Cik June mulakan N3 dengan Nasi Lemak dululah ye? Cer tengok sini........
Nasi Lemak... |
Nasi Lemak merupakan sarapan pagi rakyat Malaysia. Melayu, Cina dan India semua sekarang ini sudah pandai memasaknya. Boleh digayakan dengan berbagai lauk kegemaran seperti yang cik June buat. Anak-anak cik June tidak gemarkan sambal tumis bilis, mereka lebih gemarkan ikan bilis yang digoreng. Maka cik June gayakan mengikut kesukaan anak-anak agar makanan yang dimasak itu habis dimakan.
Begitu juga dengan timun, anak cik June tidak gemarkan timun biasa yang mudah diperolehi di pasar itu kerana menurut mereka timun tersebut mempunyai banyak biji. Jadi jika dihidangkan menggunakan timun yang tidak disukai oleh mereka, maka ianya akan ditolak ke tepi sahaja. Banyak songehkan?
...bekal utk kakak... |
Untuk Nasi Lemak atau untuk dicolek dengan sambal belacan, biasanya cik June akan beli Timun Jepun yang kurus panjang dan berwarna hijau tua itu. Timun biasa itu hanya akan dicari jika hendak membuat acar dan laksa kerana kita akan hanya memerlukan bahagian putih timun itu sahaja. Hai! Macam-macam aje anak-anak ni kan? Kalau zaman cik June kekecik dulu, memang tak pandai nak memilih. Main sebat aje apa yang emak cik June masak kerana emak cik June pun sebenarnya seorang yang memilih. Jadi dia hanya masak yang sedap dimakan sahaja.
Semenjak dua menjak si Kakak rajin membawa bekal ke pejabat, cik June pun terpaksa merajinkan diri menyediakan sarapan pagi yang boleh dimakan hingga ke tengahari. Kenalah yang berat-berat sikit jika tidak tentu tidak cukup untuk menampung perutnya hingga waktu pulang nanti.
Sambal tumis telur rebus... |
"Sambal telur je pagi ni...udang semalam dah habis buat goreng kuetiau." Cik June beritahu Kakak sambil menyimpan bekalnya ke dalam beg.
Kakak senyum suka. "Berapa biji telur?"
"Dua sudahlah..."
Kakak angguk. Tudungnya dililit entah macam mana. Pelik sikit cara dia bertudung. "Ada dua ketul ayam masak lemak cili api." Cik June beritahu kerana dia ni peminat ayam nombor satu. Ala...baki lauk semalam je...
Lauknya diisi berasingan... |
Okeylah...untuk N3 Nasi Lemak ni, cik June tak payah letak resipinya lah ya? Setakat Nasi Lemak ni semua orang sudah pandai membuatnya.
Adik pula lambat pulak kelasnya, maka dapatlah dia bersarapan di rumah dulu.
"Adik!!" cik June jerit dari tingkat bawah. Di rumah ni kena jadi emak tarzan. Kalau tidak dia yang masih bersiap di biliknya di atas itu tidak perasan masa berjalan. "...turun breakfast!"
Jom kita breakfast dulu!! |
...dan kami bersarapan berdua beranak sebelum Adik berangkat ke kelas pagi itu dan meninggalkan cik June sendirian menghadap pinggan mangkuk dan periuk belanga di singki untuk dicuci. Sabo je la!!
No comments:
Post a Comment