Friday, October 28, 2011

Kebab....

Assalamualaikum to all...........


Pagi ni Cik June buat Kebab sebagai Brunch kami sebab ada beberapa urusan yang harus dilakukan
yang memerlukan kami keluar dengan perut yang kenyang. Nak masak nasi terus tak sempat pulak...
mana nak mencuci dan mengemas lepas tu nanti kan? Maka Kebab merupakan makanan yang lengkap
dan mengenyangkan.

Jom kita ke dapur...layan apa bahan-bahan yang kita perlukan.........

Tortilla keluaran Nature's Bake....cik June pilih yg tradisional.....

Parutan kobis, timun, carrot, tomato & kepingan burger ayam/daging
yg siap dimasak dan dihiris.......

Susun bahan-bahan di atas tortilla dan tuangkan sos cili dan
mayonaise ke atasnya. Kemudian digulung...........

Letakkan atas kuali leper dan panaskan dgn api yg kecil sahaja. Biar
tortilla itu masak dan sedap dimakan panas-panas.

Mudah kan? Cik June harap anak-anak semua sudi mencuba resepi mudah ini.
From Sprinkleofluv....SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, October 26, 2011

Layered PERSONA Cheese Cake........

Assalamualaikum..........


Layered PERSONA Cheese Cake.......


Sepotong bahagian Cik June yang masih sempat diselamatkan untuk dibuat tayangan amal. Nasib
engkau la Labu! ~ pinjam ayat Azlita@ Masam Manis. Untuk resepi...jom terjah dapur beliau
di sini....

Cantik aje dia buat dan gambar-gambar yang ditayangkan juga menarik. Jadi anak-anak yang kepingin
untuk membuatnya...sila ke dapur Ita....minta resepi dari dia ye?

Dengan taburan choc rice di atasnya..........
Begitu la cantiknya kek itu apabila siap di buat. Senang sahaja...tak perlu membakar...cuma perlu
di simpan di dalam esbok tu lama sikit.

Selamat Mencuba!





Monday, October 24, 2011

Chicken Pie....

Assalamualaikum to all.........


Dah beberapa hari teringin nak makan chicken pie tapi nak kena tunggu ramai orang di rumah ni
baru boleh buat. Jadi Cik June ambil kesempatan di hujung minggu lepas semasa anak-anak datang
untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran Cik June yang dah masuk separuh abad ini untuk
membuatnya.

Kebetulan mereka sampai, elok pai siap dibakar dan masih panas di dalam oven.........

Chicken Pie........

Apalagi......sesuai dijadikan sarapan. Tak payah la nak buat majlis formal kan...kita orang anak
beranak aje.

Ok....jom ke dapur kita semak resepi mudah Cik June.............

Bahan.........
1 peket Roti Pratha jenama Kawan ~ utk kulit pai

Untuk intinya...........
100 gram mentega
1 biji bawang besar ~ dicincang
2 ulas bawang putih ~ dititik
250 gram isi ayam ~ dipotong dadu
250 gram krim putar
1 biji cili benggala hijau/kuning/merah ~ dipotong dadu
100 gramm kacang peas
2 sudu makan tepung jagung
1 tin cendawan butang ~ dihiris
garam, dula dan lada sulah

Cara menyediakan intinya.............
1.  Panaskan mentega dalam periuk dan tumiskan bawang putih dan bawang besar. Bila layu,
     masukkan isi ayam dan masak seketika.
2.  Campur krim putar dan tepung jagung dan biarkan masak hingga pekat.
3.  Kemudian masukkan cili benggala, cendawan butang, kacang peas, garam, lada sulah dan
     gula sebagai perasa.
4.  Tuang inti ke dalam acuan pai dan bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 30 minit.

Cara menyediakan kulit pai..........
Terap sekeping roti pratha mengikut besar acuan. Masukkan inti pai tadi dan tutup dengan
adunan pratha yang diterap sama besar dengan mangkuk acuan. Lekatkan hujungnya dan disapu
dengan kuning telur sebelum dibakar.


Ah! Siap utk dimakan bersama satu mug coklat panas......
dah macam dekat Starbuck pulak.

From Sprinkleofluv.....Selamat Mencuba!

Birthday Momma....

Assalamualaikum to all........


Lama Cik June tak bersiaran ye? Kadang-kadang ada....selalunya tak ada. Wakakaka....
(gelak guling-guling)...pastu ada hati nak berblog pulak kan?

Tak apalah...sekadar jadikan ia sebagai bahan untuk rujukan kepada anak-anak yang kepingin
dan telah jatuh hati satu hari nanti untuk mempelajari ilmu memasak. Buat masa ini Cik June
memang percaya zaman anak-anak banyak dihabiskan dengan belajar dan mengejar kejayaan. Tapi...
bak kata pepatah: Setinggi mana terbangnya bangau akan hinggap di belakang kerbau jua. Yang
membawa maksud....walau setinggi mana kita belajar...tempat seorang wanita memang di dapur juga
akhirnya. Wallahualam.

Tahun ini sambutan ulangtahun kelahiran, Cik June raikan di rumah sahaja memandangkan anak-anak
pun tak tentu akan jadual mereka, Kalau di rumah tu...cepat ke...lambat ke...tidak menjadi hal kerana
bila masak sendiri nak makan sepuluh kali pun tiada siapa yang boleh menghalang. Tapi lu kena ingat la
sendiri.....

Jom layan menu pertama.............

Layered PERSONA Cheese Cake.....mujur sempat diselamatkan sefoton buat
tatapan...

Kek ni memang tengah hebat di blog masakan....sana sini chef tengah dok try dan masing-masing
menghasilkan hiasan yang pelbagai walau cara membuatnya dan bahan-bahannya sama sahaja.

Chicken Pie....

Pulut kuning ala-ala sushi....

Pulut kuning memang menjadi kebiasaan bagi kami apabila menyambut ulangtahun hari kelahiran.
Tapi kali ini Cik June saja buat kelainan dengan menjadikan ia bentuk seakan sushi dan motifnya
agar senang dimakan kerana rendang dagingnya telah pun digulung sebagai inti.

Oleh kerana daging tadi dihiris nipis, maka sushinya tidak menjadi bulat. Tapi...jangan bimbang
kerana rasanya tetap sama. Maaf...gambarnya kurang menarik, mungkin kerana berlebihan cahaya
sehingga warna kuning pulut itu tidak kelihatan. Ini impromptu...lenkali Cik June set baik punya ye?

Well anak-anak...hari ini Cik June tak masukkan resepinya dulu. InsyaAllah...akan Cik June tuliskan
satu persatu kemudian nanti.

Sehingga itu...jumpa lagi dan salam sayang dari Sprinkleofluv! Muah..............

Friday, October 21, 2011

Yong Tau Fu....

Assalamualaikum dan greetings to all...........


Dah lama tak bersiaran....betul-betul bersawang jadinya blog cik June ni. I'm sorry! Lagipun 
kebelakangan ini masak yang simple gila. Menu untuk orang tak sihat dan juga untuk orang yang 
sibuk nak berdiet. 


Teringat zaman sekolah dulu.......


"Adoi ayah....sakitnya perut..." masa tu dah keluar masuk bilik termenung dekat lima kali.


"Makan apa?" tanya ayah.


Keningku berkerut-kerut mengingat..."Makan apa yang ayah makan tadilah." jawabku bila 
terasa confident tentang makanan yang ku makan bersama ayah dan emak.


Mind you....cik June dah berusia lapan tahun baru dapat adik tau. Abang cik June dah belajar 
di UM masa tu. Banyak betul jarak umur kami.


"Ayah tak sakit perut pun? Makan tak baca bismillah ni." Tembak ayah.


