Hai anak-anak! Sorrylah cik June ni asyik tenggelam timbul je. Bukan tak masak tau? Cuma bila masak tu ngam-ngam waktu nak makan, maka tak sempatlah nak berposing kawan tu...
Macam kes dalam N3 kali ni....
Cik June tetiba teringin nak makan Murtabak...tapi malas nak bergerak keluar dari rumah. Toleh kiri...toleh kanan adalah bahan-bahan yang boleh dijadikan Murtabak tapi dari versi biskut Cream Crackers. Cream Crackers tu sudah tersimpan lama kerana cik June cadang nak buat Bingka Crackers yang famous di blog-blog masak baru-baru ini.
Anak-anak cik June pula tidak begitu gemar dengan makanan yang berunsur manis atau kuih-muih yang berintikan/bersalutkan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kelapa parut melainkan dijadikan santan kelapa. Huisy!
Bahan-bahan yg diperlukan........ |
Okey...jika anak-anak berminat untuk membuatnya...cik June sertakan dengan resepi yang cik June ambil dari sebuah buku masakan 'Hi-Tea' Istimewa Malaysia.
MURTABAK LAPIS...
sumber: 'Hi-Tea' Istimewa Malaysia
Bahan-bahannya...
400gm daging cincang
3 sudu besar rempah kari
300 gm bawang besar ~ didadu
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah * (bahan bertanda * dikisar)
2 cm halia *
100 ml minyak
250 ml air 45 keping biskut cream crackers
300 ml susu cair
400 ml santan (dari 1 biji kelapa)
~ dua bahan ini disatukan~
6 biji cili merah ~ dihiris nipis
6 tangkai daun bawang ~ dihiris halus
4 biji telur ~ dipukul
4 sudu besar mentega
garam secukupnya
Cara penyediaan...
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan rempah hingga wangi.
2. Masukkan daging dan gaul rata dengan rempah. Bubuh pula air. Masak sehingga airnya kering.
3. Masukkan pula bawang besar. Masak sampai bawang layu. Tambahkan garam. Angkat.
4. Jerang campuran susu dan santan hingga mendidih. Perisakan dengan sedikit garam.
5. Lenserkan tin empat segi berukuran 25cm dengan majerin. Alas dasarnya dengan kertas timah.
6. Celup sekeping biskut ke dalam campuran susu dan santan sampai kembang. Susun didasar tin (kira-kira 9 keping bagi setiap lapis).
7. Taburkan satu perlima daging rata-rata, diikuti daun sup+daun bawang, cili hiris dan telur. ulangi melapis dengan bahan-bahan itu sehingga menjadi lima lapis dan semua biskut digunakan.
cik June taburkan juga dengan bwg besar yg didadu semasa melapis... |
8. Akhir sekali tuangkan baki campuran santan. Letak beberapa camca mentega di atasnya.
9. Bakar pada suhu 200 darjah Celsius selama 50 minit atau sehingga masak.
Ini sahajalah yang sempat cik June ambil gambarnya. Apabila siap dimasak tadi memang tidak berkesempatan hendak dirakamkan wajahnya kerana masa untuk bersantap itu telah tiba. InsyaAllah di lain masa dan kesempatan, jika kerajinan tulang empat kerat ini mengizinkan....cik June akan buat tayangan amal untuknya.
Rasanya memang tidak menghampakan ditambah kalau dimakan bersama kuah kari atau jeruk bawang sebagaimana yang terdapat di restoran yang menyediakan murtabak.
Untuk yang teringin itu.....Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment