Assalamualaikum to all...........
Wah! Bahagianya dapat menikmati Mee Rebus ala-ala di Bukit Batu. Bukit Batu? kat mana tu?
Semasa cik June tinggal di Layang-Layang, berdekatan dengan Rengam di dalam daerah Kluang di Johor, kami sering singgah di Bukit Batu dalam perjalanan ke bandar Kulai untuk sesi kelas muzik dua dari empat orang anak cik June.
Jika tidak biasa dan tidak diteliti dengan betul, memang orang tidak akan perasan kedai yang berhadapan dengan setesen minyak Petronas itu ada menghidangkan Mee Rebus yang sedap. Kami pun entah macam mana boleh tersinggah di situ pada pertama kalinya sehingga setelah berpindah ke lain-lain daerah, kami masih meletakan Mee Rebus di Bukit Batu itu sebagai yang tersedap pernah kami nikmati.
Ok...dari Kelantan dengan menu Laksamnya, cik June kini terus ke selatan tanahair dengan menu Mee Rebus Bukit Batu. Senang dan mudah disediakan. Cuma kena tanya diri sendiri samada rajin atau malas sahaja.
Untuk anak-anak yang ingin mencuba, cik June sediakan resipinya di bawah ini yang diambil dari sebuah buku masakan Alaf 21 yang kini sudah bernaung di bawah Grup Buku Karangkraf.
MEE REBUS...
Sumber : Belajar Memasak ~ Langkah demi Langkah
Bahan-bahannya...
500 gm keledek ~ direbus dan dilecek
500 gm mee kuning ~ dicelur
450 gm daging lembu ~ dihiris, direbus dan disimpan air rebusannya.
300 gm taugeh ~ dibuang ekor dan dicelur
5 biji telur rebus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris memanjang
3 tangkai daun ketumbar
6 biji cili hijau
10 ulas bawang merah ~ dihiris dan digoreng
10 biji limau kasturi
Minyak masak, garam dan gula
Bahan (A) ~ dikisar...
12 tangkai cili kering
3 sm halia
4 biji buah keras
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 sudu besar udang kering ~ direndam
4 sudu besar tauco
1 sm lengkuas
Cara menyediakannya...
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan bahan A.
2. Kacau hingga wangi dan terbit minyak.
3. Masukkan keledek dan kacau selama 2-3 minit. Bubuh daging, garam dan gula secukupnya.
4. Tuangkan air rebusan daging. (Jika hendak memekatkan kuahnya, bancuh 2 sudu besar tepung jagung dengan 3 sudu air, masukkan ke dalam kuah dan gaul rata.) ~ cik June masukkan sekali dagingnya yang telah dihiris tadi ~
5. Bila mendidih dan keluar minyak, tutup api.
6. Untuk menghidang, masukkan mee ke dalam mangkuk bersama bahan sampingan dan sendukkan kuah panas ke atasnya.
Mudah aje kan?
Kalau ringan tulang tentu sahaja berat perutnya dan sudah pasti yang berat tulang itu berdangdutlah perutnya. hehehe......
Mungkin sementara berada di dalam negeri Johor ini, kita boleh berkongsi makanan istimewa masyarakat Johor. Nanti cik June cuba cari resipi apa yang istimewa di sini untuk dikongsikan dengan anak-anak semua.
Sehingga berjumpa lagi di lain N3....salam sayang untuk semua dan Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment