Assalamualaikum to all......
Selamat berhujung minggu buat pengunjung blog yang dihormati. Muffin ni cik June buat untuk minum
petang semalam. Nak masak kena cari menu atau resepi yang menjadi kegemaran atau pun disukai
oleh semua agar apa yang dimasak itu tidak menjadi pembaziran. Cik June bukan ada jiran yang boleh
dibahagikan. Kiri kanan dan belakang semuanya kaum Cina. Paling hujung kiri, Pusat Jagaan Kanak-
kanak dan paling hujung kanan baru ada orang sebangsa. Itu pun kalau siang ni memang payah nak
nampak batang hidung...kesemua mereka ini dari kalangan lawyer, doktor, pilot dan sebagainya.
Setakat nak hulur muffin coklat ni...kat kedai lagi banyak pilihan kot?
Adunan ini sebenarnya dari resepi Dayang Jack ~ Eggless Chocolate Cake. Resepi yang sangat mudah
tak payah menggunakan mixer apa bagai. Godak aje semua bahan hanya dengan menggunakan whisk
dan tadaaa..........
Hari tu cik June dah pernah buat bakar guna loyang aje...senang kerja. Tapi kali ini buat versi cupcake
pulak.
Satu adunannya, boleh memuatkan 12 papercups.... dan bakar menggunakan papercups ini tidak
mengambil masa yang lama. Cuma 20-25 minit atau sehingga masak dengan kepanasan suhu 160
darjah Celcius.Kalau nak mencuba...jom kita semak resepinya.
EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Bahannya...
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu soda bicarbonate
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco
1 sudu kecil cuka
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak/mentega cair
secubit garam
Cara membuatnya...
1. Panaskan oven 160 darjah Celcius. Gris loyang dengan mentega.
2. Ayak tepung bersama baking powder, soda bicarbonate dan serbuk koko di dalam bekas
besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kacau rata.
3. Masukkan pula air sejuk, minyak masak, esen vanilla dan coffee emulco. Ratakan adunan
perlahan-lahan dengan whisk.
4. Akhir sekali masukkan cuka/jus lemon. Terus dikacau hingga sebati.
5. Tuang kan adunan ke dalam loyang yang telah digris tadi dan bakar selama 30-40 minit atau
sehingga masak.
P/s: Jika membakar dengan menggunakan cawan kertas ini, masa pembakarannya mengambil masa
yang singkat. Cik June dapati dalam masa 20 minit sahaja ia sudah masak tapi cik June saja
tambahkan masa lagi 5 minit untuk kepuasan diri.
Kepada Dayang Jack dari DapurKu Sayang, cik June ucapkan ribuan terima kasih kerana
berkongsi resepi yang mudah ini.
Practice Makes Perfect ~ Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment