Thursday, September 22, 2011

Asam Pedas........

Salam to all.........


Dah masuk musim hujan ke? Setia Alam ni hari-hari mendung...adakala gerimis dan kekadang hujan
lebat. Tapi semenjak dua menjak dah tak ada tanggungjawab yang nak mengurus anak kecil dan anak
yang bersekolah...tak menjadi masalah langsung. Hujanlah sampai bulan depan pun...bagus juga...tak
la panas sangat....jangan sampai banjir sudah! hehehe

Cuma....si perut ni menjadikan ia sebagai satu masalah...bila dia asyik mengadu lapar je. Si otak pulak 
pandai mengapi makan itu sedap...masak ini lazat. Manakala si kaki...malas nak bergerak keluar dari 
rumah dengan alasan hari hujan. Naik kereta pun nak turun ke kedai tu kena hujan juga...nak ke pasar? 
Kirim salam je...


Dalam esbok tu ada stok ikan kembung je yang dibeli kelmarin cadangnya nak buat Assam Laksa. Tapi
bahan sampingannya tak cukup pulak......

"Ala...masak asam pedas je.." adik bersuara dari ruang PC di tingkat atas. "...hujan-hujan ni kan sedap
makan yang pedas-pedas dan panas-panas?" Cewah! Bukan main order lagi.

Bagus juga idea dia...nak tunggu ikan parang...kepala ikan dan yang gempak-gempak sikit tu lambat la
lagi...kira ikan ni pun boleh la....

Jom ke dapur...kita selongkar bahannya.........


Lada kering. bawang putih, bawang merah, kunyit, belacan, bunga kantan
dan asam jawa.


Hokeh...kita start dengan: 
1kg ikan kembung/parang & apa sahaja yg sewaktu dengannya...
1 inci kunyit hidup/1 sudu kecil kunyit serbuk
Air asam jawa/1 sudu besar asam jawa Xtra ( senang x de biji)
2 kuntum bunga kantan
2 senduk cili kisar *
5 ulas bawang putih *
10 ulas bawang merah *
2 inci belacan *
*dikisar halus

Cara memasaknya:
1.  Panaskan 1 senduk minyak dan tumis cili dan bahan kisar tadi hingga garing. Masukkan air dan
     asam jawa.
2.  Apabila menggelegak...masukkan ikan.
3.  Biarkan ia merenih di atas dapur dengan api yang kecil.
4.  Masukan garam & bahan perisa serta bunga kantan tadi.
5.  Biarkan lagi 5 minit dan tutup api.

Pesan Cik June: Air cukup untuk menutup ikan sahaja kerana biasanya asam pedas tidak perlu
                         kuah yang banyak. Jika menggunakan kunyit hidup...kisar bersama dengan
                         bahan-bahan kisar yang lain. Jika menggunakan yang serbuk pula...masukkan
                         ketika menumis.
                     
Ingatan buat anak-anak yang baru nak belajar ke dapur.


Cer try!


Asam Pedas.......


                               ................................from sprinkle of love.....................................



Tuesday, September 20, 2011

Badak Purple....

Salam to all..........


Wakakaka....aku gelak guling-guling bila kopek itu keledek yang memang ku beli khas nak buat
bubur cha-cha pada asalnya....tapi bertukar nak makan Cucur Badak memandangkan Serunding
balance raya aritu masih berbaki dalam esbok dan sedikit menyemakkan.....berwarna purple.
Cantek weh!


Serunding....

Yang telah siap direbus, dilecek, dan diuli dengan tepung gandum.


Begini ceritanya...
Cadang tu memang nak buat Cucur Badak...dah lama mengidam. Orang dalam rumah ni semuanya 
pulak tak berapa suka kuih-muih yang berintikan kelapa...bersalutkan kelapa atau apa sahaja yang 
sewaktu dengannya yang wajib menggunakan kelapa parut.

