Tuesday, January 29, 2013

Klepon/Onde2...



Assalamualaikum to all....

Eh? Benda alah apa tu? Muahaha....
Ini kuih Klepon kalau panggilan orang Indonesia. Cik June sempatlah belajar sikit bahasa mereka ketika suami cik June dihantar bertugas ke sana. Hehehe...*:D big grin


Klepon/Onde2

Sudah beberapa hari bercuti sejak Sambutan Maulidur Rasul sehinggalah ke Hari Thaipusam, adik yang tekun dengan kerja-kerja sekolahnya itu, tiba-tiba sahaja menyebut ingin membuat Onde2...

"Ma! Kalau nak buat Onde2 ada bahannya tak?"

Cik June yang sedang menyidai baju di belakang cepat mengingat bahan-bahan yang diperlukan. Kalau untuk inti gulanya...gula Melaka tu adalah. Kalau nak pakai gula nisan tu memang dah lama habisnya.

"Pakai ajelah gula Melaka yang ada tinggal seketul lagi tu, potong kecil-kecil," arah cik June.

Siap menyidai, cik June terus mencapai mangkuk dan mengisi tepung pulut yang masih berbaki setengah kampit lagi itu. 

"Cukuplah ni, bukan ada orang lain yang nak share pun..." ujar cik June menyuakan mangkuk berisi tepung pulut itu kepada adik. "...masukkan air sikit-sikit sampai boleh diuli ," pesan cik June lagi sambil menaburkan sedikit garam di dalam mangkuk itu. Kang suruh dia buat, termasin pulak. Makanya kelapa parut itu nanti akan digaulkan dengan garam juga.





"Ma!" jerit adik di dapur yang sedang menguli tepung. "Kaler hijau dah habis." Terdengar dia menyelongkar botol pewarna makanan yang cik June letak berbaris atas microwave supaya senang dicari waktu memerlukan. Maklumlah, botol-botol tu kan kecil aje?

"Kuning pun boleh," jawab cik June sambil melipat pakaian yang baru diangkat dari jemuran tadi. Tinggal di rumah yang berkongsi dinding kiri dan kanan ini, kepala otak haruslah kena cekap mengatur kerja. 

Ruang menjemur pakaian sangat terhad apatah lagi di musim hujan ini. Sementara mesin sibuk mencuci, kain di jemuran perlu diangkat untuk memberi laluan kepada yang baru dibasuh pula.

"Boleh tak kalau buat warna warni? Adik nak letak kaler merahlah," soal si adik yang masih sibuk hendak mewarnakan kuih Kleponnya.

"Suka hatilah...jangan tak dimakan sudah!" ugut cik June. Marah jugalah, kalau dia sibuk nak bereksperimen tapi akhirnya menjadi habuan Mister Tong Sam Pah...itu sudah masuk kategori membazir.

"Cuba mama tengok ni, okey tak?" bertanya dia dari arah dapur. 

Hendak tak hendak, cik June terpaksa juga bangun untuk melihat apa yang sudah terjadi dengan tepung tadi. "Laaa...ni lembik sangat, macam mana nak gentel nanti?" *#-o d'oh!

"Tak jadi ke?"*8-} silly

"Tambahlah sikit dengan tepung gandum," ujar cik June sambil membuka pintu kabinet mencari bekas tepung gandum. Stok tepung pulut memang tidak ada lagi...jadi cik June taburkan sedikit tepung gandum dan suruh adik menggaulnya sehingga rata.

Cik June capai periuk dan mengisi air ke dalamnya. Sehelai daun pandai dicuci dan disimpulkan untuk dimasukkan ke dalam periuk berisi air tadi sebagai aroma kepada kuih yang akan direbus nanti.






Stok kelapa parut yang cik June cadang hendak dijadikan kerabu kacang botol itu cik June gunakan untuk menyalut Klepon/Onde2 buatan si adik petang itu. Sedikit garam ditabur dan digaul rata sebagai perasa. 

"Gentel dan isi gula yang dicincang tadi ke dalamnya, macam ni..." cik June buat demonstrasi dulu. "...lepas tu terus masukkan ke dalam periuk."  Cik June tunjuk padanya semasa air di dalam periuk sudah mula menggelegak. 

"Bila nampak timbul, angkat dan toskan. Lepas tu masukkan ke dalam loyang yang berisi kelapa parut ni..."

"Ooo..." adik terangguk-angguk macam burung belatuk. "...senang aje rupanya," sahut si adik sambil terus mengambil alih kerja sehingga siap semuanya.  *=D> applause 

Sekian, aktiviti yang sempat cik June rakam buat mengisi blog yang hidup segan mati tak mau ini. Sesuai dengan namanya Practice Makes Perfect, cik June hidangkan dengan menu-menu mudah dan senang untuk anak-anak mengikuti. 

