Friday, June 14, 2013

Mango juice...

Assalamualaikum to all......

Cik June dah gantung periuk belanga kerana sibuk dengan menulis. Semenjak Cinta Sambal Belacan laris di pasaran, pihak editor sudah meminta manuskrip terbaru untuk diterbitkan jika boleh pada karnival tahun depan.

Untuk tidak menutup blog kegemaran cik June ini, cik June isilah dengan segala yang berkait rapat dengan masakan. Harap anak-anak terima idea terkini cik June ini. Apabila punya masa lapang dan diizinkan Allah, cik June akan cuba isi dengan entri dari resipi cik June sendiri. Insyaa Allah...

Sementara itu, silalah tatap apa yang telah cik June kopipes di entri kali ini....

SUPER FRUIT MANGOES...

The most popular fresh fruit in the world, mangoes are a whole lot more than just a delicious, refreshing treat produced by nature. As evidenced by copious scientific research, mangoes are also a powerful medicinal food, as they contain nutrients that can help clear up skin, promote eye health, stave off diabetes, and even prevent the formation and spread of cancer
Courtesy~Organic eBooks


Thursday, May 2, 2013

My Hana Ohsem...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sungguh... cik June sedang sibuk dan tidak sempat hendak merakam gambar-gambar masakan cik June. Namun, Cik June rasa bersalah pula bila blog Practice Makes Perfect dilihat masih menerima kunjungan. Maka cik June cuba isi dengan N3 yang memuatkan gambar cucu cik June yang sangat berminat dengan kerja-kerja membaking gaya Anna Olson...hehehe *:-B nerd


sukahatilah Hana...asalkan dia bahagia...


Setiap kali dia dibawa ke rumah Cik June, pada hari-hari cuti am atau hujung minggu, dia akan minta untuk membaking. Kebetulan pula namanya juga Hana.

Cik June layan ajelah...asalkan jangan dia mengajak bermain di luar. Jadi, sambil-sambil jaga dia yang tekun menggelek adunan entah nak dijadikan apa, Cik June masih sempat menulis. Nampak dia tekun benar menggelek dan menerap adunan. 

Pada mula dia bertandang ke rumah Cik June, ketika itu Cik June sedang membuat karipap. Maka lebihan dari adunan itu Cik June berikan kepadanya agar dia leka. Sekarang ini pula dia sudah pandai minta diwarnakan.

Semalam, cuti Hari Pekerja... Hana datang lagi dan kali ini dia sudah pandai minta diberikan acuan dan menggayakan adunan yang telah Cik June warnakan.


gasak dialah apa nak jadi pun....

Mudah-mudahan dia rajin ke dapur bila besar nanti. In syaa Allah *:-)/\:-) high five

Salam Selamat Hari Pekerja buat semua!