Maka Cik June memang jarang la dapat menunjukkan skill membuat kuih-muih tradisional ni....tapi 
bimbang juga kot lelama lupa pulak kan? Oleh yang demikian...dibahagi dua adunan tadi dan hasilnya 
juga terbahagi kepada dua kuih. Kebetulan pula si Kakak memang gemarkan kaler purple dan gemar
kan kuih keria. Biasanya kuih keria yang kami buat menggunakan keledek kaler putih atau kuning 
sahaja. Tapi kali ni Cik June jumpa kaler purple pulak...tu yang diberi nama Badak Purple dan keria
pun jadi kaler purple. Tapi N3 ni nak tunjuk Badak Purple dulu...Keria Purple kena sira dulu dan N3nya
esok pulak la ye?

Maka petang di waktu hujan turun dengan lebatnya itu...dapat la Cik June duduk menulis sambil
menghadap minum petang bersama Badak Purple.....

Bersama teh O...ngancam.....

Alamak...dah kena goreng...tak jelas kaler purplenya....

Cer try!


dari dapur Setia Impian...with lots of love







Monday, September 19, 2011

Grilled Chicken with Brown Sauce....

Salam to all..........


Hujan-hujan ni lapar je kan? Premis Ayam Goreng Orang Tua (KFC) tu ada je senyum melebar
menala depan rumah ni. Kalau dapat Nando's atau Kenny Rogers ni sedap betul. Pergh! Tekak
kemain lagi...tapi kaki malas nak bergerak keluar dari rumah.

Tapi otak yang bijak ini tidak pula menghampakan bila search enginenya cepat menggeledah mengingat/
mencari apa yang ada di dalam esbok yang dapat dijadikan menu ala-ala keinginan si tekak tadi.


1 ekor ayam ~ dibelah 4

Bahan perap:
2 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar 
1 inci halia 
sedikit garam 
3 sudu makan madu/gula & garam
1 susu besar lada hitam yang dikisar lumat bersama dengan bahan-bahan di atas.........
Biarkan sejam atau lebih dalam peti sejuk sebelum dipanggang.


Panggang dlm suhu 170 C selama 30 minit. Dibalikkan dan
disapu dgn butter semasa 15 minit pertama supaya ayam tidak kering.

Untuk sos: 1 biji bawang besar dicincang dan ditumis dengan
                 4 sudu makan butter/margerine
                  Bila wangi masukkan sesudu besar tepung gandum dan gaul rata. Masukkan dengan
                  1 cawan susu segar dan terus dikacau di atas api perlahan.
                  Masukkan juga........
                  2 sudu kecil serbuk lada hitam dan
                  3 sudu besar kicap pekat
                  Campurkan dengan..........
                  1 tin cendawan butang. Cendawan dihiris nipis jika suka.
                  2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan..........
                  1 cawan air
                  Tuangkan ke dalam sos dan dikacau rata. Apabila menggelegak...matikan apinya.

Brown sauce versi Melayu....tanpa cendawan butang

Untuk meramaikan isi pinggan...bolehlah goreng kentang yang memang sentiasa ada stoknya.

Taburkan dengan sedikit garam halus jika suka.......

Hasilnya..........

Resepi di atas adalah resepi mudah yang boleh diikut oleh anak-anak khasnya seperti pelajar-pelajar
IPTA/IPTS yang menyewa sendiri. Ini ditujukan kepada anak Cik June la sebenarnya.......
Kalau nak makan di Nando's & Kenny Roger's semua itu akan memakan belanja yang besar. Jika
buat sendiri tentu kita tidak akan merasa ragu-ragu akan ke'halal'annya. Betul tak?

Cer try!


                                                               From sprinkle of love..........di dapur Setia Impian...




                         

Nasi goreng Atok...

Salam to all....


Dah beberapa hari tak update blog sebab orang sibuk bercuti dan sibuk juga menyambung ziarah
menziarah ke rumah sahabat handai sementara masing-masing ada di rumah ni dan kebetulan masih
dalam bulan Syawal.

