Thursday, September 27, 2012

Kebab...

Assalamualaikum to all............

Kebab merupakan makanan halal yang mudah diperolehi di luar negara. Ketika anak sulong cik June menghadiri conference di Goldcoast di dalam bulan puasa beberapa tahun dahulu, dia rasa seronok kerana katanya berbuka di sana awal 2 jam dari di Malaysia. Kedai makan dan restoran memang banyak cuma di negara orang ni, kita kurang yakin dengan halal dan tak halal makanan yang dihidangkan. Bukan macam kita di Malaysia ini, redah ke mana sahaja kita tidak bimbang kerana yang halal ada diletakkan tanda halalnya.

"Abang Long makan kebab ajelah yang diyakini halalnya," katanya membuka cerita bila kami menghadapnya bertanya tentang Goldcoast. "Besar saiznya...boleh simpan separuh untuk sahur," sambung Abang Long lagi.

Adik-adiknya masa itu ternganga mendengar cerita. 

Semasa Cik June ke rumah anak cik June di Brisbane Australia, ke mana sahaja kami mahu pergi, kami akan sentiasa membawa bekal makanan dari rumah. Susah nak jumpa kedai makanan halal di sana. Mungkin di Sydney atau Perth banyak, kot? Sebab di daerah itu dikatakan sudah ramai orang dari Malaysia yang datang berhijrah. 

Satu ketika dia mengajak makan kebab di kawasan Mt Gravatt yang berdekatan dgn tempat tinggalnya. Sambil merasainya, cik June memerhati isi inti di dalam. "Kita buat sendiri dekat rumahlah Ngah," ujar cik June confident je boleh buat sendiri.

"Ma boleh buat ke?"

"Senang je...kita cari roti tortillanya."

Semenjak dari hari itu, kami memang tidak pernah lagi membelinya. Bayangkan harganya 8 dollar satu?  Kalau di Malaysiakan 8 dollar x 3.2 dah berapa. Gilalah!

Sekarang ini, mereka sudah tidak hairan lagi kerana di rumah sendiri pun kita boleh menyediakannya mengikut selera masing-masing. Macam di rumah cik June......




Sarapan mudah dan mengenyangkan...


Sudah berulangkali membuatnya...nampak gaya anak-anak lebih suka yang begini kerana mudah untuk dibawa bekal.








Ada yang menggunakan roti tortilla yang dipanggil foldover dan ini menggunakan roti Arab, dibelah dua dan isi intinya di dalam poket yang tersedia itu, mudah sahaja. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan masing-masing. Tetapi jika menggunakan daging cincang, cik June lebih suka dengan resipi yang mudah ini.

Cara menyediakan intinya...
Titikkan 2 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar yang dipotong dadu ditumis sebentar. Campurkan 1 bungkus daging kisar  dan gaul rata. Masukkan satu cawan sayur campur (kacang peas, jagung & carrot). Tutup kuali biarkan ia merenih di atas api yang perlahan.

2. Masukkan sos cili dan sos tomato (yg ini cik June main agak2 aje). Kacau hingga rata sehingga kering airnya.

3. Roti Arab dipanaskan di atas kuali leper. Balikkan depan dan belakang. Belah dua dan buka poketnya. Lapiskan dengan daun salad dan isikan inti ke dalam. Boleh dibawa bekal ke tempat kerja. 

Selamat Mencuba!




Wednesday, September 26, 2012

Japchae...

Assalamualaikum to all......

Si Kakak yang berjimba-jimba ke Korea bersama rakan peminat K-Popnya telah pun selamat pulang ke tanah air. Baju kotornya...mak ai!! satu beg bodoh.

Ada beberapa ole-ole yang dibawa pulang untuk emaknya ini yang gemarkan apron iaitu baju yang dipakai semasa memasak. Serta beberapa fridge magnet yang harus dibahagi-bahagikan.

"Best ma jalan kat sana...tempatnya cantik dan sejuk je cuaca walaupun dalam musim panas," puji si Kakak dengan tempat pilihannya untuk bercuti.

"Akak makan apa kat sana?" tanya si Adik pula.

"Nak makan apa, Maggie yang bawak dari sini tu aje la," jawab si Kakak dengan wajah yang tidak berapa nak manis. 

"Ala...makanan dia tu kita boleh je buat, tapi ikut versi halal la..." cik June sama menyampuk sambil senyum melebar ke telinga kerana dapat apron yang dibeli oleh Kakak sebagai souvenir tadi.



...boleh dijadikan contoh dan jahit sendiri pulak....


