Monday, November 21, 2011

Burger King....

Assalamualaikum to all..........


Kita try Burger King pula kali ni.......tengok restorannya pun macam tak ramai pengunjung je. 
Sesuai untuk melepak.........


Kita orang terjah waktu lengang....

Have it your way ~ kata dia.........

Kalau bawak balik gantung kat dapur...lawa ni

Apekenama burger ni...dah lupa pulak..........


Lepas ni nak try apa pulak?



Sunday, November 20, 2011

Tutti Frutti.......

Assalamualaikum to all.........


N3 hasil tak ke dapur kerana cuti-cuti Malaysia....


Menarik betul restoran ni.........

Buat sendiri..........

Pilih buah kegemaran.......

Siap...harga ikut berat.......


Hurm....boleh la kalau teringin sangat nak merasa.



Friday, November 18, 2011

JM Briyani...

Assalamualaikum to all......


Ni N3 cuci mata aje...sebab cik June dah tutup dapur untuk hujung minggu ni. Nak bercuti-cuti 
buat sementara waktu maka kami ke dapur JM Briyani aje la...




Briyani Ayam Merah bersama Acar Buah..........


Ayam Merah......

Kambing goreng berempah........

Tauhu Bakar..........


Burp! Alhamdulillah........



Thursday, November 17, 2011

Nasi Goreng Madam Lim's.......

Assalamualaikum to all.........

Nasi Goreng Madam Lim's.......

Nasi Goreng Cik June.......

Pergh! Gila niru cik June...segala bagai hiasan atas nasi goreng tu tak payah diletak memang tak
dimakan pun. Semua berbaris tepi pinggan akhirnya. Jadi kalau masak sendiri di rumah...suka hati
kita la nak tambah bilis goreng ke...nak pecah telur sampai 2-3 biji ke...ada aku kesah?

Cik June sebenarnya tak berapa gemarkan nasi goreng...tapi bila ke Madam Lim's Kitchen tu rajin
pulak nak meng'order' nasi goreng. Oleh yang demikian kita buat sendiri aje la ye anak-anak. Resepi
cik June ni mudah sangat...tak payah nak main tumbuk atau blender bagai. Kita ketuk-ketuk dan hiris
aje.

Nak mencuba? Jom ke dapur kita lihat bahan-bahan yang diperlukan...........

NASI GORENG ala MADAM LIM's


Bahan-bahannya......utk 2 orang

1 ulas bawang putih ~ dicincang halus atau ketuk aje
2 biji bawang kecil ~ mayang halus
5 biji cili padi ~ diketuk atau hiris kasar
1 mangkuk nasi
2 biji telur
sedikit ikan bilis yg siap digoreng
garam dan sedikit kicap manis

Cara membuatnya.........


~ Panaskan sedikit minyak dan pecahkan 2 biji telur tadi. Dikacau jadikan scrambled egg. Angkat dan
   ketepikan.
~ Tambah sedikit lagi minyak jika perlu dan tumis bawang putih, bawang kecil dan cili padi.
~ Campurkan dengan nasi dan diratakan.
~ Tambah garam dan renjiskan dengan sedikit kicap manis untuk memberikan warna pada nasi yang
   digoreng dan mengimbangkan rasanya.
~ Akhir sekali......campurkan dengan scrambled egg dan ikan bilis goreng.

Bahan sampingan........


Dada ayam di hiris nipis dan diperap dengan tepung goreng KFC. Digoreng secara deep fry.
Hirisan timun & boleh juga ditambah dengan keropok goreng.

Tadaaa!!


Hidangan ringkas yg mengenyangkan.....


Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!



Blended Orange Cake......

Assalamualaikum to all......

Kek ni hasil blog walking cik June ke dapur Dayang Jack. Ada beberapa biji lagi buah oren yang
masih bersisa atas meja makan...dah nak naik kecut. Minggu ni cik June tutup dapur sebab nak
cuti-cuti Malaysia. Maka cik June sedang menghabiskan stok yang berada di dapur. Boleh je buah
oren tu dibawak bercuti....tapi kang masa bila yang nak makannya....tentu terlupa punya la.


Nasib baik DJ ada resepi mudah yang menggunakan buah oren. Jom kita ke dapur....cari bahan
yang diperlukan.

Sebiji buah oren...dicuci bersih dan kerat kecil-kecil....

BLENDED ORANGE CAKE
Sumber : DJ@ DapurKu SaYang

Bahan-bahannya......
Sebiji buah oren ~ buang urat putih dan bijinya & potong kecil-kecil dengan kulitnya sekali.
1 cawan minyak/mentega cair
2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum diayak bersama
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara membuatnya......
~ Kisar buah oren bersama minyak, gula dan telur sehingga halus.
~ Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan
   baking powder sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
~ Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas dan digris.
~ Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga masak.

TADA!!


Siap dimasak.......


Jom...kita minum dulu!


Simple yet delicious......


Tekstur kek kelihatan sedikit garing kerana cik June terlupa keluarkan terus dari oven setelah
cukup masa membakarnya. Jadi anak-anak yang mahu mencuba tu sila ambil perhatian.

Thanks to DJ@DapurKu SaYang for sharing the recipe.

Salam dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!

Monday, November 14, 2011

Burger Kampung...

Assalamualaikum to all.......


Ekoran dari Cucur Bom Manis hari itu...si Adik seolah mencabar cik June pulak. 


"Dah macam pau yang inti sambal tu la..." katanya setelah mencolek sebiji cucur dengan sambal tumis
bilis. "....mama pandai tak buat pau sambal tu?"

Cik June yang sedang menulis di meja makan memberi jelingan maut padanya. Ambek kau! Ada dia 
tanya orang tua yang dah banyak makan garam yang kerjanya suri rumah sepenuh masa ni? Cakap 
aje la nak suruh buat, kan? 


Tapi jauh di dalam hati memikir juga. Kalau buatkan pau tadi bagus juga....isikan sambal tumis, 
timun dan tomato. Tentu tak payah masak untuk makan malam...penyediaannya juga lebih kurang 
aje...cuma kalau pau ni lebih kurang bancuhan donut dan roti. 


Maka N3 kali ni kita belajar membuat Pau Sambal atau lebih dikenali dengan gelaran Burger 
Kampung kerana berintikan sambal tumis.


Jom anak-anak kita ke dapur cik June.................


BAHAN YG DIPERLUKAN...
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis 
1/4 cawan air suam
1 cawan susu segar
3 sudu makan gula halus
1 biji telur
2 sudu makan mentega
secubit garam & minyak utk menggoreng


CARA MEMBUATNYA...
1. Campurkan yis ke dalam air suam dengan sedikit gula daripada 3 sudu makan tadi. Biar hingga 
    berbuih.
2. Tuangkan yis yang telah berbuih tadi ke dalam mangkuk besar yang berisi campuran susu, gula, 
    garam, telur dan mentega. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul terus hingga membentuk doh. Uli sehingga 
    permukaan doh menjadi licin dan tidak lagi melekat di tangan.
4. Tutup doh dengan tuala lembab dan biarkan naik dua kali ganda.
5. Taburkan sedikit tepung pada papan pencanai dan canai pada ketebalan 1/2 inci. 


....dicanai....


...diterap & ditutup dgn tuala kering & direhatkan lagi 30 minit...


Goreng dengan api perlahan hingga kuning keemasan. Oo ye....cik June gunakan yis ni....





Jom! Kita minum dulu........


Belah dua utk diisikan dgn.....


....sambal tumis bilis....


...bersama hirisan tomato....
...boleh juga diletakkan dgn telur...


Sesuai dengan hirisan timun...tapi cik June dah kehabisan stok timun. Apa-apa yang ada je la...semua tu 
atas kepandaian daya imaginasi kita untuk menjadikan sesuatu makanan itu sedap dimakan....dah nama 
pun Burger Kampung..tak kan nak diletak cheese pulak. 


Salam dari Sprinkleofluv..... SELAMAT MENCUBA!



Friday, November 11, 2011

Selingan...

As-salam.......


Jom berkenalan dengan Toby.

Tamu....

Spaghetti Bolognese...

Assalamualaikum to all...........


Di pagi Jumaat yang berbahagia ini bersempena tarikh keramat 111111....cik June panjatkan 
doa kepada anak-anak sekalian semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga 
anak-anak dilapangkan dada untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat dengan mudahnya. Semoga 
anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dalam mengejar cita-cita.


N3 ini adalah hasil masakan semalam. Sepertimana yang telah cik June beritahu....ada sekumpulan 
bujang tinggal berhampiran minta cik June masakan spaghetti untuk majlis ulangtahun kelahirannya. 
Kesian tengok wajah yang merenung minta simpati itu...cik June jadi tak sampai hati pulak. Spaghetti 
aje? Cik June bermonolog sendiri tika itu....boleh kenyang ke? Mungkin hanya untuk suka-suka 
sahaja bukan nak makan untuk kenyang barangkali la....kan?


Tapi biasa la...cik June kalau masak memang untuk menikmati bukan untuk ala kadar suka suki. 
Kerjanya sama aje...penyediaan pun lebih kurang...buat apa kalau hanya memenatkan badan? Jadi...
untuk the bujangs ni...dengan baik hatinya cik June masak gaya cik June la...suka makan...tak suka 
pun kena habiskan.


Jom anak-anak...kita ke dapur cari bahan-bahan yang diperlukan........


Spaghetti, cendawan butang & tomato puree.......


Tomato, celery, carrot & sausage.....


Mudah didapat di pasaraya..........


Siap utk dimakan..........


Mudahkan? Cik June masak untuk 100 orang...jadi bahannya banyak dan main campak-campak aje. 
Kalau anak-anak nak mencuba...di bawah ini cik June sediakan resepi untuk 4 orang....jika ramai...
tambahkan sukatannya.......


SPAGHETTI BOLOGNESE


Bahan-bahannya ~ utk 4 orang


3 ulas bawang putih ~ cincang
1 biji bawang besar ~ dadu
1 bungkus daging cincang
1 tin tomato puree
1 tin cendawan butang
1 batang lobak merah
2 batang celery
2 biji tomato buah
2 sudu teh dried oregano
lada hitam, garam, gula & minyak utk menumis


Cara menyediakannya........
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging cincang sambil digaul rata.
3. Masukkan pula tomato puree. Kacau rata dan biarkan ia menggelegak. Tambah air jika suka 
    sedikit berkuah.Masukkan lobak merah yang didadu kasar.
4. Rasa asam garamnya. Kemudian campurkan dengan buah tomato yang didadu kasar, celery 
    dan sausage daging yang dihiris menyerong serta cendawan butang yang telah di hiris.
5. Taburkan dengan dried oregano tadi dan jika suka tambah dengan serbuk lada hitam. 
    Biarkan kuah merenih sebentar sebelum dipadamkan apinya.
6. Taburkan dengan parutan keju ketika menghidang.






Dari Sprinkleofluv...........SELAMAT MENCUBA!



Thursday, November 10, 2011

Cucur Bom Manis...

Assalamualaikum to all........


Pagi ni kita makan cucur je la...biasa tu kita orang panggil jemput-jemput. Mungkin kerana semasa 
menggoreng tu kita ambil sejemput-sejemput....jadilah nama dia jemput-jemput. 


Pagi ni sibuk sikit sebab ada budak-budak bujang yang tinggal di Impian Enam tu minta cik June 
masakkan Spaghetti Bolognese untuk Bachelor Party dia orang malam nanti. Kesian tengok muka 
masing-masing memandang wajah cik June minta simpati.


Cik June okeykan ajelah....apa ada hal? Maka untuk tidak membuang masa....jom kita godak-godak 
tepung buat Cucur Bom Manis....boleh cicah dengan sambal tumis ikan bilis yang masih berbaki 
dari semalam.


Ah! Nyamannya dapat makan di laman memandang kereta
yang lalu lalang.........


Resepi ni cik June main campak-campak je...tapi kalau anak-anak nak buat cik June cadangkan ke 
dapur Izah Muffin Lover kerana beliau ada sukatan untuk resepi ini. Tapi tak apalah...untuk kemudahan 
anak-anak cik June kopipes di bawah ini. Thank You Izah...minta halal resepinya ye?


