Wednesday, February 29, 2012

Egg Tart...

Assalamualaikum to all....

Resepi mudah kita hari ini ialah Egg Tart atau bahasa Melayunya Tart Telur. Mungkin berasal dari makanan barat. Apabila manusia mula pandai menjelajah dunia dan berlakunya perkahwinan campur, resepi ini sudah menjadi tidak asing lagi.

Ini kes terlupa...hehehe


Bahan yg diperlukan...
1 peket Paratha jenama Kawan ~ terap dan masukkan ke dalam acuan tart.

...yang dah siap...

Untuk intinya...
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
   2 biji telur
   1 camca makan tepung kastad
   1 camca teh esen vanilla

Gula dan esen vanilla.......

Susu cair, tepung kastad & telur....

Pukul susu, gula dan air hingga larut.
Masukkan telur dan dipukul perlahan. 
Campur tepung kastad dan esen vanila.
Kacau rata dan tapis.
Tuan ke dalam acuan yang sudah berisi dengan kulit yang dibuat dari kepingan Paratha tadi.




Tuangkan adunan telur ke dalam kulit tart....


Bakar selama 25 minit dalam ketuhar dengan kepanasan 170 darjah Celcius.




Tadaaa.....bekal ke pejabat...hehehe


Practice Makes Perfect!



Monday, February 27, 2012

Ikan Merah Masak Kicap...

Assalamualaikum to all.......

Cik June bersiaran lagi dengan resepi ala-ala kampung dengan menjadikan ikan sebagai bahan asasnya.
Sekilo ikan merah yang terdapat di sini berharga RM27.90.

...dibersihkan dengan limau kasturi utk membuang hanyir kan...

Maka kalau nak masak tu kena tanya si pemakan, hendak dimasak apa sebab cik June tidak mahukan pembaziran.

Si adik minta dimasak kicap sahaja.

Ikan Merah Masak Kicap....gaya cik June

Cara menyediakannya....
Ikan merah dibersihkan...
Gaul dengan garam dan kunyit ~ digoreng terlebih dahulu

Ikan yg telah siap digoreng......

Bahan untuk kuah kicapnya....


Kicap & sos tomato
Utk hiasan.......
Tomato buah ~ dibelah empat
Bawang besar ~ dihiris bulat
Cili merah~ dihiris memanjang


Bahan kisar utk menumis........


Bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan cili kering....


Cili kering direndam dahulu dengan air panas hingga lembut..
kemudan dicampur dengan bawang putih, bawang merah dan sedikit halia & dikisar halus.
Panaskan sedikit minyak dan tumis hingga bahan tumis ini garing.
Tambahkan sedikit air, kicap dan sos tomato. 
Biarkan menggelegak kuahnya baru dimasukkan ikan yang telah digoreng tadi. 
Rasa asam garamnya.
Akhir sekali...masukkan bahan hiasan.
Gaul rata dan tutup apinya.




Siap untuk dimakan......jom!




Selamat Mencuba!





Sunday, February 26, 2012

Ayam Lemak Cili Api....

Assalamualaikum to all........

Lagi lauk biasa-biasa untuk memenuhi N3. Anak-anak pun boleh membuatnya.


Selepas ayam masak kicap, ayam masak sambal, kari ayam dan segala menu yang menjadikan ayam sebagai hero di dalam resepinya. Hari ini kita cuba ayam lemak cili padi pula. Rasanya waktu hujan-hujan begini  memang sedap makan makanan pedas yang panas.

Bahan asasnya sudah tentulah ayam......

sedang di 'defrost'......
Seekor ayam ~ potong ikut suka.
Cuci bersih ~ toskan.
Gaul dengan garam dan kunyit ~ digoreng utk mengelak dari hancur isinya semasa dimasak.

...bahan-bahan lain yang diperlukan....

1  kotak santan Kara/ 1 biji kelapa
sedikit lengkuas
halia
bawang putih
bawang merah
3 biji buah keras
kunyit hidup/serbuk
asam keping
bahan perasa
beberapa biji ubi kentang

...4 batang serai & 15 biji cili padi...
Cara menyediakannya..........
Bahan di atas kecuali ubi kentang dan asam keping hendaklah ditumbuk halus/blender.
Masukkan ubi kentang di dalam periuk bersama bahan yang ditumbuk/blender tadi. Masukkan 4 cawan santan cair dan didihkan bahan tumbuk.
Masukkan ayam, asam keping dan santan pekat. Biarkan merenih atau sehingga kentang empuk.
Tambahkan dengan bahan perasa.

Sedia untuk dimakan.....


Selamat mencuba!







Saturday, February 25, 2012

Buncis & Cendawan Enoki...

Assalamualaikum to all.....

N3 hari ini merupakan masakan biasa sahaja. Agar tidak menghampakan anak-anak yang menyinggah ke blog cik June ini, maka cik June tayangkan jugalah.

sayur feberet cik June ni....
Menggunakan bahan yang mudah didapati.........


Sejak dahulu kalau cik June memasak sayur ni hendaklah ada warna-warni agar anak-anak yang baru mahu belajar makan itu berselera. Kalau tidak mahu diletak cili merah tu pun tak apa kerana semasa menumis itu nanti boleh direnjiskan dengan sedikit serbuk lada putih.

Untuk menyedapkan lagi masakan, bolehlah dimasukkan bersama seketul pati perasa ayam atau bilis.

Cendawan Enoki, kacang buncis dan sebatang lobak merah....

Bawang besar,, cili merah dan udang segar....

Kalau untuk makan sendiri, udang tu cik June masak dengan kulitnya. Menurut arwah nenek, rasanya lebih sedap dan manis. Tetapi jika cik June menjamu tetamu, udang akan dibuang kulitnya. Nampak macam malas pulak kan?

Cara menyediakannya....
Tumiskan dahulu udang dengan seulas bawang putih yang dititik.
Renjiskan dengan lada sulah dan perisa agar mesra rasanya.
Ketepikan.
Tumis pula bawang besar yang di potong kasar. Balik-balikkan sebentar.
Masukkan buncis dan lobak merah. Biar ia sedikit layu.
Tambah perisa.
Masukkan semula udang tadi beserta cendawan enoki. Balik-balikkan dan tutup api.

Siap untuk dimakan....

Selamat Mencuba!







Friday, February 24, 2012

Cenderahati....

Assalamualaikum to all.........

Kiriman cenderahati dari anakanda tersayang yg berada di Brisbane, Australia...

Mangkuk pai yg sudah diterbalikkan ini pula dari DIL yg baru pulang dari lawatan ke Brisbane....
Anak cik June berjimba2 di NZ menikmati musim sejuk yg bersalji.....


Keychains...


...and more keychains....

Abangnya yg bercuti ke Gold Coast sempat menaiki train utk ke Brisbane melawat si adik....

Terima kasih anak-anak untuk cenderahati. Tengah memikir untuk membuat pai yang enak bagi merasmikan mangkuk tersebut. Chicken pie? Apple Pie?

Yang pasti akan banyak resepi pai selepas ini...hehehe

Tuesday, February 21, 2012

Hot dog..

Assalamualaikum to all..........

Ada perasaan malas untuk mengupdate blog ini kerana masakan cik June kebelakangan ini simple-simple sahaja.
Tapi terasa brsalah pula apabila anak-anak yang menjenguk pulang dengan perasaan hampa. Untuk itu cik June pos jugalah entri mudah yang tidak memerlukan resepi ini. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan idea untuk menyediakan sarapan, minum petang atau juga bekal untuk berkelah.


Rotinya boleh dibakar sekejap atau dikukus dahulu sebelum diisikan dengan inti pelbagai pilihan...

....bersama sausage ayam/daging yg dipanggang......

....menjadikan makanan segera yg dibuat di dapur sendiri......

Untuk anak-anak yang tidak berkesempatan untuk memasak makanan berat, cik June cadangkan mencuba resepi mudah ini. InsyaAllah...mengenyangkan.

                                                           ~ Practice Makes Perfect ~