Si Kakak sibuk bercerita tentang makanan Korea yang teringin dimakannya. "Ala...yang macam Fried Tang Hoon tu ma...."
Cik June google...ingin tahu menatang apa yang teringin sangat hendak dimakannya tetapi makanan di Korea tu memanglah tidak halal hendak dicuba. Maka kita buat versi halal menggunakan bahan yang sama.
Resipi ini cik June dapat dari sini >>>   Anak-anak bolehlah ke link yang diberikan untuk melihat Japchae sebenar.
Thank you Maangchi for sharing the recipe with us.
JAPCHAE.....
Ingredients:
Makes 4 servings.
How to prepare your ingredients before stir frying:
  1. Soak 5 dried shitake mushrooms in warm water for a few hours until they become soft. Squeeze the water out of them and slice thinly.
  2. Slice a package of white mushrooms (2 cups’ worth).
  3. Cut a carrot into thin matchstick-shaped pieces 5 cm long.
  4. Cut 7 -8 green onions into 7 cm long pieces.
  5. Slice one onion thinly.
  6. Slice 150 grams of beef into thin strips.
Now let’s start!
  1. Boil 2 bunches of noodles in boiling water in a big pot for about 3 minutes. When the noodles are soft, drain them and put in a large bowl.
  2. Cut the noodles several times by using scissors and add 1 tbs of soy sauce and 1 tbs of sesame oil. Mix it up and set aside.
    *tip: Take one sample and taste it to see whether or not it’s cooked properly. If it feels soft, it’s finished.
  3. In the boiling water, add a bunch of spinach and stir it gently for 1 minute. Then take it out and rinse it in cold water 3 times. Remove any grit or dead leaves thoroughly while rinsing. Squeeze it gently to get the water out, then cut it into 5 cm pieces.
  4. Add ½ tbs soy sauce and ½ tbs sesame oil and mix it and place it onto the large bowl.
    *tip: When you drain the hot water from the pot, don’t discard the hot water. Put it back into the pot so you can cook your spinach quickly.
  5. On a heated pan, put a few drops of olive oil and your carrot strips and stir it with a spatula for 30 seconds. Put it into the large bowl (don’t burn it!).
  6. Place a few drops of olive oil on the pan and add your sliced onion. Stir it until the onion looks translucent. Put it into the large bowl with your carrots.
  7. Place a few drops of olive oil on the pan and add the sliced white mushrooms. Stir it for a bit and then put it in the large bowl.
  8. Place a few drops of olive oil on the pan and add your green onions. Stir for 1 minute and put it into the large bowl.
  9. Place a few drops of olive oil on the pan and add your beef strips and your sliced shitake mushrooms. Stir it until it’s cooked well, then add 3 cloves of minced garlic, ½ tbs soy sauce and ½ tbs sugar. Stir for another 30 seconds and then put it into the large bowl.
  10. Add 2 tbs of soy sauce, 3 tbs of sugar, 2 tbs of sesame oil, and 1 ts of ground pepper to the large bowl. Mix all ingredients, then sprinkle 1 tbs of toasted sesame seeds on the top.
  11. Serve with rice and Kimchi, or as a side dish.

Cik June baca dan agak-agak apa yang diperlukan untuk membuat Japchae yang diinginkan oleh si Kakak...jadi setelah tolak campur darab senuanya...terhasil la Japchae versi Cik June. Sebenarnya...Japchae ini adalah sejenis lauk yang menggunakan so'on kalau bahasa orang kita, sebagai bahan utamanya. Namun ada dijual 'glass noodle' yang diimport dari Korea dengan harga rm18.90 khas untuk memasak Japchae ini.

Tapi bila diubahsuai untuk dijadikan santapan begitu sahaja, maka cik June lebihkan 'glass noodle'nya dan makanan yang terhasil lebih merupakan mihun goreng dengan mempunyai banyak versi sayuran. Memang sedap! Cik June buat ikut stok yang ada di rumah aje. 

Kepada anak-anak yang berminat, bolehlah mencubanya. Di bawah ini pula ada versi cik June.....


Fried glass noodle....

Glass noodle atau soon ~ direndam terlebih dahulu
Fishcake
Isi ayam
Carrot ~ dihiris menyerupai batang mancis
Kobis
Bawang besar ~ dipotong baji @ bulat
Bawang putih ~  dititik
Cili merah 
Telur
Taugeh
Kicap, sos cili dan garam jika perlu.
Cara menyediakannya:
1. Tumis bawang putih bersama isi ayam dan fishcake. 
2. Apabila isi ayam tadi sudah kelihatan empuk, masukkan glass noodle @ soon yang telah   direndam dan ditos terlebih dahulu. Kacau rata. 
3. Masukkan pula cili sos dan kicap. Gaul biar sebati. Pecahkan telur ke dalamnya dan biarkan sedikit mengeras baru dikacau rata. 
4. Campurkan dengan sayuran kegemaran. Biarkan lembut sedikit kobis dan carrot tadi. Boleh ditambah garam jika kurang perisa.
5. Akhir sekali, masukkan taugeh, bawang besar dan lada merah. Kacau rata dan tutup apinya.



sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi.....


"Kak! Japchae siap!" 

"Japchae?" Kakak berpaling lipat maut mendengar nama yang disebut dalam bahasa Korea itu.

"Tanpa sayuran hijau," tambah cik June. Maklumlah rumah cik June ni memang tak ada stok sayuran hijau kalau masih pagi buta. Kena tunggu Tesco bukak jam 8 pagi karang. Nak ke pasar malas sikit kerana tempatnya keluar dari arah laluan cik June. Untuk meredah kesesakan lalulintas itu bukan hobi cik June melainkan terpaksa berbuat demikian. OH! Tidak..........

Adik tunjuk sombong pagi ini, dia membuka kabinet atas mencari Quaker oats. Sikit je pun, tapi mangkuk kemain besar. Dituang sedikit madu ke dalamnya dan dibawa ke meja makan. 

"Ai? Kan dah ada breakfast ni? Kenapa buat oats pulak?"

"Baju banyak dah tak muatlah ma..." jawab si Adik kecewa.

Cik June buat donno aje sambil menyuap Japchae yang enak pula rasanya dengan menggunakan chopstick. Pakai sudu garpu memang tak nyaman. Cik June mengerling Adik yang masih menggodak oats di dalam mangkuknya. "Kenapa tak makan?"

"Tak sedap," ujarnya letih macam tak makan sepuluh hari.

"Tu yang mama dah siap hidang tu...makan ajelah," cik June jadi batu api mengarah dia menghabiskan di pinggan yang telah siap dihidang.

Adik menolak mangkuk oats ke tepi. Pinggan yang berisi Japchae ditarik ke depannya.

Alhamdulillah! "Setiap kejadian itu ada sebabnya," Cik June pujuk hati si Adik yang badannya dari kecil sampai sekarang masih berkekalan montel.



Tuesday, September 25, 2012

Nasi Impit...

Assalamualaikum to all......

Cik June awal bersara dari duduk menulis semalam kerana sama sibuk menghadap Astro yang menayangkan  Stranger Tides salah satu movie bersiri dari Pirate of The Carribeans. Tekun gila kami tiga beranak ngadap muka Jack Sparrow yang tak siap tu. Tapi cik June tak adalah melopong kosong aje...mata menonton, waktu lawak gelak juga. Tapi di atas tungku dapur sedang merebus ketupat segera Nona. Tangan meramas kulit kacang tanah yang digoreng tanpa minyak. Lesung batu dihangkut sekali ke depan TV sebab lepas tu senang nak menumbuk terus. Kalau guna blender, kacang tu lumat sangat, jadi tak sedap.

Si Adik sibuk teringin nak makan Nasi Impit untuk breakfast. "Kenyang sikit," katanya.


...bersama lauk sampingan


Ya lah tu!

Nasib baik Ketupat Segera Nona itu masih ada dalam simpanan, jika tidak puas pulak cik June nak mengimpit sendiri. Kalau nak himpit sendiri, nasinya perlu ditunggu dan dikacau selalu. Tetapi sekarang ini semuanya ada jalan mudah.

Rendang pun sudah boleh dibeli yang siap dalam tin, serunding dan sambal kacang juga. Cuma sayur lodehnya sahaja yang perlu dibuat sendiri.

Cakap pasal sayur, sarapan pagi ini tidak dengan sayur kerana stok sayur tidak bersesuaian dijadikan lauk sampingan. Ada ke nak makan Nasi Impit dengan sayur cendawan dan brokoli stir fry? Eeeee...tak sesuai langsung!

"Sambal kacang dengan serunding aje cukuplah..." cik June beritahu si Adik yang melopong memeluk kusyen menghadap TV itu.

Dia angguk.

Mujur cik June ada beli sebiji kelapa yang telah diparut, dapat dijadikan serunding untuk digandingkan dengan sambal kacang itu nanti.

Cik June ke dapur menyelongkar esbok, teringat masih ada udang kering lebihan raya hari tu. Tiga batang serai yang gemuk dipilih, 1/2 inci lengkuas, 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, segenggam udang kering, sedikit kunyit hidup, sedikit halia, 5 tangkai cili kering yang siap digunting dan direndam dalam air panas terlebih dahulu, 2 sudu besar ketumbar dan 1 sudu jintan manis diblender lumat.

Bahan yang telah diblender tadi digaulkan dengan kelapa parut sehingga rata, perisakan dengan garam, gula dan asam jawa Xtra...hehehe *mcm tengah buat promosi pulak*. 

Cik June suka gunakan asam Jawa Xtra kerana ianya tidak berbiji. Sukat sahaja berapa banyak yang diperlukan di dalam satu-satu masakan itu. Memang mudah! Kalau menggunakan asam yang masih berbiji itu  agak leceh juga kerana selain bijinya, ia berserat pula. Silap-silap tumbuh pula pokok asam jawa di depan rumah cik June itu nanti jika tidak dibuang di tempat yang betul...kihkihkih...lawak bodoh tu...

Masaklah serunding tadi tanpa menggunakan minyak sehingga kering dan berderai. (Kena pasang radio siap-siap, jika tidak kepai kepala lutut hendak menunggu sampai kering. Kata orang tua-tua dulu, tak baik menyanyi di dapur...tetapi sebenarnya sambil memasak sambil menyanyi itu dapat menghilangkan rasa bosan berseorangan menghadap periuk kuali yang tidak pandai bercakap.)



Sambal kacang dan serunding kelapa...
.

Ooo...jap! Untuk resipi sambal kacangnya pula macam ni.....

Masukkan 1/2 kg kacang tanah yang siap ditumbuk kasar tadi ke dalam periuk bersama 1 camca teh asam jawa Xtra, 1/2 cawan gula merah dan bahan kisar iaitu -> 5 sudu makan cili kisar
                                                                                        4 batang serai
                                                                                        1 inci halia
                                                                                        1/2 inci lengkuas
                                                                                         8 ulas bawang merah
                                                                                         4 ulas bawang putih &
                                                                                         2 biji buah keras 

Gaul rata dengan air yang diisi sekali ganda dari paras bahan di dalam periuk tadi. Masukkan garam sebagai perisa dan boleh tambah gula jika mahukan kuahnya sedikit manis. Biarkan ia merenih di atas dapur sehingga pekat mengikut kehendak masing-masing.

Selamat Mencuba!































Monday, September 24, 2012

Roti Jala..

Assalamualaikum to all......

Seawal jam 5.30 pagi mata cik June dah macam jam loceng terbuka sendiri, tak perlu nak kenyit-kenyit mata mengerling jam di sisi katil melihat pukul berapa tika itu untuk mencari peluang melelapkan mata barang sekejap lagi.

Ceh! Minda secara automatik memutar jadual apa yang akan dilakukan pagi itu. Usai solat Subuh, lengan baju terus disingsing ke paras siku, * kalau pakai baju berlenganlah * untuk memulakan aktiviti senam pagi.

Tadaaa......


Roti Jala....


Hasil minda yang bekerja keras mengingat apa sarapan yang harus disediakan, dua tangan cepat menarik bekas tepung yang tersimpan di dalam lemari kabinet sebelah bawah. Ayak dicapai dan dua cawan tepung dicedok. Telur dalam raga berbentuk ibu ayam itu dicuri sebiji dan dipecahkan di tengah-tengah tepung yang siap berayak tadi. Taburkan sedikit garam dan gaul rata bahan sambil dituangkan perlahan dengan setengah cawan susu cair. Untuk mendapatkan adunan yang lebih halus, masukkan ke dalam blender dan trrrrrrrr!!
Tambah air jika adunan kelihatan pekat, bimbang nanti tidak terlepas keluar dari acuannya.

Bunyi nyaring blender yang berusia lebih sepuluh tahun itu mengejutkan anak yang sepatutnya sudah pun masuk ke bilik mandi tapi masih sempat melengkar di sofa menyambung tidur yang tidak cukup waktunya.
Siapa suruh malam-malam berjaga macam burung hantu, kan? Tambahan Astro masih meneruskan tayangan percumanya, entah untuk berapa hari lagi...isy...isy...isy!

Adunan yang telah siap tadi dibahagi kepada dua bahagian. Entah tak tahu kenapa rajin sangat nak lakukan kerja sedemikian? Satu bahagian dengan warna asalnya dan sebahagian lagi cik June letakkan dengan pewarna hijau. Warna kegemaran daku. Lihatlah bekas pun warna hijau...hehehe

Dengan berbekalkan pan jenama Tefal berukuran 30cm, cik June tebarkan percubaan pertama.........


tebaran pertama...


Nampaknya adunan sedikit cair. Tapi cik June teruskan sahaja usaha kerana mengejar masa. Kalau nak tambah tepung nak kena matikan api dulu, kan? Kirim salam...
Lagipun untuk sendiri makan sahaja dan kalau dah masuk ke perut pun lagi haru rupanya.

Sementara itu, tung tang tung tang...1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 1/2 inci belacan ditumbuk lumat. Kuali ditenggekkan di atas tungku sebelah lagi. 3 sudu minyak masak dimasukkan. 1 batang serai dititik dan dicampak ke dalam kuali tadi bersama bahan tumbuk. Gaul perlahan dan masukkan pula 1 cawan cili kisar. Masukkan 1 camca teh asam jawa Xtra, sedikit garam dan sedikit gula untuk mengimbangi rasa. Biarkan merenih......

Apabila sambal mulai kering, masukkan 15 ekor udang bersaiz XXL...itu Tesco yang tulis, cik June ikut aje...kihkihkih....
Masukkan bawang besar yang dihiris bulat ..jika suka, kalau tak nak tak apa.. Baik-balikkan sekejap dan tutup apinya.



Oops! Cik June guna kari ayam semalam je...


Jemput Menjamu Selera!


Sunday, September 23, 2012

Nasi Lemak...

Assalamualaikum untuk semua...

Cik June mulakan N3 dengan Nasi Lemak dululah ye? Cer tengok sini........


Nasi Lemak...

Nasi Lemak merupakan sarapan pagi rakyat Malaysia. Melayu, Cina dan India semua sekarang ini sudah pandai memasaknya. Boleh digayakan dengan berbagai lauk kegemaran seperti yang cik June buat. Anak-anak cik June tidak gemarkan sambal tumis bilis, mereka lebih gemarkan ikan bilis yang digoreng. Maka cik June gayakan mengikut kesukaan anak-anak agar makanan yang dimasak itu habis dimakan.

Begitu  juga dengan timun, anak cik June tidak gemarkan timun biasa yang mudah diperolehi di pasar itu kerana menurut mereka timun tersebut mempunyai banyak biji. Jadi jika dihidangkan menggunakan timun yang tidak disukai oleh mereka, maka ianya akan ditolak ke tepi sahaja. Banyak songehkan?



...bekal utk kakak...

Untuk Nasi Lemak atau untuk dicolek dengan sambal belacan, biasanya cik June akan beli Timun Jepun yang kurus panjang dan berwarna hijau tua itu. Timun biasa itu hanya akan dicari jika hendak membuat acar dan laksa kerana kita akan hanya memerlukan bahagian putih timun itu sahaja. Hai! Macam-macam aje anak-anak ni kan? Kalau zaman cik June kekecik dulu, memang tak pandai nak memilih. Main sebat aje apa yang emak cik June masak kerana emak cik June pun sebenarnya seorang yang memilih. Jadi dia hanya masak yang sedap dimakan sahaja.

Semenjak dua menjak si Kakak rajin membawa bekal ke pejabat, cik June pun terpaksa merajinkan diri menyediakan sarapan pagi yang boleh dimakan hingga ke tengahari. Kenalah yang berat-berat sikit jika tidak tentu tidak cukup untuk menampung perutnya hingga waktu pulang nanti.






Sambal tumis telur rebus...
Jadi untuk sambalnya cik June masukkan telur yang telah direbus terlebih dahulu. Lebih elok jika telur itu digoreng sekejap agar kulit luarnya menjadi sedikit keras. Bila dimasukkan ke dalam sambal tumis ia tidak akan mudah pecah.

"Sambal telur je pagi ni...udang semalam dah habis buat goreng kuetiau." Cik June beritahu Kakak sambil menyimpan bekalnya ke dalam beg.

Kakak senyum suka. "Berapa biji telur?" 

"Dua sudahlah..."



Kakak angguk. Tudungnya dililit entah macam mana. Pelik sikit cara dia bertudung. "Ada dua ketul ayam masak lemak cili api." Cik June beritahu kerana dia ni peminat ayam nombor satu. Ala...baki lauk semalam je...



Lauknya diisi berasingan...
"Okey!" sahut Kakak gembira sambil menghulur salam dan mencapai beg bekalnya.

Okeylah...untuk N3 Nasi Lemak ni, cik June  tak payah letak resipinya lah ya? Setakat Nasi Lemak ni semua orang sudah pandai membuatnya.

Adik pula lambat pulak kelasnya, maka dapatlah dia bersarapan di rumah dulu.

"Adik!!" cik June jerit dari tingkat bawah. Di rumah ni kena jadi emak tarzan. Kalau tidak dia yang masih bersiap di biliknya di atas itu tidak perasan masa berjalan. "...turun breakfast!"




Jom kita breakfast dulu!!

...dan kami bersarapan berdua beranak sebelum Adik berangkat ke kelas pagi itu dan meninggalkan cik June sendirian menghadap pinggan mangkuk dan periuk belanga di singki untuk dicuci. Sabo je la!!




Friday, September 14, 2012

Panggilan Hangit..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anak-anak yang disayang....

Hari ni cik June bersarapan dengan Lontong Darat. Tapi belum dapat hendak dikongsi gambarnya dengan anak-anak lagi. Cik June kena merehatkan diri sekejap selepas bersilat di dapur mengejar masa anak-anak cik June yang mahu membawa bekal ke pejabat dan ke kelas mereka.

"Pak cik kantin ada skandal la ma..." ujar si Kakak semasa pulang dari kerja petang itu dan terus meluru ke dapur menyelongkar periuk mencari apa yang mahu dimakan. Serta merta dia memetik suis dapur memanaskan Sup Ayam yang ayamnya cik June belah empat aje.

Ish...ish...ish! Ingatkan dato'-dato' aje yang rajin ada skandal. Pak cik kantin pun nak berskandal juga?

"...budak-budak semua komplen...dia dah malas nak masak," sambung Kakak lagi mengisi Mihun ke dalam mangkuk. Taugeh, kacang goreng, daun bawang dan bawang goreng ditabur sesuka hati. Mangkuk dibawa dekat ke periuk di tungku dapur yang dipanaskan awal tadi. Hah! Amekaw....terbongkang quarter chicken di dalam mangkuknya. Dia kemudian mencurahkan sambal kicap.

Kriut! Bunyi kerusi ditarik.

Patahlah kaki kerusi tu tak lama lagi, bisik hati cik June apabila telinga yang mendengar tadi memberitahu.

Baju kurung ditarik ke pinggang. Mujur pakai kain...hehehe
Kakak cepat menadah tangan membaca doa dan...................*senyap* hanya kedengaran bunyi dia meniup mihun yang sudah panas kerana bercampur dengan sup tadi.

Semenjak dari hari itu, selepas solat Subuh memang cik June tidak akan dapat hendak terus berFB atau menulis. Tetapi alhamdulillah....manuscript untuk dua buah novel telah siap dihantar. Mudah-mudahan pada Pesta Buku tahun depan, cik June dapat sama memeriahkan mempromosi novel terbaru. InsyaAllah.

Tajuk N3 cik June hari ini sebenarnya hendak berkongsi cerita tentang pengalaman beberapa malam yang telah berlaku di dalam rumah cik June.

Lepas makan malam, si Adik sibuk minta melanggan Astro Best.

"Ma! Nak tengok Avengers, boleh tak?

"Tengoklah..." Jawab cik June yang sedang menulis di meja makan berdekatan.

"Astro Best kena beli la cerita dia..." si Adik minta kebenaran. "...sepuluh hengget satu cerita."

"Astro tu abang yang bayar bilnya...kalau nak kena beritahu abang." 

Adik 'Whatsapp' abangnya, 'Abg..adik amek avengers nnt adik byar rm10...'

Abang Long, 'OK tengoklah puas-puas'

Lepas tu mesej dari 32999 masuk. RM0.00: You have purchased Astro Best Movies for RM10.00. Enjoy your movie on ch.471, 475 after 5 mins. Your entitlement will expire on 14/09/2012 at 8.08 PM.

Malam itu adik dan kakak berpuas hati menonton lagi dan lagi....
Kami bergelimpangan tidur di ruang tamu, depan TV aje. "Mama tidur sini ajelah...teman kita orang," pinta adik.
Cik June yang kebetulan memang lambat tidurnya kerana idea sedang datang melimpah ruah itu, sama melengkar di situ.

Tiba-tiba cik June terbau sesuatu yang hangit menyucuk hidung. Apabila cik June buka mata, ruang tamu itu sudah gelap dan TV juga sudah dimatikan.

"Apa yang bau hangit ni?" cik June mengomel sambil mahu bangun melihat.

"Ma...pukul 3.00 pagi..." suara Kakak yang tidur di sofa itu memberitahu.