"Kan dah baca tadi...kenapa sakit perut ni?" Aku berguling di lantai sambil emak menyapu 
perutku dengan minyak angin Cap Kapak.


"Lain kali...kalau makan tu untuk alas perut aje...bukan suruh melantak." Beritahu ayah sambil senyum
sumbing, senyum perli kerana dia tahu aku makan tak hengat dunia. "Kan orang tua-tua dah pesan...
buat apa pun dalam dunia ni kena berpada-pada....kalau terlebih tu yang jadi buruk padahnya." Pesan 
ayah lagi.


Semenjak dari hari itu...apa sahaja yang cik June lakukan...akan cik June buat dengan cara yang 
sederhana sahaja. Pesan ayah tetap cik June ingat sampai bila-bila walaupun ayah telah 19 tahun 
lamanya pergi menghadap Ilahi.


Sayang ayah & Al-Fatihah buatnya.


Ooo...lari tajuk sudah. Jom kita layan menu ringkas cik June ni............


Adik!! Turun makan....


Si Adik dah beberapa hari demam, sakit tekak dan batuk. Nak kata makan rambutan ke...durian 
ke....memang tak ada. Tapi kalau dah nak kena tu....kena juga. Jadi semalam kita orang buat Yong 
Tau Fu sahaja. Boleh dipelbagaikan isinya...tapi ini khas buat adik...untuk orang yang sakit tekak 
dan kurang selera makannya.


Anak cik June ada yang tak pandai makan bubur nasi....boleh dia cakap cik June ni dah tak pandai 
tanak nasi?


"Ma...kenapa nasi mama cair?"


Aish! Macam-macamlah anak-anak ni kan? Jomlah tengok cara membuatnya................


1.  Jerangkan 1 litre air dan masukkan 1 kiub pati ayam/bilis.
2.  Semasa air menggelegak, renjiskan dengan serbuk lada putih.
3.  Campurkan dengan bawang goreng dan kemudian letaklah apa sahaja bahan-bahan Yong Tau 
     Fu yang digemari. Tabur dengan hirisan daun bawang dan tabur lagi dengan bawang goreng
     di atasnya.
4.  Boleh di makan dengan sambal kicap cili api jika sukakan pedas.


Gambar close-up. Adik gemarkan kepingan kulit tahu, kobis panjang dan untuk
lebih kenyang....masukkan sedikit mihun. Biarkan semuanya lembut baru ditutup api.


Ah! Mudahkan? Cer try!







Sunday, October 16, 2011

Brunch....

Assalamualaikum to all..........


N3 kali ni nak share cara pemakanan cik June lately...tak ada yang special sebab kami tengah 
mengamalkan diet. Tau-tau la bulan lepas raya ni asyik ada jemputan ke majlis perkahwinan 
aje...nak bertemu dengan orang ramai nak nampak cantik juga kan? Apatah lagi kawan lama-lama 
yang punya majlis kenduri tu.


Hah! Baju lagi satu...karang tak muat pulak...sendat je...mana nak selesa? Sebab itulah semenjak 
kebelakangan ini kami makan yang simple aje. Kalau buat yang berat yang sedap yang membuka 
selera tu memang tak menolak punya la....maka sebagai tukang masak di dapur Setia Impian....
cik June la yang berkuasa.


Ni N3 tayangan amal je tak payah resepi la dah biasa buat......


Mihun + ayam goreng......


Mihun goreng versi tak pedas hanya letakkan sedikit cili kisar dan lebihkan kicap. Tanpa 
sayuran hijau sebab anak-anak tak suka sawi atau kucai. Kita yang nak makan kan? Ikut selera 
kita la...tapi jika untuk tetamu pasti akan diletakkan sahaja sawi atau daun kucai buat penyeri.


Oo...tapi bagi siapa yang hendakkan rasa sedikit pedas....cik June ada sediakan cili jeruk. 
Untuk lebih menyelerakan dan untuk menahan perut lebih lama....cik June gorengkan ayam.




Gambar close-up...hehehe


Simple aje kan? Ayam tu pun beli yang siap...iaitu Drummets Ayamas....tinggal goreng aje. Mudah 
untuk anak-anak yang di kolej tu.


Untuk sampingan atau sebagai pencucui mulut di tengahari itu...cik June sediakan sebiji buah dan 
minuman sirap sahaja. Cukup la tu....semuanya mudah diperolehi. Jangan biarkan perut anda kosong 
untuk menghadiri kuliah petang nanti.


Sebiji buah sebagai dessert instead of pudding or cakes....


Besar tu buah apekenamanya. Kalau tak sempat nak makan dekat rumah...boleh sahaja dimakan 
masa tengah drive ke...tengah berada dalam bas ke...tapi kalau naik motosikal dan berbasikal...
memang tidak digalakkan. Ok...off you go...tata!


Sepetang itu cik June bersendirian menulis dan menulis. Tinggalkan untuk solat sahaja. Kucing semua 
dah siap di sediakan makanannya maka dia orang tidak akan menganggu tugasan cik June. Untuk 
minum petang bagi cik June seorang...tidak menjadi masalah. 



Satu mug teh susu...tarik la sikit....

bersama sebiji Roti Kopi....


Burp! Alhamdulillah....kenyang sudah. 



Wednesday, October 12, 2011

Eggless Chocoa Cake....

Assalamualaikum to all......


Ni resepi yang terhasil semalam setelah rasa bersalah kerana menghabiskan roti entah apekenama yang dibeli oleh si Adik dari bakery.


Jangan tak caya...siap ada signature cik June kat piring tu...


Tak sedar sambil sibuk menaip...tangan meraba plastik yang berisi dengan 2-3 batang roti yg masih hangat- 
hangat t**k ayam la masa tu. Sekali wa cakap lu...dah ku habiskan...tinggal plastik aje. Waaaa!!
Maka...tanpa melengahkan masa...cik June pun cepat memikir apa yang patut dibuat untuk menggantikan roti si Adik?
Semalam dia cakap..."Kalau dapat makan chocoa cake untuk dessert, best kan?"
Tapi cik June ada berat siku sikit nak mengeluarkan itu mixer yang telah ku simpan di kabinet belah atas. Maka...cik June BW dari dapur ke dapur mencari resepi yang mudah untuk menggantikan roti si Adik yang telah habis ku bedal tadi.
Nasib cik June baik sebab di DapurKu Sayang milik Dayang Jack, cik June telah ketemu dengan resepi kek coklat mudah...yang tak payah nak menggunakan mixer dan TELUR pun. TQ 4 sharing DJ...may Allah bless.


Untuk tidak membuang masa...jom kita layan resepinya..


Sumber resepi ~ Dayang Jack@ DapurKu Sayang.
Bahan....
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air ais
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coklat emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil cuka/jus lemon


Cara membuatnya....
1.  Panaskan oven pada suhu 160 darjah Celcius
    Gris loyang kek dengan mentega.
2.  Ayakkan tepung bersama baking powder, soda  
    bicarbonate & serbuk koko di dalam bekas yang 
    besar. Masukkan tepung susu. garam & gula perang.
    Gaul rata.
3.  Masukkan pula air ais, minyak, esen vanilla & 
    coklat emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk 
    sehingga tidak berketul.
4.  Akhir sekali masukkan cuka/jus lemon dan terus di 
    kacau hingga sebati.
5.  Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 
    minit.


Resepi ni sesuai bagi anak-anak gadis yang teringin dan suka memakan kek coklat tapi tak punya kemudahan untuk membuatnya.


Dari dapur Setia Impian ~ Cer try!




Tuesday, October 11, 2011

Mihun soto/sup....

Assalamualaikum to all.....


Jom anak-anak kita belajar buat mihun sup/soto cara
mudah. Ini atas permintaan si Adik....



Nampak bogel kan? Tapi rasa tetap sama...tambah sedap dimakan
bersama sambal kicap...




"Ma...buat mihun sup la..." pesan Adik.


"Belikan daun sup..bahan lain semua ada."


Tup-tup dia balik lenggang kangkong...terpaksa la 
makan mihun sup/soto tu tanpa daun supnya. Tapi kebetulan pun anak-anak ni tak makan la daun-daun 
sup ni semua. Kalau dihidang pun memang tak berusik. Kalau dah sedia ada dalam mangkuk tu...habis semua berbaris di tepi pinggan.


Enuff rambling...jom salin resepinya jika sudi...


Bahan....
1 bungkus mihun ~ dicelur dgn air panas hingga lembut. Kemudian di
                           bilas dgn air sejuk dan toskan.
3 keping dada ayam ~ cuci bersih..gaul garam kunyit dan digoreng.
Taugeh secukupnya
Kacang tanah goreng
Daun bawang/sup
Bawang goreng
3 sudu besar rempah sup
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putin
1 inci halia, garam & serbuk perasa
rempah penumis


Cara membuatnya....
1.  Panaskan sedikit minyak dan masukkan rempah tumis.
    Masukkan pula bwg merah, bwg putih dan halia yang
    telah dikisar. Kacau selalu sehingga garing baru 
    masukkan rempah sup yg telah dibancuh dgn sedikit 
    air. Kacau rata..biar menggelegak.
2.  Tambahkan dgn air sebanyak mana yg diperlukan utk 
    dijadikan sup. 
3.  Masukkan garam dan perasa. Boleh gantikan dgn kiub 
    pati ayam jika suka.
4.  Di dalam sebuah mangkuk...masukkan mihun, taugeh 
    dan isi ayam (disiat-siat terlebih dahulu) serta 
    kacang tanah goreng. Curahkan kuah sup tadi dan di 
    tabur dgn daun sup dan bawang goreng.


Enak di makan bersama sambal kicap cili api. Pergh!


Tunjuk dekat sikit...bagi meleleh liur. Tapi kalau tabur
dgn daun sup lagi meriah la kan?


Macam mana anak-anak? Nak mencuba resepi mudah dari cik June?


Dari dapur Setia Impian ~ Selamat Mencuba!



Sunday, October 9, 2011

Upside down pizza?

Assalamualaikum to all....


Jangan marah hah...nanti kena jual...
Saja nak tukar tulisan jadi besar-besar supaya senang 
dibaca. Maklum...blog untuk budak yang baru nak belajar 
ke dapur.


Anak-anak N3 hari ni...hasil intaian ke dapur mamawandihaResepi mudah untuk anak-anak tapi cik June ubahsuai fillingnya mengikut apa yang ada dalam esbok kat rumah cik June pagi ni.




Kan dah cakap hari tu...nak breakfast pizza. Tapi resepi yang diberi oleh mamawandiha ini rasanya lebih mudah. Tak payah nak menguli dan diperam bagai. 
Cik June cuma ikut bahan untuk dough sahaja.
Hasilnya memang mempesonakan...tak caya cer try!


Bahan.....
2 biji telur
1 cawan susu
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
1/2 sudu teh garam
~ gaul sebati semua bahan di atas.


Bahan untuk filling.....
1 biji bawang besar di dadu
3 ulas bawang putih di cincang/tumbuk
1 cawan daging cincang
1 cawan sayur campur
2 sudu besar rempah kari
garam & keju secukupnya


Cara menyediakannya......
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar yang didadu tadi. Masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan air terlebih dahulu dan dikacau rata.
2.  Masukkan pula daging cincang dan sayur campur. Biar daging dan sayur empuk, kemudian taburkan garam.
3.  Bila masak angkat dan tuangkan ke dalam loyang dan 
diratakan. Tutup dengan keju di atas permukaannya dan tuangkan bancuhan dough tadi. Jika suka boleh ditambah dengan hirisan capsicum dan cendawan butang dan taburkan lagi dengan keju parut di atasnya.
4.  Bakar dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada 180 Celcius selama 25 minit.
5.  Siap dan boleh dimakan.


Inilah hasilnya....




Untuk MaDiHa aka Ratna, cik June ucapkan terima kasih kerana berkongsi resepi yang mudah dan enak ini.


Dari dapur Setia Impian, Selamat Mencuba!




Saturday, October 8, 2011

Quick Lunch...

Greetings to all.......






Setiap hari memang cik June ni tinggal sorang-sorang menghabiskan hari dengan menulis. Masih tak siap-siap cerita ni sampai Steve Jobs pun dah pergi meninggalkan kita. Apa kena mengena dengan Steve Jobs ni pulak eh? Bukan dia pandai baca novel Melayu pun, kan?




Oleh kerana idea tu tengah ada...maka cik June malas la nak masak macam-macam. Masak pun hanya untuk mengisi perut yang kosong aje jangan sampai kena gastrik pulak.


Maka cik June goreng mee je la...


Mee goreng ni sesuai bagi mereka yang kebetulan memang malas nak keluar mencari bahan lengkap buat menggoreng mee. 


Jom anak-anak...sesiapa yang nak mencuba 'mee goreng malas' cik June ni...cepat salin resepinya....


Bahan....(untuk seorang)
Mee kuning atau apa sahaja yang sewaktu dengannya.
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 ekor udang
1 biji telor
sedikit cili kisar
sedikit kicap manis
segenggam taugeh atau boleh juga ditambah dengan sayur-sayuran lain jika suka
garam dan minyak untuk menumis


Cara menyediakannya....
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan
    cili kisar tadi.
2.  Bila garing, masukkan udang dan gaul rata...ketepikan sikit    
    dan pecahkan pula telur. Bila telur sedikit masak, gaul rata 
    dengan bahan yang ditumis tadi. 
3.  Masukkan mee, gaul rata. Renjiskan sedikit kicap manis dan   
    garam sebagai perasa.
4.  Akhir sekali, campurkan dengan taugeh. Balik-balikkan sekejap 
    dan tutup apinya.


Boleh dihidang bersama cili jeruk.


Dari dapur Setia Impian...Cer try!



Friday, October 7, 2011

Mom Vs daughter........

Assalamualaikum to all........


Pagi ni cik June nak tayang breakfast yang kami ambil dua beranak. Biasalah 
anak-anak ni sibuk nak berdiet apa bagai kan? 


"Tak nak breakfast la...nanti sakit perut."
"Tak nak breakfast la...nanti kenyang mengantuk pulak."


Isy! Bebudak ni...macam-macam aje. Karang pepagi breakfast cereals aje, 
tentu orang ingat emaknya 'cereals killer' pemalas pulak kan?


Siapa yang nak berdiet sangat tu...makanlah......





                                         
Hah...menu di atas tu...menu pilihan anak. Ni kita 
tengok di bawah pulak...menu pilihan emak...





Ambik engkau! Teguk liur juga la kan? Tapi tak nak 
mengaku je. Tak apa..kita tengok sehari dua ni.
Cik June cadang nak buat pizza untuk breakfast esok.
Siapa setuju...meh angkat tangan macam saya...


Resepi tak ada anak-anak ye...sebab pau tu cik June 
beli yang siap jenama Kraft. Di situ ada diajar cara 
memanaskannya mengikut kerajinan kita. 


Cer try!



Thursday, October 6, 2011

Cencaru percik...

Assalamualaikum to all....


Okeh ..anak-anak...hari ni kita belajar masak Cencaru Percik. Kat bandar ni nak main bako-bako
susah sikit ye? Jadi hari ni cik June ajar cara mudah sahaja.


Tanpa membuang masa...jom kita salin resepinya...........

