawan kacang dhal ~ cik June rendam semalaman
sedikit halia ~ dimayang
5 biji bawang merah ~ dimayang
2 batang lada merah/hijau ~ dihiris nipis
beberapa pelepah daun kari
secubit garam dan minyak untuk menggoreng




Bahan yg siap dikisar...

Cara membuatnya...
1. Kisar kacang dhal yang telah direndam. Rasanya lebih baik gunakan food processor kerana kita tidak mahu ia berair.
2. Campurkan dengan bahan-bahan yang dimayang dan dihiris halus tadi serta masukkan juga beberapa helai daun kari. Jika suka boleh juga dimayang halus daun kari ini.
3. Masukkan secubit garam dan digaul kesemuanya biar sampai sebati.
4. Bentukkan seperti membuat cucur badak dan boleh digoreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan.




Yang siap dikepal utk digoreng...



Siap utk dimakan...

SELAMAT MENCUBA!






Wednesday, March 28, 2012

Mihun Sup/Soto....

Assalamualaikum....

Semalam cik June ke Tesco Setia Alam, ayam panggang yang terjual lebih murah dari ayam mentah yang dijual sekor-sekor. Maka cik June ambil kesempatan membeli dua ekor ayam panggang. Nak diratah macam tu aje, bukan usianya barangkali. Jadi cik June jadikan ia santapan malam kami tiga beranak.


Kombinasi dari apa yang terdapat di rumah...maka terhasillah menu di atas ini...hehehe

MIHUN SUP/SOTO...
Bahan-bahannya...


1 ekor ayam ~ cik June guna ayam panggang siap dibeli dari pasaraya Tesco
Taugeh ~ kalau rajin, buang ekornya
Kacang tanah goreng
Telur rebus ~ stok masa demam. Takut rosak maka direbus dijadikan bahan sampingan...
Daun bawang/daun sup
Sebungkus mihun ~ dicelur






Bahan utk membuat supnya...
1 peket rempah sup tulang
1 peket serbuk rempah sup
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 inci halia 


Cara menyediakannya...
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dikisar halus. Masukkan 1 peket rempah tumis sup tulang tadi. Masukkan pula serbuk rempah sup dan di gaul rata di dalam kuah tadi.
2. Biarkan ia merenih dan naik bau. Tambah air sebanyak mana kuah diperlukan.
3. Apabila mendidih, masukkan ayam panggang yang dipotong ikut kegemaran masing-masing.
4. Biarkan kuahnya merenih di atas dapur.
5. Rasa asam garamnya. (Cik June tak letak asam keping atau sebagainya kerana semasa makan nanti, bolehlah diperah air asam limau di dalam sambal kicapnya).


Taburkan dengan bawang goreng dan daun bawang/sup apabila menghidang.

Hasil kerajinan, kentang yang sudah hampir mahu tumbuh menjalar di dalam bakul itu, cik June rebus dan jadikan begedil kentang. Sesuai dimakan dengan mihun sup/soto ini bersama sambal kicap cili padi. Mak ai!! Makan sambil nanges-nanges....siksa betul!


Begedil kentang & sambal kicap cili padi.
Bahan utk begedil kentang ~ cara mudah...
3 biji kentang ~ direbus hingga empuk. Siat kulitnya dan dilenyek halus.
3 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih ditumbuk lumat. Gaul ke dalam kentang lenyek. Renjiskan dengan sedikit lada sulah, garam dan daun bawang yang dihiris. 
Bulat-bulatkan dan celup ke dalam telur yang dipukul sebelum menggorengnya dengan api yang sederhana panas.

Untuk sambal kicap...
segenggan cili padi dan beberapa biji bawang putih di kisar halus bersama sedikit garam, kicap dan gula. 


Nampak sangat meriahkan? Moh ler ke dapur!





                           

Tuesday, March 27, 2012

Asam Rebus...

Assalamualaikum to all..........

Masih dengan menu orang tak sihat. Nak dimasak  asam pedas, tekak tak sihat...dah masuk bab batuk pulak. Jadi ikan parang yang dibeli beberapa hari sebelum demam itu, dimasak Asam Rebus sahaja memandangkan tekak nak makan berkuah yang berasa sedikit masam.

Lagi bagus kalau dapat makan Laksa Utara/Laksa Penang gitu....hehehe

Ikan parang...

Ikan parang memang sedap kalau dimasak Asam Pedas, anak-anak pompuan cik June memang pandai makan ikan yang bertulang ni...tapi anak-anak lelaki pulak tak pandai. Kalau nak jamu anak lelaki kena masak Kari Kepala Ikan, Sup Ikan Merah, Ikan Pari Bakar atau ikan-ikan yang di fillet sahaja.


...masukkan beberapa tangkai daun kesum & beberapa batang bendi....

Siapa yang teringin nak masak menu mudah ini...jom kita tengok resepinya di bawah....

ASAM REBUS IKAN PARANG...
Bahan-bahannya...


Ikan parang 
sedikit halia
sedikit kunyit
beberapa batang cili padi
bawang putih 
bawang merah
asam keping/gelugur
beberapa tangkai daun kesum
beberapa batang bendi


Cara menyediakannya....
1. Kisar cili padi, halia, kunyit, bawang putih dan bawang merah.
2. Curahkan ke dalam periuk yang berisi ikan. Kuah ikut suka hendak banyak mana. Biarkan ia menggelegak.
3. Masukkan asam keping dan garam sebagai perasa.
4. Masukkan pula daun kesum dan bendi tadi. Biarkan ia merenih sekejap sehingga bendi empuk.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



...lebih kurang rasa kuah laksa utara je...

Selamat Mencuba!








Sunday, March 25, 2012

Acar Ikan...

Assalamualaikum to all.....

Resepi ini ekoran dari menu simple untuk orang yang tidak berselera. Dekat seminggu cik June tak jumpa nasi tau? Tapi bila ingatkan ikan merah dua keping yang tersimpan itu sayang pula jika nanti rasanya sudah berubah menjadi tawar kerana disimpan terlalu lama.

Sepagian cik June bergolek ke kiri dan ke kanan mencari idea apa yang sesuai dijadikan bahan makanan yang dapat membuka selera. Badan memang tengah malas-malas lagi, kalau hendak masak dua tiga lauk memang 'tak dapeklah'.

Maka cik June lebur aje sayur yang dimasak ala acar itu di atas ikan merah yang digoreng. Hehehe...

Inilah hasilnya...acar ikan merah...

Dasar pemalas kan? Tapi ngam sungguhlah kena dengan nasi panas yang dimasak sedikit lembik. Laju aje ia menuruni tekak yang cerewet itu tadi.

Kalau anak-anak hendak mencubanya...cer lihat bahan yang diperlukan.

ACAR IKAN...
Bahan yang diperlukan...
Ikan ~ dilumur garam & kunyit & digoreng. 
Lobak merah
Timun & segala macam sayuran yang sesuai untuk dibuat acar
Bawang besar ~ dipotong bulat
Halia ~ dimayang
Bawang putih ~ dititik
Lada benggala/lada merah/cili api
1/2 cawan sos cili
2 camca besar cuka
3 sudu besar gula
secubit garam


Cara membuatnya...
1. Tumis bawang putih dan halia. Masukkan sos cili, cuka dan gula. Gaul rata.
2. Masukkan sayuran dan bawang besar tadi. Gaul rata.
3. Rasakan asam garamnya. Jika mahukan berkuah, tambahkan sedikit air. 
4. Bila sayuran empuk, tutup api.
5. Curah ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
6. Makan dengan nasi panas.


Sungguh menyelerakan...






Saturday, March 24, 2012

Bubur Nangka...

Assalamualaikum to all...

Apa khabar semua agaknya ye? Cik June baru je kebah dari demam yang meleret-leret hingga berminggu lamanya. Demamnya kejap aje...tapi tekak mengada tu yang membawa badan jadi malas. Bila tak ada selera tu automatik masak pun malas. Itu tak suka...ini tak mahu...

Tapi tiba-tiba tekak tu teringin nak makan Bubur/Pengat Nangka pulak. Mujurlah ada dijual di supermarket dalam kuantiti yang sesuai untuk cik June sorang. Alhamdulillah!

Bubur/Pengat Nangka...

Bukan nak makan banyak mana pun...tapi kalau dah teringin tu kena buat juga. Maka terhasillah bubur/pengat yang simple ini. Adoyai! Bahagianya setelah mendapat apa yang dimahukan si tekak ini. Resepinya mudah sahaja anak-anak. Kalau ada yang mahu mencuba, cer tengok apa bahan yang diperlukan.

BUBUR/PENGAT NANGKA..
Bahan-bahannya..


6 ulas isi nangka ~ dihiris 
2 helai daun pandan ~ dicuci & disimpul
1/2 cawan sagu biji ~ direndam sekejap
200 ml santan kotak
400 ml air
1/2 cawan gula pasir ~ boleh kurangkan jika nangka itu manis isinya
secubit garam


Cara membuatnya....
1. Jerangkan 400 ml air ke dalam periuk bersama gula pasir dan daun pandan.
2. Apabila mendidih, masukkan santan, isi nangka dan sagu yang telah direndam tadi.
3. Kacau selalu.
4. Apabila sagu mulai jernih, masukkan secubit garam. Gaul rata dan tutup api.



Tadaaa......siap utk dimakan....


Sunday, March 4, 2012

Muffin Pisang...

Assalamualaikum to all.......

Jom jamu mata....

Dah lama cik June nak buat muffin pisang ni. Tapi setiap kali ada sesisir pisang 
di rumah memang tak sempat nak dibuat apa-apa pun kerana anak-anak gemar makan 
begitu sahaja. Kalau nak makan muffin pisang kena beli...tapi sebenarnya bukan payah 
sangat membuatnya dan ia juga tidak memerlukan banyak pisang untuk menghasilkan 
sebanyak 12 biji muffin.


Cik June ambil resepi dari CMG yang famous sebagai salah seorang blogger masakan. 
Anak-anak bolehlah ke blog beliau melihat hasil air tangannya.


Jom layan apa bahan yang diperlukan...


MUFFIN PISANG...
Sumber diperolehi dari CMG


1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1/2 tsp garam
3 biji pisang emas ~ dilecek + sedikit garam
1 tbsp mayo
1 biji telur
beberapa titik esen pisang
3/4 cawan gula halus
1/3 cawan mentega cair/minyak jagung




Cara membuatnya...
1.  Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius.
2.  Dalam satu bekas, satukan telur, gula perang & mayo. Kacau rata dengan whisk 
     hingga sebati.
3.  Masukkan pisang lecek, minyak jagung/mentega cair dan esen pisang. Kacau rata.
4.  Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate. 
     Gaul pantas hingga sebati.
5.  Sudukan ke dalam bekas muffin sebanyak 3/4 penuh.




6.  Bakar selama 25 minit. ( Oven cik June cuma memerlukan masa selama 15 minit 
     sahaja)




     Sejukkan atas jaringan.


...cik June taburkan dgn chocolate rice sebelum dibakar...


Tadaaaa....sedia utk dimakan.......




                                                       Practice Makes Perfect...cubalah!











Saturday, March 3, 2012

Kari Kepala Ikan...

Assalamualaikum to all.........

Anak-anak cik June kalau call mesti tanya, "mama masak apa?"

"Masak biasa-biasa aje...tak jumpa ikan dah beberapa hari di Setia Alam ni....asyik aaaaayam je."
Sahaja cik June menekan panjang pada ayat ayam itu menandakan sudah jemu. Bukan tak ada kot?
Cuma cik June malas meronda jauh sikit...cari di kedai yang ada di depan mata aje.

Maka N3 hari ini hasil dari jalan-jalan ke pasar hujung minggu bersama anak sulong cik June. Mabuk
cik June melihat pelbagai ikan yang terjual di situ. Itu hendak...ini hendak. Tapi yang menarik minat
tiba-tiba tu bila ternampak kepala tenggiri yang bergolek tanpa dipedulikan. Mungkin bahagian kepala
orang berkira jugalah kerana harga mahal juga, isinya tak seberapa. Si adik amat menggemari Kari
Kepala Ikan, maka tanpa membuang masa, cik June rembat ajelah...hehehe

...terlupa nak dicabut giginya dulu. Nampak menakutkan pulak...hehehe

Bahan-bahan yang diperlukan....


...of cos lah kepala ikan...


...rempah kari pilihan...


...bersama bahan sampingan...


Untuk anak-anak yang hendak mempelajari cara memasaknya, cik June cadangkan 
ke dapur Madiha aka Ratna kerana idea cik June terhasil dari blogwalking ke dapur 
beliau yang tidak menggunakan santan di dalam gulai karinya. Silakan anak-anak.


Tidak secara langsung cik June promote dapur beliau juga. Kalau ikut cik June, main 
campak-campak aje. Tapi anak-anak yang baharu hendak belajar itu sudah semestinya 
ingin tahu berapa banyak bahan yang diperlukan. Cik June pula, memang ada lemau sikit 
bab hendak menaip dan menyalin kembali resepinya.


Terima kasih cik June ucapkan kepada tuan empunya resepi asal yang sudi berkongsi 
resepi yang sedap ini. Selagi resepi ini diguna pakai...selagi itu pahala kebaikan 
diberikan kepadanya. Aamin!




...sapa yg minat biji matanya tu?....




                                                           Practice Makes Perfect. Cubalah!









Thursday, March 1, 2012

Kerabu Kacang Botol...

Assalamualaikum to all........

Untuk anak-anak yang kehabisan gas memasak, cik June cadangkan buat kerabu aje. Memang senang...
cuci-cuci dan hiris-hiris sahaja. Resepi diperolehi dari dapur Secubit Garam. Boleh refer di sini.....

Cik June menggantikan kelapa parut yg digoreng dgn kerisik...

Bahan yang diperlukan...

Kacang botol yag dicuci bersih dan dihiris nipis........

Bunga kantan, bawang merah, cili merah & limau kasturi....

Bunga kantan ~ dimayang
Bawang merah ~ dimayang
Cili merah/cili padi ~ ditumbuk atau dimayang
Limau kasturi ~ diperah airnya
sedikit kelapa parut yang digoreng tanpa minyak/kerisik


Cara menyediakannya....
Masukkan kesemua yang dimayang tadi ke dalam satu mangkuk besar.
Gaul rata dan rasa masam manisnya. 


P/s: Tak ada ikan pekasam, cik June ganti dengan 1 senduk kecil cencalok yang sudah 
ditoskan airnya. Jadi anak-anak tak payah letak garam jika menggunakan cencalok kerana ia sudah sedia masin.


Apa-apa ajelah....kan kita yang buat dia? Cubalah! 


Practice Makes Perfect.