Cik June terus berbaring semula kerana masih teringat kisah 'Emily Rose' sebuah kisah benar tentang seorang pelajar di hostel, dirasuk ketika bangun jam 3.00 pagi terhidu bau hangit.

Biasanya cik June akan bangun untuk melakukan solat Tahajud jika tersedar waktu itu tapi malam itu rasa takut pulak. Memang kita patut takut hanya pada Allah, tetapi bab yang ini takut dirasuk...kalau dah terkena tu si mangsa bukan ingat apa-apa, malah menyusahkan orang lain pula, kan?

Malam esoknya, si Adik yang masih sibuk menonton Avengers itu terdengar bunyi orang mencuci bilik air di tingkat atas. Dia jadi tambah takut dan tidak berani tidur di bilik sendiri.

"Ala...ada cina mati dekat rumah blok belakang tu," Cik June beritahu menghilangkan rasa takut mereka. "Rohnya merayau, itu yang dia datang tolong cucikan bilik air. Malam esok dia cuci bilik air bawah pulak."

"Mama!!"

Biasalah...cina kalau mati memang lambat hendak ditanam. Khemah yang didirikan di jalan depan rumahnya itu sudah berhari-hari. Tapi alhamdulillah....masuk hari yang ketujuh semalam, sudah pun diarak meriah untuk dibawa ke tanah perkuburan dengan sebuah banglo dan kereta yang besar sebagai bekalan si mati.

Pratice Makes Perfect: Ingat sebelum kena......

Salam Juma'at!




Tuesday, September 4, 2012

Ikan Keli/ Ikan Sembilang...

Assalamualaikum anak-anak....

Sementara menunggu si Kakak yang sedang berjimba-jimba di Seoul Korea itu pulang ( sebab dia bawa camera kegunaan blog ini ) cik June suka nak kongsikan satu pengalaman yang sudah bertahun lamanya dan sehingga kini bila ditanya, beginilah ceritanya..........

Ikan Sembilang
Ini kisah Ikan Keli dan Ikan Sembilang...walaupun rupanya agak sama tetapi mereka ini datang dari berlainan daerah.

Asalnya, Emak cik June memang tak makan Ikan Keli dan yang seangkatan dengannya, yang bermaksud ikan sungai atau ikan air tawar. Tapi Emak rela memasakkan untuk sesiapa yang suka hendak memakannya berbanding cik June yang memang sudah terikut-ikut tidak makan malah langsung tidak mahu memasaknya.

Zalim ko June!

Terdengar suara-suara sumbang yang mengatakan demikian. Tetapi cik June terima kerana telah memasukki kategori zalim bila satu hari.............

"Semalam lepas main golf tu, En Rahman ajak makan malam di rumahnya," suami cik June bercerita selepas pulang dari Pertandingan Golf di Kelab Tanjung Emas, Muar. "...orang rumahnya masak Ikan Sembilang, sedap pulak."

Isy! Kemain dia memuji masakan isteri orang ye? "Dia masak apa Ikan Sembilang tu?" sempat cik June bertanya walau dalam hati gewam je mendengar.


Setelah dimasak Asam Pedas....

"Masak asam pedas je...macam yang you selalu buat tu?"

Eh! Nak ambil hatilah tu!

"You makan ke Ikan Sembilang tu?" cik June tanya dia. Dia bukan satu kepala dengan cik June ke...sama-sama makannya memilih?

"En Rahman cakap Ikan Sembilang tu ikan laut...dah dekat rumah orang, I bedal ajelah..."

Isy...isy...isy! Sesedap oren je dia...

"Rasa dia macam mana?" cik June yang mula eksaited itu menanya.

"Macam rasa ikanlah.....lembut aje isinya."

Kami tinggal di Merlimau ketika itu...dan satu hari ketika ke Jusco Melaka, kami ke bahagian Supermarket dan menemui Ikan Sembilang yang bergolek di atas meja yang berais.

Encik Somi memandang cik June..."Kalau I beli you nak masak tak?"

"Boleh kot? Tapi suruh dia siap-siap sianglah..."

Untuk percubaan Encik Somi beli seekor dan diarah untuk menyiangnya terus. Kira kalau balik tu tinggal basuh-basuh dan masukkan dalam periuklah.

Esok paginya cik June keluarkan untuk didefrost. Sampai waktu hendak membasuhnya peluh jantan betina semua keluar meremangkan bulu roma. Rasa macam rambut cik June semua tegak di kepala bagai kena karan.

"Munimah!!!" cik June jerit memanggil pembantu. 

Berlari si pembantu cik June yang sedang mengemas tingkat atas rumah itu. Mujur tak tergolek dari tangga. Sangkanya ada ular masuk ke dalam rumah kerana cik June memang fobia dengan ular, maklum di kawasan estet yang dikelilingi dengan pokok kelapa sawit ni rumah kita memang sering akan menerima pelawat yang tidak diundang itu.

Tetiba cik June terasa malu pula, jadi cik June ubah topik. "Ikan ni nanti awak bawak balik jelah."

Munimah buat muka Incredible Hulk...gewam barangkali. Penat-penat berlari turun dari 33 mata tangga itu, hanya nak beri Ikan Sembilang. Karang masa nak balik kan boleh?

gambar ehsan pak cik google...
Tengahari itu, En Somi balik makan dengan harapan ada Asam Pedas Ikan Sembilang, namun masih berlaukan Asam Pedas Ikan Parang pula. Sempat tadi cik June gantikan dengan ikan parang sebab bahan-bahan untuk memasak Asam Pedas telahpun disediakan.

"Mana Ikan Sembilang semalam?" tanya Encik Somi yang mungkin menyangka si Tempang ( seekor dari kucing jalanan yang kami ambil pelihara ) telah mencuri makan sebab itu diganti dengan Ikan Parang pula.

"Kalau you teringin sangat nak makan kan? I tak kisah...you pergilah makan di kedai," jawab cik June memujuk dengan suara yang lembut gemalai. "Rupa dia sebiji macam cik anjang tu...I tak berani nak pegang pun," kata cik June lagi dengan gaya geli mat geleman.

"Habis mana pergi ikannya?"

"I'm so sorry...I dah bagi kat Munimah."

Semoga Allah mengampunkan dosa cik June kerana sehingga akhir hayatnya, Encik Somi memang tidak pernah dapat makan Asam Pedas Ikan Sembilang hasil dari air tangan cik June. Zalim tak?

Practice Makes Perfect: Sila jadikan pengajaran dari cerita cik June ini ye?



Sunday, September 2, 2012

Blog makeover...

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Wah! Kemain laju mak cik editor tu menaip dan kelihatan kurus pula setelah dibuat 'blog makeover' kan? Bukan restoran, bilik atau rumah sahaja yang boleh di makeover, blog pun boleh dilakukan jika anak-anak pandai membuatnya.

Untungla....

Cik June ada anak sedara yang pandai dan rajin pula nak buat makeover untuk blog mama andaknya ini. Thanks to Liesa Azemi. Anak-anak boleh ke blog beliau di sini >>>>

N3 ini merupakan N3 pertama sejak blog mendapat wajah baru. Cik June re-cap aje menu lama sebagai permulaan ya? Lagipun anak-anak hanya mahukan menu yang begini sahaja berulang kali. Kalau dicuba masak yang pelik-pelik sikit, mahu tidak dijamahnya pula.

Menu ini juga sering dimasak jika ada tetamu yang bertandang sepanjang Syawal ini.


Nasi Minyak yg tak berapa nak berminyak...


Spaghetti Bolognaise


Mihun Soto......


Sizzling Yee Mee....


Okey....makanan-makanan di atas sering mendapat sambutan yang menggalakkan. Kekadang siap ada permintaan lagi...seperti yang di bawah ini..........



Chicken Chop....


Oleh yang demikian, cik June tak payahlah nak buat N3 untuk menu yang sama berulang kali. Lagipun kamera yang biasa cik June guna untuk photoshoot telah dibawa oleh si Kakak bercuti ke Seoul Korea Selatan. Minggu depan insyaAllah baru cik June dapat hendak mengupdate N3.

Ini kira test run kat runway baru la...hehehe. Blog kali ini nampak meriah sikit, adalah rupa di dapur. Cik June cadang nak bersiaran dari dapur ke dapur semasa di Kluang dulu, tetapi nama pun musim raya, memang tak menang tangan melayan tetamu. Tak apalah, lain kali cik June cuba bersiaran dari dapur adik-adik cik June yang memang rajin menyepahkan dapur dengan memasak. Siapa yang bertandang ke rumah mereka memang tak janji lapar...paling bodoh pun tentu ada lauk Ayam Masak Kicap. Serious!

Sehingga sini dulu....minggu hadapan baru cik June akan bersiaran lagi. Tunggu si Kakak balik dari Korea...tengok apa ole-ole yang akan dibawa pulang...hehehe

Salam Kemerdekaan ke 55!