Dah lama tak bersiaran....betul-betul bersawang jadinya blog cik June ni. I'm sorry! Lagipun
kebelakangan ini masak yang simple gila. Menu untuk orang tak sihat dan juga untuk orang yang
sibuk nak berdiet.
Teringat zaman sekolah dulu.......
"Adoi ayah....sakitnya perut..." masa tu dah keluar masuk bilik termenung dekat lima kali.
"Makan apa?" tanya ayah.
Keningku berkerut-kerut mengingat..."Makan apa yang ayah makan tadilah." jawabku bila
terasa confident tentang makanan yang ku makan bersama ayah dan emak.
Mind you....cik June dah berusia lapan tahun baru dapat adik tau. Abang cik June dah belajar
di UM masa tu. Banyak betul jarak umur kami.
"Ayah tak sakit perut pun? Makan tak baca bismillah ni." Tembak ayah.
"Kan dah baca tadi...kenapa sakit perut ni?" Aku berguling di lantai sambil emak menyapu
perutku dengan minyak angin Cap Kapak.
"Lain kali...kalau makan tu untuk alas perut aje...bukan suruh melantak." Beritahu ayah sambil senyum
sumbing, senyum perli kerana dia tahu aku makan tak hengat dunia. "Kan orang tua-tua dah pesan...
buat apa pun dalam dunia ni kena berpada-pada....kalau terlebih tu yang jadi buruk padahnya." Pesan
ayah lagi.
Semenjak dari hari itu...apa sahaja yang cik June lakukan...akan cik June buat dengan cara yang
sederhana sahaja. Pesan ayah tetap cik June ingat sampai bila-bila walaupun ayah telah 19 tahun
lamanya pergi menghadap Ilahi.
Sayang ayah & Al-Fatihah buatnya.
Ooo...lari tajuk sudah. Jom kita layan menu ringkas cik June ni............
Adik!! Turun makan.... |
Si Adik dah beberapa hari demam, sakit tekak dan batuk. Nak kata makan rambutan ke...durian
ke....memang tak ada. Tapi kalau dah nak kena tu....kena juga. Jadi semalam kita orang buat Yong
Tau Fu sahaja. Boleh dipelbagaikan isinya...tapi ini khas buat adik...untuk orang yang sakit tekak
dan kurang selera makannya.
Anak cik June ada yang tak pandai makan bubur nasi....boleh dia cakap cik June ni dah tak pandai
tanak nasi?
"Ma...kenapa nasi mama cair?"
Aish! Macam-macamlah anak-anak ni kan? Jomlah tengok cara membuatnya................
1. Jerangkan 1 litre air dan masukkan 1 kiub pati ayam/bilis.
2. Semasa air menggelegak, renjiskan dengan serbuk lada putih.
3. Campurkan dengan bawang goreng dan kemudian letaklah apa sahaja bahan-bahan Yong Tau
Fu yang digemari. Tabur dengan hirisan daun bawang dan tabur lagi dengan bawang goreng
di atasnya.
4. Boleh di makan dengan sambal kicap cili api jika sukakan pedas.
Gambar close-up. Adik gemarkan kepingan kulit tahu, kobis panjang dan untuk lebih kenyang....masukkan sedikit mihun. Biarkan semuanya lembut baru ditutup api. |
Ah! Mudahkan? Cer try!
No comments:
Post a Comment