N3 hari ini merupakan masakan biasa sahaja. Agar tidak menghampakan anak-anak yang menyinggah ke blog cik June ini, maka cik June tayangkan jugalah.
sayur feberet cik June ni.... |
Sejak dahulu kalau cik June memasak sayur ni hendaklah ada warna-warni agar anak-anak yang baru mahu belajar makan itu berselera. Kalau tidak mahu diletak cili merah tu pun tak apa kerana semasa menumis itu nanti boleh direnjiskan dengan sedikit serbuk lada putih.
Untuk menyedapkan lagi masakan, bolehlah dimasukkan bersama seketul pati perasa ayam atau bilis.
Cendawan Enoki, kacang buncis dan sebatang lobak merah.... |
Bawang besar,, cili merah dan udang segar.... |
Kalau untuk makan sendiri, udang tu cik June masak dengan kulitnya. Menurut arwah nenek, rasanya lebih sedap dan manis. Tetapi jika cik June menjamu tetamu, udang akan dibuang kulitnya. Nampak macam malas pulak kan?
Cara menyediakannya....
Tumiskan dahulu udang dengan seulas bawang putih yang dititik.
Renjiskan dengan lada sulah dan perisa agar mesra rasanya.
Ketepikan.
Tumis pula bawang besar yang di potong kasar. Balik-balikkan sebentar.
Masukkan buncis dan lobak merah. Biar ia sedikit layu.
Tambah perisa.
Masukkan semula udang tadi beserta cendawan enoki. Balik-balikkan dan tutup api.
Siap untuk dimakan.... |
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment