Monday, April 30, 2012

Kuih Kaswi...

Assalamualaikum to all.........

Anak-anak cik June yang dibesarkan di merata tempat ini, suka benar bila cik June buka cerita pasal Johor. Mulalah yang kecik tu teringat makanan kegemaran yang dibuat oleh emak cik June yang mereka panggil Atok. Semasa ayah masih ada, mereka akan panggil Tok Ayah untuk lelaki dan Tok Mak untuk perempuan. Sejak Tok Maknya sudah ditinggalkan oleh Tok Ayah buat selama-lamanya kerana menyahut panggilan Ilahi dua puluh tahun yang lalu, panggilan Tok Mak tu hanya tinggal Atok sahaja.

"Mama pandai buat kuih Kaswi yang Atok selalu buat tu?" tanya si Adik yang memang gemarkan kuih Kaswi, tapi tidak mahu makan dengan kelapa parut. Entah apa pantangnya tak tahulah pulak.

"Kenapa?" cik June tanya dia balik. Ada ke dah tua macam ni tak pandai buat kuih Kaswi?

"Buat ma...dah lama adik tak makan. Kalau beli tu dia dah siap lomor dengan kelapa," katanya.

"Kalau tak lomor dengan kelapa mana sedap," jawab cik June pula.

"Ala...mama punya letak la kelapa," sarannya lagi.

Hisy! Macam-macam aje. Cik June baru cadang nak buat kuih Siput. Dapatlah buat kudap-kudapan semasa menonton Super Spontan malam nanti. Tapi bagus jugalah buat Kaswi sebab kalau kuih Siput tu kang gelak sakan, mau tercekik dibuatnya, kan?

Psst! CSI dah nak start...........hehehe

Bahagian Adik tanpa kelapa parut....

Oo...untuk anak-anak yang ingin mencuba, cik June sertakan resipinya di bawah.........

KUIH KASWI....
Bahan-bahannya...
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil kapur/air alkali
5 cawan air *
1 cawan gula pasir *
1 cawan gula merah*
2 helai daun pandan disimpul

Kelapa parut & garam



Cara membuatnya...
1. Masak bahan yang bertanda * dengan daun pandan sehingga larut. Sejukkan.
2. Tuangkan air gula tadi ke dalam tepung dan digaul sebati.
3. Masukkan kapur/air alkali. Gaul rata dan tapis adunan ini supaya tidak bergentel.
4. Panaskan pengukus. Sapu loyang dengan sedikit minyak.
5. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.




                                                                     Selamat Mencuba!




                                                       

Sunday, April 29, 2012

Mee Rebus...

Assalamualaikum to all...........

Wah! Bahagianya dapat menikmati Mee Rebus ala-ala di Bukit Batu. Bukit Batu? kat mana tu?
Semasa cik June tinggal di Layang-Layang, berdekatan dengan Rengam di dalam daerah Kluang di Johor, kami sering singgah di Bukit Batu dalam perjalanan ke bandar Kulai untuk sesi kelas muzik dua dari empat orang anak cik June.
Jika tidak biasa dan tidak diteliti dengan betul, memang orang tidak akan perasan kedai yang berhadapan dengan setesen minyak Petronas itu ada menghidangkan Mee Rebus yang sedap. Kami pun entah macam mana boleh tersinggah di situ pada pertama kalinya sehingga setelah berpindah ke lain-lain daerah, kami masih meletakan Mee Rebus di Bukit Batu itu sebagai yang tersedap pernah kami nikmati.




Ok...dari Kelantan dengan menu Laksamnya, cik June kini terus ke selatan tanahair dengan menu Mee Rebus Bukit Batu. Senang dan mudah disediakan. Cuma kena tanya diri sendiri samada rajin atau malas sahaja.

Untuk anak-anak yang ingin mencuba, cik June sediakan resipinya di bawah ini yang diambil dari sebuah buku masakan Alaf 21 yang kini sudah bernaung di bawah Grup Buku Karangkraf.

MEE REBUS...
Sumber : Belajar Memasak ~ Langkah demi Langkah


Bahan-bahannya...
500 gm keledek ~ direbus dan dilecek
500 gm mee kuning ~ dicelur
450 gm daging lembu ~ dihiris, direbus dan disimpan air rebusannya.
300 gm taugeh ~ dibuang ekor dan dicelur
5 biji telur rebus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris memanjang
3 tangkai daun ketumbar
6 biji cili hijau
10 ulas bawang merah ~ dihiris dan digoreng
10 biji limau kasturi
Minyak masak, garam dan gula

Bahan (A) ~ dikisar...
12 tangkai cili kering
3 sm halia
4 biji buah keras
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 sudu besar udang kering ~ direndam
4 sudu besar tauco
1 sm lengkuas

Cara menyediakannya...
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan bahan A.
2. Kacau hingga wangi dan terbit minyak.
3. Masukkan keledek dan kacau selama 2-3 minit. Bubuh daging, garam dan gula secukupnya.
4. Tuangkan air rebusan daging. (Jika hendak memekatkan kuahnya, bancuh 2 sudu besar tepung jagung dengan 3 sudu air, masukkan ke dalam kuah dan gaul rata.) ~ cik June masukkan sekali dagingnya yang telah dihiris tadi ~
5. Bila mendidih dan keluar minyak, tutup api.
6. Untuk menghidang, masukkan mee ke dalam mangkuk bersama bahan sampingan dan sendukkan kuah panas ke atasnya.


Mudah aje kan?
Kalau ringan tulang tentu sahaja berat perutnya dan sudah pasti yang berat tulang itu berdangdutlah perutnya. hehehe......



Mungkin sementara berada di dalam negeri Johor ini, kita boleh berkongsi makanan istimewa masyarakat Johor. Nanti cik June cuba cari resipi apa yang istimewa di sini untuk dikongsikan dengan anak-anak semua.



Sehingga berjumpa lagi di lain N3....salam sayang untuk semua dan Selamat Mencuba!









Saturday, April 28, 2012

Kebab...

Assalamualaikum to all....

Hari ni menu yang senang dan mudah. Selepas beberapa hari makan makanan yang berat-berat nanti berat tulang dan bertambah berat badan pulak.

Walau nampak mudah tetapi mengenyangkan juga.....



"Ma! Akak nak bawak bekal tiga..." kata si kakak yang sedang bersarapan itu.

Di dalam sebungkus ada 5 keping roti pita. Panaskan di atas kuali leper, kerat dua dan ia akan menyerupai poket. Isi poket dengan inti kegemaran.


Cik June guna Roti Pita Nature's Bake yang senang diperolehi di pasar-pasaraya. Berikut adalah resepi untuk inti gaya cik June.......

KEBAB...
Bahan-bahannya....
1 Peket daging kisar
1 labu bawang besar ~ didadu
1 cawan sayuran campur ~ lobak merah, jagung & kacang peas
sos tomato dan sos cili secukupnya

Cara...
1. Tumis bawang besar yang didadu. Masukkan daging cincang dan digaul rata.
2. Masukkan sayuran campur dan digaul rata. Biarkan sehingga air daging tadi kering.
3.Campur dengan sos tomato dan sos cili. Sebatikan dan rasa masam manisnya. Taburkan dengan serbuk lada hitam jika perlu.
4. Semasa menghidang, sapukan poket roti pita dengan mayonis. Isi intinya dan siap untuk dimakan.



Selamat Mencuba!











Friday, April 27, 2012

Laksam...

Assalamualaikum to all.........

Semalam kita orang tiga beranak berbual tentang loghat penduduk di Malaysia ini. Si Adik bertanya......

"Mama pandai cakap loghat Kelantan macam Pak Uteh?" 


Ha! Adik ipar cik June orang dari Golden Sand Pasir Mas, Kelantan. Kalau dia bercakap nak kena pasang telinga baik-baik, jika tidak, kesian dia nanti macam bercakap dengan tunggul kayu je.

Dalam berborak, mengajuk segala bahasa yang diketahui, tiba-tiba masuk bab makan pula. Maka timbullah cerita Laksam ini. Serta merta tekak teringin memakannya. Nak cari terus boleh makan tu memang mustahil melainkan kena keluar mencari di 'Laksa Shack'. Di restoran atau warung-warung terdekat di Setia Alam ni, tidak ada ye anak-anak, mintak ampun dan maaf.

Nasib baik cik June pernah beberapa kali membuatnya hasil dari tunjuk ajar seorang teman semasa cik June tinggal berjiran dengan beliau di Bukit Pasir, Muar dahulu.

Thank You Nooraini Mohamed....jasamu dikenang!

Laksam...

Dengan bahan-bahan yang ada di dapur, cik June terus memulakan projek mengukus Mi Laksam...

LAKSAM...
Sumber: Kompilasi Majalah Karangkraf

Bahan untuk mi laksam...
200 gm tepung beras
40 gm tepung gandum
3/4 sudu teh garam
600 ml air
Cara...........
1. Kacau tepung beras bersama dengan tepung gandum, garam dan air sehingga larut dan sebati.
2. Sapukan loyang dengan minyak. Tuangkan bancuhan tepung membentuk lapisan nipis dan kukus 2-3 minit.
3. Angkat dan gulung ketika masih panas. Lakukan sehingga adunan habis dan ketepikan.


Bahan untuk kuah...
500 gm ikan kembung ~ direbus, ambil isinya dan dikisar.
2 liter santan
3 keping asam gelugur
6 ulas bawang merah *
1 cm halia *
2 sudu teh lada hitam *    ( bertanda * bahan utk dikisar )
Cara..........
1. Didihkan isi ikan, santan, bahan kisar dan asam keping. Kacau selalu.
2. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
Renihkan hingga pekat dan sedia untuk dihidang.

Bahan hiasan...
10 batang kacang panjang
6 tangkai daun kesum
1 labu bawang besar
1 biji timun                    
20 gm taugeh
dan
sambal belacan



Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan curahkan kuahnya. Siap untuk dimakan.





Wednesday, April 25, 2012

JO Beriani...hehehe

Assalamualaikum to all.........

Hehehe...ni memang kes nak kena saman dengan JM Beriani. Berani la kau!

Lalu lalang di Tesco Setia Alam untuk menaiki escalator ke tingkat atas, anda akan terperangkap dengan aroma dari kedai yang menyajikan Nasi Beriani yang popular dengan nama JM Beriani.

Anak-anak cik June memang gemar ke situ. Oleh kerana tempatnya terhad dan sering penuh di waktu makan tengahari, maka cik June cadangkan agar masak sahaja di rumah untuk mendapatkan keselesaan yang lebih.

Ya lah...siapa yang nak makan sambil bersila, siapa yang nak makan dengan menatang pinggan di depan kaca TV, nak makan tak bangun-bangun dari kerusi....tiada siapa yang nak marah kalau di rumah sendiri, kan?




"Ma, hari ni harijadi Kak Nat la..." akak mengingatkan di waktu pagi semasa dia bersiap untuk ke pejabat.

"Macam mana nak celebrate, hari kerja ni," jawab cik June sambil menghidangkan kopi uncang cap TV yang diimport khas dari Kluang, dari kilang pembuatnya * bangga kejap* "...kita celebrate hujung minggu  ajelah."


Beberapa jam kemudian.........


Adik yang bergolek-golek di depan TV sambil mengulangkaji untuk peperiksaan pada Khamis nanti tiba-tiba bersuara...

"Rindu Hana la..."


Padahal baru je jumpa hari Sabtu dan Ahad lepas. Tapi oleh kerana dia suka menyakat satu-satu anak sedara yang baru hendak belajar bercakap itu, mungkin terngiang-ngiang di lubang telinga suara Hana yang melawan tidak mahu mengalah.

"Mama masak bawak ke sana petang ni...boleh celebrate sekali."


...bersama lauk sampingan


Maka cik June bertiga beranak ke Seri Hijauan gaya orang katering membawa makanan yang siap dimasak untuk meraikan hari ulangtahun mommy Hana Sofya secara kejutan.

Yeay!! Mission accomplished.

Jom anak-anak jemput jamu mata dan Selamat Mencuba! Untuk resipinya, anak-anak boleh rujuk di sini.










Tuesday, April 24, 2012

Acar Timun ~ lagi...

Assalamualaikum to all.......

Maaflah anak-anak...cik June masak menu yang pernah ditayangkan beberapa zaman yang lalu. Menu ini memang mendapat sambutan hangat dari seisi rumah. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja...malah bertambah sedap kalau dimakan dengan Nasi Minyak atau Nasi Beriani.

Menu ini boleh disimpan lama berbanding sayur yang dimasak lemak atau sayur berdaun hijau yang digoreng. Jadi untuk cik June anak beranak yang makan tidak serempak ini, sesuai sangatlah.


Acar timun...

"Asyik sayur campur aje kat kantin tu kan?" kedengaran suara-suara sumbang di ruang meja makan, petang itu. Perbualan diantara Kakak dan Adik yang baru pulang ke rumah.

"Ha ah...kat foodcourt tu lagilah, asyik-asyik kacang panjang, asyik-asyik kobis goreng," rungut yang seorang lagi.

Tengahari tadi cik June yang sibuk dengan kerja-kerja menulis, malas nak masak macam-macam yang bakal menggunakan banyak bekas. Jadi cik June mesej si kakak yang bekerja di bahagian Admin Tesco....

             Cik June -----> Kakak


                                       Tlg belikan ayam golek b/pepper sekor masa balik
                                        keje nanti.


Sampai sahaja di rumah, kakak terus singsing lengan baju gaya orang yang nak bertumbuk. Dia terus ke singki mencuci tangan.

Ayam golek yang dipesan diisi ke dalam pinggan hidang. Ambek kau!


Maka dua beradik tadi mengnagkat sepuluh jari membaca doa makan dan selamatttt!


Cik June senyum gembira kerana mereka tak banyak songeh, makan apa yang ada.




Cara penyediaannya...
1. Perap bahan yang siap dihiris dengan garam dan serbuk kunyit. Bahan perapan akan mengeluarkan air yang banyak. Setelah itu, tapis bahan perap ini atau kalau rajin, bolehlah diperah menggunakan kain kasa.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi & satu senduk cili kisar hingga sedikit garing.
3. Masukkan 5-6 sudu besar gula. Gaul rata.
4. Masukkan 3 sudu besar cuka makan. Gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan bahan perap yang telah diperah tadi. Gaul rata.
6. Tambah garam jika perlu.
7. Gaul rata dan rasa masam manisnya. Tutup api.