Bahan:
Ikan cencaru ~ cik June sarankan ikan cencaru sebab kulitnya keras. Bila di bakar isinya tak melekat
                        seperti ikan lain yg nak kena bungkus dengan foil atau daun pisang. Tapi resepi ni khas
                        buat anak-anak yg tinggal kat tingkat 4 atau 17 tu. Mcm mana gaya nak main bako-
                        bako? Karang ada yg panggil bomba pulak tengok tingkap rumahnya berasap, kan?
                        So...yg ini tak payah bako...kita goreng sahaja.
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia, kunyit dan lengkuas
2 batang serai
asam keping
3 biji buah keras
santan pekat ~ guna santan kotak je....
10 biji cili padi
garam dan gula sebagai perasa

Cara menyediakannya...........
1.  Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
2.  Kisar bahan di atas kecuali asam keping dan dimasak dalam periuk. Kacau selalu bahan ini
     jika kering bolehlah ditambah dengan air untuk dijadikan kuah percik.
3.  Apabila telah hilang bau pedas cili tadi, bolehlah dimasukkan pula satu kotak santan tadi.
     Kepekatan ikut suka. Kalau suka berkuah, tambah lagi airnya.
4.  Masukkan asam keping, garam dan gula sebagai perasa.
5.  Perlahankan apinya dan golekkan ikan yang telah digoreng tadi ke dalam kuah yang sedang
     menggelegak itu sekejap agar mesra dengan rempah percik itu.
6.  Tutup api dan bolehlah diangkat.

* Biasanya kuah percik ni putih aje kan? Tapi cik June letak kunyit sikit agar ada warna. Anak-
   anak cik June ni banyak songeh sikit. Oo ye...kalau guna ayam...pakai lada hitam tapi kat sini
   cik June guna ikan...maka kita tukarkan kepada cili padi.


Cer try..........



Monday, October 3, 2011

Chilli crab.......

Salam & morning to all.......


Wah! Lama tak bersiaran cik June ni ye? Kemain lagi dia.......
Sepertimana yang selalu cik June beritahu....rumah ni memang jarang berasap dapurnya.
Hujung mingguselalunya kami JJCM la...guna dapur kedai/restoran. Sesekali kalau suka nak
melepak di rumah....baru kami asapkan dapur tu.

Lagi-lagi sekarang ni dah masuk musim kenduri kahwin.......kita makan kenduri je la. Siapa yang 
ada di rumah tu yang nak kena dimasakkan? Maka basi la dapur Setia Impian ni buat seketika.


Chilli crab......
Semasa BW akhir September lepas...kebanyakan dapur bloggers mengetengahkan resipi masak
ketam. Kebetulan pula cik June terjumpa la ketam tak berapa ekor yang tinggal semasa meronda
pasaraya dekat depan rumah tu. Dah tinggal yang kecik-kecik je.....tapi teringin juga nak kesip-kesip
macam kata yateasybakes. 


Kebetulan cuaca pun sejuk aje sejak beberapa hari ni......so, cik June masak goreng bercili yang tak 
berapa nak pedas la. Karang nak kesip tersedak pulak, kan?


Untuk anak-anak yang belajar tadi...cepat salin resepi mudah ini.......

Bahan:
3 ekor ketam ~ dibersihkan mengikut cara masing-masing
1 senduk kecil/ 3 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih *
5 biji bawang merah *
1/2 inci halia*
*dikisar
2 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar asam jawa Xtra

Cara memasaknya: 
1.  Panaskan kuali....masukkan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar. Biar sedikit garing.
2.  Masukkan pula serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau hingga rata. Jika sukakan
     berkuah, boleh ditambah dengan air.
3.  Biar menggelegak sekejap, baru masukkan ketam, garam, asam jawa dan gula mengikut cita
     rasa masing-masing.
4.  Tutup kuali untuk 3 minit supaya ketam mesra dengan rempah. Balik-balikkan sebentar sebelum
     tutup apinya.

Dari dapur Setia Impian......Cer try!