Sehingga bertemu lagi, Bon Appetit!


Tuesday, January 15, 2013

Ikan Goreng Berlado...

Assalamualaikum to all....

Hadoi! Lama sungguh cik June tak update N3 masak, kan? Itulah...di rumah cik June ni memang payah nak dapat ambil gambar menu yang dimasak kerana cik June macam orang kat restoran atau warung tu...bila nak makan baru masak. Jadi setiap kali siap memasak, tak sempat nak dirakam gambarnya apatah lagi hendak dihias...

Cik June mohon maaf di atas kekecewaan anak-anak yang datang berkunjung ke dapur maya Cik June ini. Semasa Cik June melayan Facebook, terpandang resipi dari Chef Joha Hassan di grup Chef Dapor Sendiri yang menayangkan menu Ikan Goreng Berlado.  

Resipi ini dikatakan berasal dari Padang, Indonesia. Nampak mudah dan menyelerakan jika dimakan dengan nasi yang masih panas. Terliur Cik June melihatnya. Serta merta teringatkan seorang teman Cik June yang sering masak lauk sebegini...



Ikan Goreng Berlado...


Kalau sekali pandang, ia menyerupai ikan masak sambal seperti yang digemari oleh anak-anak Cik June. Tetapi resipi ini menggunakan cili hidup berbanding dengan masak sambal yang menggunakan cili kering.

Oleh kerana Cik June ada stok cili hidup yang dibeli di Pasar Malam baru-baru ini, maka Cik June gagahkan diri untuk mencuba resipi dari Chef Joha Hassan yang Cik June perolehi di laman Chef Dapor Sendiri. Terima kasih Chef Joha Hassan dari Singapura yang sudi berkongsi resipi mudah ini.

Jika anak-anak ingin mencubanya, di bawah ini telah Cik June kopipes resipinya..........

IKAN GORENG BERLADO
Sumber: Chef Joha Hassan


Bahan2nya
2 potongan ikan ikut cita rasa, (Ikan merah, kerisi) digaulkan dengan kunyit, garam dan cili kisar di goreng dan ditepikan
5 batang cili merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inch belachan yang di sanggar
Tumbuk bahan2 di atas kasar
1 biji buah tomato - di potong dadu2
2 biji limau kasturi/calamansi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2nya
Ikan yang sudah di goreng hingga masak di tepikan. Letak sedikit minyak di kuali, letakan rencah2 ang di tumbuk, goreng na hingga ia wangi dan kering. Letakan ikan yang sudah digoreng gaulkan rata2 supaya sebati. Letakan tomato dadu, garam dan gula secukup rasa gaulkan. Sajikan panas2 dengan nasi panas, perahkan jus limau kasturi ikut citarasa. Sajikan bersama lauk pauk lain, seperti lemak sayur kobis..




Hah! Macam mana anak-anak? Kalau mengikut resipi Che Joha Hassan tu, sambalnya harus dimasak sehingga garing dan kering. Tetapi Cik June minta maaf terlebih dahulu kerana untuk resipi yang sama ini Cik June adakan sedikit kuah kerana Cik June hidangkan dengan sayur goreng sahaja. 

Mudah-mudahan selepas ini Cik June mampu mengupdate N3 dengan resipi-resipi mudah yang lain pula buat kita kongsi bersama.

Salam sayang dan Selamat Mencuba!


Friday, January 11, 2013

Kelahiran kedua...

Assalamualaikum to all....

Ke mana perginya Cik June? Muahaha...
Cik June dalam berpantang kerana selamat melahirkan novel kedua baru-baru ini yang akan dipromosi jualannya pada tanggal 1 hingga 3 Februari 2013 nanti.


dengan bangganya mempersembahkan....

Kepada ibu-ibu dan anak-anak yang suka membaca novel, jemputlah ke Karnival Karangkraf untuk mendapatkan karya Cik June ini yang terhasil dari blog memasak CHEF DAPOR SENDIRI. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup maupun yang dah mati. Hanya suka-suka dan syok sendiri sahaja. 

Cik June akan berada di sana pada 1hb. Februari 2013 dari jam 10 pagi hingga 1 petang. Cik June telah sediakan buah tangan untuk 50 orang pembeli pertama. In shaa Allah!

Selepas sibuk dengan promosi, Cik June akan mula aktif ke dapur maya ini. Semoga diberikan kekuatan dan sihat tubuh badan untuk Cik June menjayakan misi ini.

Salam sayang dari Cik June buat semua. Muahs!!