CUCUR BOM MANIS


Bahan-bahan yang diperlukan.......
1 sudu teh yis (mauripan)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat manis 
sedikit garam & air secukupnya
minyak untuk menggoreng


CARA MEMBUATNYA

1. Campur yis, susu pekat, gula dan sedikit air suam ( biarkan 10 minit sehingga yis berbuih).
2. Masukkan campuran yis ke dalam tepung dan digaul sebati. Tambah air jika perlu agak-agak 
    untuk membuat cucur.
3. Perap adunan 1-2 jam. 
4. Sebelum menggoreng campurkan dengan sedikit garam. Gaul adunan hingga rata. Biar nampak 
    naik balik baru digoreng.

Siap digoreng.......
gambar close-up.........


SELAMAT MENCUBA!



Wednesday, November 9, 2011

Puding Roti Marble....

Assalamualaikum........
N3 hasil dari blogwalking ke dapur Yatiememories....cik June berjaya menemui jalan penamat kepada
masalah baki roti yang tersimpan. Sengaja cik June pilih resepi mudah ini agar anak-anak senang membuatnya.
Jom anak-anak kita selongkar dapur Cik June............



Yang siap dilapis.......


Bahan-bahannya:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
1/2 cawan gula pasir 2 sudu besar butter ~ dicairkan
3 1/2 cawan air 
2 sudu besar koko/coklat emulco
10 gram serbuk agar-agar


Agar-agar yg cik June gunakan.....
Cara penyediaannya.....
1. Masak agar-agar dengan 3 cawan air dan gula.
2. Blender roti, telur, susu pekat. susu cair dan 1/2 cawan air ( baki dari 3 1/2 cawan tadi ).
3. Campurkan bahan yang diblender tadi kedalam agar-agar yang dimasak. 
4. Apabila agar-agar telah mendidih, tuangkan butter cari dan digaul rata. 
    Tutup api.
5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian: 
    a) biarkan dengan warna asal
    b) campurkan dengan koko yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya tidak bergentel.
6. Ambil sesenduk adunan asal dan tuang di tengah-tengah loyang. Tuang pula adunan koko dan 
    seterusnya bergilir-gilir sehingga dua-dua adunan habis. Puding akan bergerak ke tepi dengan
    sendirinya. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong.



Yang siap dipotong dan dihidang........
   
Selamat Mencuba!




Friday, November 4, 2011

Masak Lemak Nenas....

Assalamualaikum to all.........


Tak ada yang special untuk dibuat tayangan...tapi cik June masukkan jugalah masakan kampung
yang mudah ini. Dah jemu makan Nasi Minyak aje beberapa minggu ni sejak masuk musim kenduri
kahwin. Tekak nak makan lauk-lauk kampung pulak.

Intai sana intai sini...jumpalah stock musim hujan ni..........
Tulang Ikan Kurau Kering........
Wah! Sedap masak lemak cili api campur dengan nenas waktu hujan-hujan ni kan? Jom kita terus ke
dapur. Lihat apa bahan yang kita perlukan...............


Beberapa biji cili padi...bawang putih & bawang merah......

Satu kotak santan atau satu biji kelapa......

Cara menyediakannya............


Kisar cili api, bawang putih, bawang merah dan sedikit kunyit. Masak bersama dengan nenas yang
siap dipotong kecil.

Nenas yg siap dipotong kecil..........
Jika menggunakan kelapa parut, masukkan dulu santan cair. Tapi jika menggunakan santan kotak,
masak nenas dan bahan kisar dengan 2 kotak air dari 1 kotak santan tadi bersama tulang ikan kurau
kering sehingga nenas lembut.

Kemudian, bolehlah masukkan santan pekat tadi. Masak dengan api yang perlahan sambil dikacau
selalu. Rasa asam garamnya kerana ikan kering tadi sudah sedia masin manakala nenas tadi ada masam
manisnya.

Yg telah siap dimasak.........

Mudah kan? Selamat Mencuba!