Untuk anak-anak yang dikasihi....Selamat Mencuba!








         

Monday, April 23, 2012

Rich Chocolate Brownies...

Assalamualaikum to all........

Ini kesinambungan dari kisah si Adik yang pulang kebuluran kelaparan petang itu. Cik June tinggalkan dia di bawah sendirian untuk mengerjakan solat Asar dan akan terus bertapa di atas menyambung kerja-kerja menulis yang masih belum jumpa jalan penamat untuk cerita ala-ala CSI itu.

Sedang cik June meneliti baris demi baris, bab demi bab dalam cerita itu.........

Kelentang...kelentung...kelempang...kelempung....ngilu rasanya dengan bunyi yang hinggap ke telinga cik June petang itu. Ada gerak gempa ke? Itu sahaja yang boleh difikirkan sekarang ini semenjak sering berlakunya kejadian gerak gempa. Apatah lagi setelah hujan lebat yang turun sekejap tadi. Tapi cik June yang berada di tingkat atas ini, tidak rasa bergoyang pun? Sekejap kemudian............

"Ma! Butter yang tinggal satu ni adik guna tau?" jerit si Adik dari bawah.

Hasil kerja si Adik.....

Hai? Ambil butter dalam esbok pun macam bunyi gempa bumi ke? Namun cik June abaikan sahaja kerana sedang berusaha gigih untuk menyiapkan buku yang sebuah ini.

Tidak lama kemudian.....Kringgggggggggggg....bunyi deringan jam ketuhar untuk memberitahu bahawa apa yang dimasak tadi telah siap mengikut masa yang dikehendaki. Bau yang enak hinggap pula ke lubang hidung. Entah apa yang dibuat si Adik di bawah tu....jangan sampai jahanam oven kesayanganku itu sudah.

Cik June rasa tak senang hati, lalu cik June intai dari tingkat atas yang jelas memandang ke ruang makan.....

Buat sendiri makan sendiri............

Ai? Tak sampai setengah jam bunyi deringan ketuhar tadi, hasil masakannya dah hilang sepotong?

Adik di ruang tamu dengan satu mug milo panas sedang tekun menonton K-Pop dari channel Astro 391.

Cik June turun untuk sesi spot check dapur yang digunakan olehnya, sambil-sambil melihat apa yang dimasak oleh si Adik tadi.
Nasib baik semuanya sudah siap dicuci.
Cik June belek buku yang masih terkangkang di atas meja bersama pinggan yang berisi brownies itu.

"Kosong je? Mana frostingnya?"


"Tak payahlah...macam ni pun dah okey...bukan nak jamu orang," jawabnya selamba.

Untuk anak-anak yang teringin hendak membuat brownies ini, cik June sertakan resepinya di bawah.

RICH CHOCOLATE BROWNIES
Sumber: The Taste of Home Baking Book by Reader's Digest


Bahan-bahannya...
1 cup sugar
2 eggs
1/2 teaspoon vanilla extract
1/2 cup butter ~ melted
1/2 cup all-purpose flour
1/3 cup baking cocoa
1/4 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon salt
Frosting...
3 tablespoons baking cocoa
3 tablespoons butter ~ melted
1 teaspoon instant coffee granules
1 1/2 cups confectioners' sugar
2-3 tablespoons warm water

Preparations...
1. In a large mixing bowl, beat the sugar, eggs and vanilla. Add butter...mix well. Combine the flour, cocoa, baking powder and salt. Add to batter and mix well.

2. Pour into a greased 8-in, square baking pan. Bake at 350 deg. for 20-30 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. Cool on a wire rack.

3. For frosting: combine the cocoa, butter and coffee. Gradually stir in confectioners'sugar and enough water to achieve a spreading consistency. Frost brownies.

Selamat Mencuba!








Sunday, April 22, 2012

Sambal Tumis ~ Ikan Terubuk Masin...

Assalamualaikum to all...........

Cuaca yang kejap panas dan selalunya hujan ini membuatkan perut seolah sedang masuk rancangan VOICE@ MENTOR@FENOMANIA....menyanyi terus!

Entah apa lagi yang hendak dimasak kalau di dapur tu stok barangan makannya belum ada sesiapa yang sempat hendak mengisinya.

Raba sana raba sini....cik June terjumpa dengan sebungkus ikan terubuk masin yang diberi oleh anakanda Iwan dan Ida yang pulang bercuti ke Kuching baru-baru ini. Eee...tak kan nak makan nasi dengan ikan masin terubuk ni aje? Mesti nak kena ada sayur lemak atau apa sahaja yang seangkatan dengannya yang dapat membangkitkan selera, kan?

Terubuk Masin...Salawak mali lorh!

Maka dengan rajinnya cik June potong kecil dan digoreng garing dan dimasukkan ke dalam sambal tumis menggantikan ikan bilis. Anak-anak cik June kurang gemar dengan ikan bilis yang dijadikan sambal tumis.

Sambal Tumis Ikan Terubuk Masin...

Tahukah anak-anak ikan terubuk ini sejenis ikan yang mempunyai banyak tulang yang rapat dan halus? Jika mata kurang terang dan kepada anak-anak yang kurang sifat sabarnya itu...sila abaikan sahaja ikan ini kerana bimbang tercekik tulang.

Siap masak cik June hantar mesej dekat Adik........

                         Cik June ---> Adik:
                                                         Tolong singgah Tesco...beli kobis, kcg pjg.
                                                         Bekalan sayur dah habis...


Tak sanggup nak menunggu adik balik, cik June belasah sepinggan dulu.

Burp! Alhamdulillah. Lepas itu rancangan untuk sambung menulis semua tak jadi kerana cik June nampak huruf macam berlapis tujuh. Hujan-hujan ni tarik kusyen lagi sedap....Zzzzzzz

Selamat menjamu selera....

Pon! Pon! Hon kereta si Adik mengejutkan cik June yang termamai kekenyangan.

"Ma! Perut adik dah nyanyi lagu Micheal Jackson tau?" katanya elok dia keluar dari perut kereta. "Malu adik dengan abang team leader yang jaga bahagian Fresh tu."


"Kenapa pulak?"


"Kuat bunyi perut adik, abang tu boleh dengarlah ma..."

Cik June jeling dia seratus lapan puluh darjah. "Kenapa tak pergi makan?"


"Kawan adik hari ni tak datang, adik tak ada geng nak ke Cafe tu," jawabnya sambil menonong kedapur membawa barangan yang cik June pesan tadi.

Moral of the story.....Kalau dah lapar makan ajelah...tak kira lauk apa pun, kan? Hehehe



Wednesday, April 18, 2012

Talam Marble...

Assalamualaikum to all.........

Hi anak-anak!
Cik June terasa boring sendiri melihat N3 dari blog cik June yang hanya menayangkan menu mudah dengan warna yang malap. Sudah beberapa kali, muffin dan cupcakesnya semua berwarna coklat. Maaf ye...itu adalah kerana cik June terpaksa menghabiskan stok serbuk coklat dan coklat masakan yang tersimpan. Bimbang tarikh luputnya sudah hampir. Len kali cik June meriahkan N3 dengan stok terbaru dan resepi yang berwarna warni pula.

N3 hari ini...bab untuk menghabiskan stok tepung Hoen Kwee yang hanya diguna hanya sesekali sahaja. Jadi cik June telah merayau ke dapur masak blogger-blogger yang ada menayangkan resepi yang berasaskan tepung tersebut. Maka dengan itu terhasillah resepi Talam Marble yang cik June perolehi dari dapur masak blogger Azlita Masam Manis. 

Talam Marble gaya cik June....hehehe

Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi berkongsi resepinya. Memang kelam kabut sikit hendak dimarblekan kerana adunan cepat mengeras dan kita haruslah bertindak pantas untuk membuat lapisan yang banyak dan cantik. Cadangnya...nak buat macam kuih lapis, tapi dah namanya marble...maka separuh jalan tu cik marblekan pula. Hehehe...memandai aje, kan?

Kepada anak-anak yang teringin untuk membuatnya, jom kita salin resepi di bawah ini:-

TALAM MARBLE
Sumber: Azlita Masam Manis
diperolehi dari Kak Fida

Bahan-bahannya...
240 gm tepung Hoen Kwee (cik June ada warna kuning je..)
450 gm gula halus ( 2 1/4 cawan rata)
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sudu teh garam
3 sudu besar serbuk koko 
coklat emulco (ita tambah)

Cara menyediakannya...
1. Satukan bahan ke dalam mangkuk kecuali koko. Gaul rata.
2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur dengan serbuk koko.
3. Masak adunan di dalam periuk yang berasingan sehingga pekat, licin dan kelihatan meletup-letup. Matikan api.
4. Loyang digriskan dengan minyak masak terlebih dahulu.
5. Marblekan adunan berselang-seli warna sehingga habis.
6. Sejukkan.


Dah selamat sebelah...tak sempat nak posing 


Cik June cuma buat separuh dari resepi di atas dan dimasukkan ke dalam mangkuk casserole. Mudah... kerana tak payah nak digris. Buat talam ni nak kena sediakan bekasnya siap-siap dari awal. Bila dah mula pekat baru nak gris loyang, nampak gaya memang beku dalam periuklah....serius, wa cakap lu!

Okeylah tu...sempat juga bercorak talam ni. Kurang rupa tapi rasanya sama ya anak-anak? Jom jemput jamu mata.......

Sesuai dengan cuaca yg agak panas sekarang ini.....


SELAMAT MENCUBA!











Sunday, April 15, 2012

Kek Coklat ~ Tanpa telur...

Assalamualaikum to all...........

Kek ni dah berpuluh kali buat. Terima kasih banyak-banyak kepada Dayang Jack dari DapurKu Sayang yang telah berkongsi resepi mudah ini. Semoga banyak pahala yang dikutip setiap kali resepinya dihasilkan.

Ini bukan minum ptg....tapi makan masa menonton TV tgh malam....tu pasal gambar kurang terang....

Rasa macam tak perlu hendak dijadikan N3 kerana cik June pernah membuatnya dahulu. Konon kali ini dibuat dalam bekas ramekins tu untuk di decorate dengan cream esoknya. Tapi kalau dah siap tu memang tak sempat nak tunggu esok. Jadi sebelum habis dikerjakan, baik kita rakamkan bagaimana wajah Kek Coklat tanpa telur ini.

Si Adik dah siap hafal resepi yang mudah ini dan buku masak cik June habis dicontengnya. Tengok kat bawah tu...


Cara mudah menghafal....

Anak-anak yang teringin membuatnya, cik June sertakan sekali lagi resepi kek coklat mudah tanpa telur ini. Jom ke dapur......

KEK COKLAT ~ tanpa telur...
Sumber: Dayang Jack dari DapurKu Sayang


Bahan-bahan yang diperlukan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 cawan serbuk koko ~ cik June guna Van Houten
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk ~ dari peti ais
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu teh coffee/chocolate emulco
secubit garam
1 sudu kecil cuka/jus lemon
1/2 cawan minyak masak/jagung/mentega cair


Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 160 darjah Celcius. Griskan loyang dengan mentega.
2. Ayak tepung bersama baking powder, soda bicarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. 
3. Masukkan susu tepung, garam dan gula perang. Gaul rata.
4. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanilla dan coffee/coklat emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk.
4. Akhir sekali masukkan cuka/jus lemon. Terus dikacau hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.


Kemudian dia menderhakakan resepi dengan meletak sepotong coklat masakan di tengah adunan. Gotcha!!



Hasil yg memberangsangkan...

Well done Adik! Practice Makes You Perfect...



Jom layan dlm gelap sambil nonton Criminals Mind....hehehe

Tambah enak dimakan bersama krim putar dan strawberry....cubalah!





Friday, April 13, 2012

Apam Gula Hangus...

Assalamualaikum to all.....

Ada kisah di sebalik apam yang tak rupa apam ni...

Apam Gula Hangus versi bakar...hehehe

Kisahnya macam ni...
                                Apam yang sepatutnya dikukus itu telah di masukkan ke dalam bekas muffin untuk mendapatkan bentuk yang comel dan kecil. Tetapi pengukus cik June pula tidak dapat memuatkan bekas muffin yang berbentuk empat segi itu. Tengok ni....

Tak muat kukusan mama tu weh!

"Alamak! Nak dibuat macam mana ni?" Tanya si Adik bila cik June beritahu tak muat nak dimasukkan ke periuk pengukus.

"Kita bakar ajelah..." Cik June ambil jalan mudah kerana banyak pulak kerjanya nanti. Nak alih sana sini, dengan bekas yang nak dibasuh lagi (kes berat tulang)...hehehe

"Boleh ke?"

"Alah...kita yang buat dia...." Maka cik June menyediakan oven seperti biasa dengan kepanasan suhu 170 darjah Celcius dan dibakar selama 25 minit.



Tadaa.......

Jadi tu tentu jadi punyalah....cuma kejadiannya sedikit kering. Mungkin kalau dikukus tadi ada lembab-lembab sikit. Walaubagaimana pun ianya tidak menghampakan. Dapat disimpan lebih lama berbanding dengan yang dikukus yang berkemungkinan akan mudah berkulat...hehehe (ayat pujuk diri sendiri).

Untuk anak-anak yang ingin mencuba...kita tengok resepinya di bawah ini........

APAM GULA HANGUS...
Sumber: Kuih dan Manisan Kegemaran Ramai




Bahan-bahannya...
2/3 cawan gula
1/2 cawan air panas
70gm mentega ~ dicairkan
1/3 cawan ( 75 ml) susu cair
1 biji telur ~ dipukul
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 camca teh soda bicarbonate 
secubit garam 1/4 cawan (70gm) gula halus


Ah!! Siap sudah....


