Kebab merupakan makanan halal yang mudah diperolehi di luar negara. Ketika anak sulong cik June menghadiri conference di Goldcoast di dalam bulan puasa beberapa tahun dahulu, dia rasa seronok kerana katanya berbuka di sana awal 2 jam dari di Malaysia. Kedai makan dan restoran memang banyak cuma di negara orang ni, kita kurang yakin dengan halal dan tak halal makanan yang dihidangkan. Bukan macam kita di Malaysia ini, redah ke mana sahaja kita tidak bimbang kerana yang halal ada diletakkan tanda halalnya.
"Abang Long makan kebab ajelah yang diyakini halalnya," katanya membuka cerita bila kami menghadapnya bertanya tentang Goldcoast. "Besar saiznya...boleh simpan separuh untuk sahur," sambung Abang Long lagi.
Adik-adiknya masa itu ternganga mendengar cerita.
Semasa Cik June ke rumah anak cik June di Brisbane Australia, ke mana sahaja kami mahu pergi, kami akan sentiasa membawa bekal makanan dari rumah. Susah nak jumpa kedai makanan halal di sana. Mungkin di Sydney atau Perth banyak, kot? Sebab di daerah itu dikatakan sudah ramai orang dari Malaysia yang datang berhijrah.
Satu ketika dia mengajak makan kebab di kawasan Mt Gravatt yang berdekatan dgn tempat tinggalnya. Sambil merasainya, cik June memerhati isi inti di dalam. "Kita buat sendiri dekat rumahlah Ngah," ujar cik June confident je boleh buat sendiri.
"Ma boleh buat ke?"
"Senang je...kita cari roti tortillanya."
Semenjak dari hari itu, kami memang tidak pernah lagi membelinya. Bayangkan harganya 8 dollar satu? Kalau di Malaysiakan 8 dollar x 3.2 dah berapa. Gilalah!
Sekarang ini, mereka sudah tidak hairan lagi kerana di rumah sendiri pun kita boleh menyediakannya mengikut selera masing-masing. Macam di rumah cik June......
Sarapan mudah dan mengenyangkan... |
Sudah berulangkali membuatnya...nampak gaya anak-anak lebih suka yang begini kerana mudah untuk dibawa bekal.
Ada yang menggunakan roti tortilla yang dipanggil foldover dan ini menggunakan roti Arab, dibelah dua dan isi intinya di dalam poket yang tersedia itu, mudah sahaja. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan masing-masing. Tetapi jika menggunakan daging cincang, cik June lebih suka dengan resipi yang mudah ini.
Cara menyediakan intinya...
Titikkan 2 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar yang dipotong dadu ditumis sebentar. Campurkan 1 bungkus daging kisar dan gaul rata. Masukkan satu cawan sayur campur (kacang peas, jagung & carrot). Tutup kuali biarkan ia merenih di atas api yang perlahan.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato (yg ini cik June main agak2 aje). Kacau hingga rata sehingga kering airnya.
3. Roti Arab dipanaskan di atas kuali leper. Balikkan depan dan belakang. Belah dua dan buka poketnya. Lapiskan dengan daun salad dan isikan inti ke dalam. Boleh dibawa bekal ke tempat kerja.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment