Friday, January 27, 2012

Laksa Sarawak ~ updated.

Assalamualaikum to all........

Hari ni kita belajar masak Laksa Sarawak ye anak-anak. Semalam cik June pos gambar je. Terlupa
segmen WW tu dikhaskan untuk cik June punya pet.

Entri hari ini cik June sambung update untuk resepinya kalau ada sesiapa yang teringin hendak membuat
Laksa Sarawak pulak.


Laksa Sarawak ini hasil dari dapur Seri Hijauan semasa kunjungan cik June ke rumah DIL waktu
cuti Tahun Baru Cina. DIL cik June ni memang berasal dari Sarawak, maka sudah tentu dia akan
promote makanan Sarawaknya.
Menurut ibunya Puan Halimah, Laksa Sarawak ni sangat mudah dibuat berbanding dengan Laksa
Johor yang memerlukan banyak bahan untuk membuatnya. Untuk Laksa Sarawak ini Puan
Halimah menggunakan bahan siap yang dibelinya dan boleh terus dimasak bersama dengan
santan mengikut kepekatan yang dikehendaki.

Bahan asas...mihun, sambal belacan, daun ketumbar, limau kasturi....

Burp! Aisehmen....dah kenyang makan baru terperasan cik June tak ambil gambarnya untuk dijadikan
entri. Tengoklah...bekas udangnya dah kosong dan dah ada yang nak tapau pulak tu. Isy..isy...isy!

...taugeh yg siap dicelur & telur dadar....

Tadaaa...siap dihidang. Bila hendak makan baru curahkan kuahnya....

Jom...silakan......

...bersama hidangan pemanis mulut, popia & serimuka...

Mintak ampunlah anak-anak...tak sempat nak rakam gambarnya lebih awal...nak tunggu digoreng lagi
popia tu lambat sangat, maka cik June main tangkap muat je la. Nanti kang nak tunggu ambil gambar
popia, serimuka pulak dah licin. Esok kita update resepi untuk popia dan serimuka tu la ye?

Untuk hari ini cik June pos resepi Laksa Sarawak dulu.

LAKSA SARAWAK...
Bahan-bahannya.....
2 litre santan dari 2 biji kelapa
1/2 ekor ayam ~ rebus dan siat isinya
60 ml minyak sayuran/masak
50 gm udang ~ rebus dan kopek kulitnya


Bahan Kisar....
10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
5 biji buah keras
5 ulas bawang putih 3 batang serai
3 batang kulit kayu manis
2 cm lengkuas
2 cm belacan

Cara membuatnya.....
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Sedia untuk dihidang bersama mihun yang dicelur dan bahan-bahan hiasan yang lainnya.

Bahan hiasan/sampingan....
Taugeh ~ dicelur
Daun ketumbar
Udang yg siap dicelur
Ayam yg siap disiat
Telur dadar
Limau kasturi &
Sambal belacan

Dari Dapur Seri Hijauan ~ Courtesy Natrah Hamim.



Saturday, January 21, 2012

Chocolate Muffin...

Assalamualaikum to all......



Selamat berhujung minggu buat pengunjung blog yang dihormati. Muffin ni cik June buat untuk minum
petang semalam. Nak masak kena cari menu atau resepi yang menjadi kegemaran atau pun disukai
oleh semua agar apa yang dimasak itu tidak menjadi pembaziran. Cik June bukan ada jiran yang boleh
dibahagikan. Kiri kanan dan belakang semuanya kaum Cina. Paling hujung kiri, Pusat Jagaan Kanak-
kanak dan paling hujung kanan baru ada orang sebangsa. Itu pun kalau siang ni memang payah nak
nampak batang hidung...kesemua mereka ini dari kalangan lawyer, doktor, pilot dan sebagainya.
Setakat nak hulur muffin coklat ni...kat kedai lagi banyak pilihan kot?


Adunan ini sebenarnya dari resepi Dayang Jack ~ Eggless Chocolate Cake. Resepi yang sangat mudah
tak payah menggunakan mixer apa bagai. Godak aje semua bahan hanya dengan menggunakan whisk
dan tadaaa..........
Hari tu cik June dah pernah buat bakar guna loyang aje...senang kerja. Tapi kali ini buat versi cupcake
pulak.

Satu adunannya, boleh memuatkan 12 papercups.... dan bakar menggunakan papercups ini tidak
mengambil masa yang lama. Cuma 20-25 minit atau sehingga masak dengan kepanasan suhu 160
darjah Celcius.Kalau nak mencuba...jom kita semak resepinya.

EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Bahannya...
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu soda bicarbonate
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco
1 sudu kecil cuka
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak/mentega cair
secubit garam

Cara membuatnya...
1. Panaskan oven 160 darjah Celcius. Gris loyang dengan mentega.
2. Ayak tepung bersama baking powder, soda bicarbonate dan serbuk koko di dalam bekas
    besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kacau rata.
3. Masukkan pula air sejuk, minyak masak, esen vanilla dan coffee emulco. Ratakan adunan
    perlahan-lahan dengan whisk.
4. Akhir sekali masukkan cuka/jus lemon. Terus dikacau hingga sebati.
5. Tuang kan adunan ke dalam loyang yang telah digris tadi dan bakar selama 30-40 minit atau
    sehingga masak.

P/s: Jika membakar dengan menggunakan cawan kertas ini, masa pembakarannya mengambil masa
      yang singkat. Cik June dapati dalam masa 20 minit sahaja ia sudah masak tapi cik June saja
      tambahkan masa lagi 5 minit untuk kepuasan diri.

Kepada Dayang Jack dari DapurKu Sayang, cik June ucapkan ribuan terima kasih kerana
berkongsi resepi yang mudah ini.



Practice Makes Perfect ~ Selamat Mencuba!



Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday......

Mushroom Soup...

Assalamualaikum to all..........

Mushroom soup...lawan dgn garlic bread...

Ha! Tu dia resepi orang malas. Buka peket, ikut je instructions dia... tadaaaaa!!
Sebenarnya bila dah masuk musim panas ni...tak selera nak makan. Kebetulan ada dua peket
mushroom soup yang sedia untuk dimasak itu, cik June pergunakanlah dia. Senang kerja. Sambil
menulis malam-malam tu sempat juga mengalas perut.

Resepinya mudah sahaja. Pilihlah soup perisa apa sahaja dari keluaran Maggi.


Masak ikut cara-cara yang diajar di belakang bungkusan. Tambah sedap dimakan bersama garlic
bread.

Roti pun cik June beli siap aje. Potong ikut sukalah nak tebal ke...nipis ke. Kemudian sapu dengan
garlic spread dan dibakar sekejap.

Mudahkan? Cubalah!

Friday, January 13, 2012

Friday The 13th....

Assalamualaikum to all......


I'm remembering someone special on his birthday today...Friday The 13th.
Lots of love and kisses from Sprinkleofluv!

Thursday, January 5, 2012

Sup Ikan...

Assalamualaikum to all.......

Fridge magnet yg direndam di dlm air minuman.......

Wakakaka....gelak tergolek cik June waktu kami makan malam satu hari hujung minggu semasa
lawatan cucu ke rumah. Cucu sorang ni memang suka betul main fridge magnet yang penuh menutupi
esbok rumah cik June.

Entah mengapa cucu sorang ni minat sangat dengan ikan yang disebutnya sebagai 'fish'. Mungkin di
nursery tempat dia dititipkan waktu siang hari itu...dia sama mendengar dan melihat kanak-kanak
yang lebih besar itu belajar barangkali.

Tiba-tiba fridge magnet yang berbentuk ikan di tangannya itu dimasukkan ke dalam air minuman
di atas meja. Dia kemudian berpuas hati setelah ikan itu dilepaskan ke dalam air sambil bertepuk
tangan. Adoyai cucu!

Cerdik cucu cik June...dah rupa sup ikan  jadinya....

Selama ini rumah dah lama tak ada budak kecik...maka segala souvenirs berupa fridge magnet ni
telah memenuhi pintu esbok tu. Klik sini untuk rujukan. Semenjak ada cucu ni...dialah yang rajin
mengusik dan mengubah kedudukan seolah yang telah cik June susun tu tak cantik dan tak betul.
Tapi apa nak dikata...sabar je la.....

Kata bidalan...sayang anak tangan-tangankan....sayang cucu biar-biarkan! Hehehe.....

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday......

Assalamualaikum to mommies with school going children......

.


Cik June nak ucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada anak-anak semua. Semoga tahun ini akan
memberi semangat yang lebih untuk anak-anak terus menimba ilmu dan mendapatkan keputusan yang
cemerlang untuk menjadi anak-anak yang terbilang agar mendapat hidup yang gemilang.

Kepada ibu-ibu...semoga tabah menempuhi hari-hari melayani kerenah anak-anak yang bermacam-
macam. Ada tu suka ke sekolah tanpa perlu dikejut...ada juga yang yang payah bangunnya kerana
almaklumlah sudah lama bercuti dan seronok tinggal berehat di rumah merehatkan minda tanpa perlu
menyiapkan kerja sekolah atau sebagainya.

Doakan semoga anak-anak kita suka menimba ilmu untuk menjadi anak yang berguna di mata bangsa
khasnya dan juga di mata dunia amnya. Kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
semasa peperiksaan tahun lepas...cik June ucapkan TAHNIAH & SYABAS!


Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Kembali ke Sekolah!