Dalam gambar sebelah tu....versi dikukus...(mandai je nak bakar)




Cara membuatnya...
1. Masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan perlahan-lahan sehingga gula cair dan menjadi gula hangus. Pastikan api kecil untuk mengelakkan gula hangit dan angkat sebaik sahaja gula menjadi perang.
2. Tuang air panas ke atas gula hangus. Didihkan gula hangus beberapa minit sehingga cair dan menjadi sirap. 
3. Masukkan mentega, susu dan telur ke dalam bekas sirap yang telah sejuk dan kacau sebati.
4. Ayak tepung, soda bicarbonate dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan gula. Tuang bancuhan di tengah-tengah tepung. Gaul rata dengan senduk kayu atau pemukul telur.
5. Alas loyang 16cm persegi atau bulat dengan kertas kalis minyak dan sapukan mentega. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan dan masukkan ke dalam pengukus.


Peringatan: Jangan buka penutup kukusan sebelum 30 minit kerana apam akan mendak.

Versi bakar cik June....wakakaka

Apa pun alhamdulillah...dapat dimakan dengan satu mug kopi panas malam itu sambil menonton siri dari channel Diva ~ Suits ~ kegemaran cik June. (Psst...cik June suka Harvey Specter tu) muahaha....

Selamat Mencuba! 







Thursday, April 12, 2012

Puff Sardin...

Assalamualaikum to all......

Seperti biasa Practice Makes perfect menayangkan menu mudah.

Puff Sardin...

Kelam kabut cik June lepas solat Subuh menyelongkar esbok mencari Paratha yang pernah dibeli tapi masih belum dijadikan makanan. Rasanya sebelum masuk tidur semalam, cik June sudah memanaskan lauk kari yang masih berbaki...cadangnya bolehlah dimakan dengan Paratha. Sarapan yang mudah dan sangat senang...hehehe


Aisehmen! Paratha wholemeal pulak...

Cik June ke tungku dapur untuk memanaskan kari semalam...sekali tutupnya dibuka...jeng...jeng...jeng
tinggal periuknya aje dah...entah siapa agaknya yang mencari makan di tengah malam semalam.
Maka idea datang spontan...( macam Detective Conan je gayanya ) bila teringatkan stok sardin masih ada setin lagi. Jam menunjukkan 6.55 minit pagi, masih sempat untuk membuat puff sardin.
Rancangan bertukar...

Cara cik June...dilipat dua dan kelim hujungnya dgn garfu...

Untuk menyediakan inti sardinnya...
1 tin sardin diasingkan isi dari sosnya. Buangkan tulang dan dihancurkan dengan menggunakan garfu. 
2. Hiris 1 batang cili merah 
3. 1 biji bawang besar yang dipotong dadu
4. Perahan air limau kasturi
5. Gaul rata semua bahan...




akhir sekali sapukan permukaannya dgn kuning telur...

Sediakan oven dengan kepanasan suhu 170 darjah Celcius dan bakar selama 20 minit.
Tadaaa......



Hasilnya.....

Dari hasil kecekapan cik June pagi itu...( muahaha....kes masuk bakul naik lif ) sempatlah dijadikan sarapan dan sesiapa yang tak sempat nak duduk bersarapan tu isikan dalam bekas untuk dijadikan bekal. Boleh dimakan di waktu rehat nanti atau dalam perjalanan semasa meredah kesesakan lalu lintas. 

Selamat Mencuba!




Wednesday, April 11, 2012

Tauhu Sumbat...

Assalamualaikum to all....

Menu paling mudah sekali sebagai pembuka selera. Mudah dan senang disediakan...tetapi kalau sosnya tidak sedap, maka tidak akan sedaplah jadinya Tauhu Sumbat ini. Ada orang suka dicelur dahulu taugehnya, ikut suka masing-masinglah nak dimakan macam mana.


Tauhu Sumbat...

Ok...kita proceed dengan resepi mudah ini...

TAUHU SUMBAT...
Bahan-bahannya...
4 keping tauhu putih ~ dibelah dua menyerong dan digoreng.
Sedikit taugeh ~ tak nak buang ekor pun tak pe...
Lobak merah ~ dipotong halus memanjang
Timun  (cik June kehabisan stok timun)
Daun salad
.....Belah tengah tauhu yang digoreng tadi dan disumbat dengan sayur kegemaran.


Untuk sosnya...
5 batang cili merah (cik June tambah 5 batang cili padi bagi ada 'kick' sikit. Tapi kalau kena tunggu toilet bowl tu jangan nak salahkan sesiapa ye? Harap maaf.)
3 ulas bawang putih
Sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
.....Bahan-bahan ini dikisar halus dan ditanak atas dapur dengan kepekatan kuah yang dikehendaki.
2. Biarkan ia merenih agar cilinya cukup masak.
3. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukup rasa.


SELAMAT MENCUBA!














Kari Daging...

Assalamualaikum to all........

Hari ini cik June masak Kari Daging...asyik ayam aje...kita ubah selera pulak. Tiba-tiba si Adik yang lalu lalang bersiap untuk ke kelas tengahari itu terhidu bau kari.

"Dah lama kita tak makan nasi atas daun pisang kan?"

Ala-ala daun pisang...hehehe
Anak-anak cik June semua dibesarkan di estate, makan nasi atas daun pisang itu macam makan dalam dulang aje lebih kurang. Cuma kalau guna daun pisang ni dah sudah makan, lempar aje ke tong sampah... senang kerja.

Di bandar ni mana nak jumpa daun pisang kalau tak dicari di pasar? Lain kat estate dulu, boleh ambil dari pokoknya di belakang rumah aje. Tapi tak apalah...dah teringin sangat, gunalah pinggan yang rupa daun pisang tu...lebar juga.


Beberapa batang cili hijau dari pokok depan rumah sebagai hiasan...

KARI DAGING...
Bahan-bahannya..
1 kg daging
3 biji kentang
Rempah penumis
Selembar daun kari
4 sudu makan rempah kari daging (cik June guna Baba's)
3 biji tomato buah @ 2 keping asam gelugur
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih *
1 inci halia*                 (Kisar halus bahan bertanda *)
1/2 kotak santan
4 biji bawang merah ~ dimayang
1 batang serai ~ diketuk


Cara menyediakannya...
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah yang dimayang bersama rempah penumis dan selembar daun kari hingga bawang menyerupai bawang goreng.
2. Masukkan serai yang diketuk tadi bersama bahan kisar. Kacau rata bersama rempah kari. 
3. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Biarkan merenih di atas dapur sehingga daging empuk.
4. Masukkan pula kentang dan santan.
5. Rasa asam garamnya. Biarkan lagi sehingga kentang pula empuk.
6. Akhir sekali, masukkan asam keping @ buah tomato yang dibelah dua dan cili hijau yang dibelah-belah sebagai hiasan. (Jika suka pedas, boleh masukkan sesenduk cili kisar semasa menumis tadi).




Ini bahagian si kakak...betul punya kenduri

"Wah! Ini kalau ada Roti Jala, tentu best!" Tegur si Kakak yang pulang dari pejabat petang itu dalam keadaan separuh basah. Kancil yang diparkir di depan rumah itu tidak dapat menyelamatkan dia dari hujan lebat. "Kalau ada papadom tambah sedap," ujarnya lagi.

E..eh! Berapa banyak nak tambah dah? Makan ajelah apa yang terhidang tu...kalau balik kerja nak kena masak tu macam mana? Hisy!




Tuesday, April 10, 2012

Paceri Nanas...

Assalamualaikum to all.....

Ini adalah diantara menu yang tak sempat berposing. Semasa masing-masing sudah menyenduk masuk ke dalam pinggan baru cik June teringat tadi gambar waktu mengupasnya ada diambil, tapi sesudah kejadian, macam tak sempat pula hendak dirakamkan wajah makeovernya itu.

Tetapi untuk tontonan anak-anak, bagaimanakah rupanya Paceri Nanas hasil air tangan cik June ini, maka cik June usahakan juga menunjukkannya walaupun hanya di tubir pinggan...hehehe


Paceri Nanas Berempah...

Untuk resepinya, di bawah ini cik June sertakan versi air tangan cik June kepada sesiapa yang sudi hendak mencubanya. Masin, masam dan manisnya, anak-anak tambahlah sendiri ye?

PACERI NANAS BEREMPAH...
Bahan-bahanya...


1 biji nanas ~ dikupas kulitnya dan dicelur.
2 batang serai 
3 sudu besar rempah kari
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar kerisik
Rempah penumis
1 labu bawang besar
2 batang cili merah
Pati santan dari 1/2 biji kelapa @ 1/2 kotak santan
Nanas yang dipotong bulat...


Cara membuatnya...
1. Panaskan minyak, masukkan rempah penumis. Masukkan juga halia, bawang putih, bawang merah dan serai yang telah dikisar halus. Biarkan ia agak kering sambil sesekali dikacau rata.
2. Masukkan bancuhan rempah kari dan gaul rata. Biarkan ia menggelegak sebentar.
3. Masukkan kepingan nanas yang telah dicelur dengan santan, asam keping dan kerisik.
4. Masukkan garam dan gula pula sebagai perasa. (Biasanya paceri nanas ini rasanya sedikit manis).
5. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili merah yang telah dibuang bijinya dan dipotong memanjang sebagai hiasan. (jika tak mau pun tak apa)


Sorry dik...mama nak ambil gambarnya kejap...

Kalau masak Paceri Nanas, biasanya di rumah cik June ni, kami lawankan dengan ayam goreng atau ikan goreng sahaja. Tapi kalau ada ikan kering @ ikan masin, fuh! lagi ngam.


Untuk anak-anak yang hendak mencuba menu mudah dan murah ini, Selamat Mencuba!