Tuesday, December 4, 2012

Bingka Labu...

Assalamualaikum to all.........

Cik June muncul pagi ini dengan N3 Bingka Labu. Sabo je la...
Masakan cik June memang tak sempat hendak bergambar sejak kebelakang ini...mungkin kerana cik June masak waktu dah suntuk-suntuk macam kat warung, barangkali.

Bingka Labu ini dikira selamat sikit kerana ketika baru siap masak, ianya masih sangat panas untuk dipotong. Cik June buat sebelum Maghrib...jadi kiranya ia ditinggalkan masak sendiri selama 45 minit itu di dalam oven tanpa rasa bimbang dan ragu. Memang cantiklah kejadiannya...tak sabar nak potong masa tu.

Oleh kerana dibuat untuk dijadikan sarapan pagi, maka kami telan air liur je la dulu...



Bekal si Kakak..

Adik yang ke hulu ke hilir tadi hanya memandang sambil terkuis-kuis bijan yang ditabur di atasnya. 

"Kuih apa ni ma?"

"Bingka Labu."

"Mana mama dapat labu?"

Isy! Berapa banyak tanya da... "....yang nak buat Sekaya semalam tak jadi tu?"  Haaa!! Nak tau cerita pasal labu ni? Sedih betul...

Pagi minggu tu cik June dah siap mengukir sebiji labu dan dimasukkan dengan adunan untuk Sekaya di dalamnya. Selepas dimasukkan ke dalam pengukus, cik June sambung kerja menjemur pakaian dan terus terlebih rajin, siap menyapu, membersihkan laman dan mencuci kereta. 

"Makkkk!!"   ~X( at wits' end Baru cik June teringat, cik June tadi ada mengukus labu. Apalagi? Tak cukup tanah cik June berlari ke dapur. Cepat cik June menutup api dapur yang sememangnya sudah melebihi dari waktu yang diperlukan. Huh! Lega.#:-S whew!

Namun...

Kuang! Kuang! Kuang!
Labu yang dikukus tadi sudah kembang menjadi bunga matahari. Sedih  :(

"Tak jadi ke ma?" tanya Adik yang turun untuk bersarapan.

"Isinya dah terbarai," jawab cik June sedih campur kecewa. Kalau emak-emak zaman dulu harus dah lari ke Batu Belah. Rumah cik June kebetulan dalam area Batu Belah kalau ikut coverage di talian DIGI tu. 

 :( Gila arr...macam mana cik June boleh asyik sangat sampai terlupa? Hisy!!



Sudah separuh selesai...



Akhirnya...cik June korek isi labu yang siap dikukus tadi dan tukar menu kepada Bingka Labu pula.
Maka...inilah hasilnya, tada.......  :D big grin

Oleh kerana cik June ni masak main campak-campak dan agak-agak aje, maka cik June google resipi yang lebih kurang dengan bahan-bahan yang cik June gunakan. Orang lamalah katakan...main sukat pakai cawan aje. Jadi di google tu dapatlah resipi dari Yatimemories yang terkenal dengan kuih bingka dan talamnya. 

Ayuh ke dapur kita selongkar bahan-bahan yang diperlukan...

BINGKA LABU...
Sumber : Yatiememories.blogspot.com

BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
  • 2 biji telur
  • 2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir halus
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
  • 2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.
**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya. 




...bingka labu kuning...


Kreatip jugalah kiranya cik June ni kan? Isi sekaya tu memang tak dapat hendak diselamatkan kerana sudah bercampur dengan air kukusan. Uwargh!! Sedih gila... :(( crying

Lain kali cuba lagi...kena letak alarm clock kat situ jangan sampai terlupa pula...hehehe




Terima kasih Yatie kerana berkongsi resipi Bingka Labu yang enak ini. Cik June siap kopipes terus ke blog cik June. :D big grin

Alhamdulillah...walaupun tak jadi sekaya, labu tadi mampu dihasilkan untuk menjadi kuih yang lain pula. Mujur tak jadi habuan Miss Tong Sam Pah, kan?

Selamat Mencuba!