Satu pagi yang sedang sibuk menghadap TV sempena cuti Hari Malaysia...si Adik menyebut teringin nak 
makan Nasi Goreng Atok...hehehe...kat Johor yang pompuan pun kita orang panggil atok. Tapi ada 
yang panggil Tok mak atau Mak atok nak membezakan dengan yang lelaki biasanya dipanggil Tok Ayah.


Tak de hal punyalah...

Nasi Goreng Atok/Kampung...


Nasi Goreng Atok atau lebih dikenali dengan nama Nasi Goreng Kampung. Tapi ku derhakakan (bak
kata CMG) sedikit resepinya dengan meletakkan lobak merah yang telah didadu instead of kangkung. 
Manalah nak cari kangkung kat Setia Alam ni kalau tak ke pasar besar/pasar tani atau ke pasar borong 
tu. Lain la dekat kampung boleh ke tepi kolam ikan atau paya kat belakang rumah meragut sendiri
untuk dijadikan bahannya.


Oleh sebab tuan yang membuatnya tak boleh makan pedas....maka ku tukarkan ke lada merah optional kepada cili padi. Hah! ambik kau...suka makan...tak suka pun kena makan juga.
Okay...anak-anak yang baru nak belajar tu...bawah ni Cik June sertakan bahan mudah untuk resepinya.
Cer try..........


Bahan:
2 senduk makan nasi
3-5 biji cili api ~ dititik
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
5 biji bawang merah ~ dimayang
segenggam ikan bilis
sedikit belacan
kangkung
2 biji telur
garam & serbuk perasa

Cara membuatnya:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis & ketepikan.
Goreng bawang merah & ketepikan.
Tumis cili api dan bawang putih serta belacan. Kacau rata sambil dihancurkan belacan tadi.
Masukkan 2 senduk besar nasi dan digaul rata. Buatkan lubang di tengah nasi dan tuangkan telur
yang telah dipukul terlebih dahulu. Biarkan seketika sehingga telur sedikit keras.
Kemudian...kacau rata dengan nasi tadi. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa jika suka.
Masukkan pula kangkung dan balik-balikkan sekejap.
Akhir sekali...masukkan ikan bilis dan bawang goreng tadi dan bolehlah dihidang.

With Love dari dapur Setia Impian...........
                                                                                           

Saturday, September 17, 2011

Acar rampai.....

Salam Sabtu to all....


Kejap ada lama menghilang..........hah! begitu la kisahnya Cik June ni. Bukan menghilang
ye anak-anak...sebenarnya memasak juga bagai nak rak...tapi masakan biasa-biasa aje.
Tak sempat nak up-date pun kalau dah tinggal bekasnya aje.
Tapi yang ni sempat juga la diselamatkan walau dah tinggal
paras vontot mangkuk tu.



Buat ni senang aje kalau ikut Cik June punya cara...kalau ikut dari ajaran atok/nenek
dulu memang anak-anak sekarang tak kosa nak membuatnya.
Jadi Cik June permudahkan agar menu ini tidak di
terlupakan. Menu ini sesuai dimakan dengan Nasi Minyak/Briyani....
namun dengan nasi putih pun boleh juga. Kalau Cik June masak menu ni dan goreng aje
terubuk masin dah mencukupi. Menu ni macam appetizer la
lebih kurang...nak try?
Jom ke dapur Setia Impian....

Bahan: 
1 batang lobak merah/carrot
2 batang timun
1 batang cili merah
3 ulas bawang putih dimayang
10 biji bawang merah/kecil ~ biarkan sebiji-sebiji
1/2 inci halia dimayang
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil biji sawi
garam, gula, serbuk kunyit & cuka
5 sudu besar minyak untuk menumis

Cara: 
Lobak merah, timun & cili merah yang telah dimayang, perap bersama bawang putih, halia,
bawang merah dengan sedikit garam & sebuk kunyit. Biarkan dalam 1/2 jam dan
kemudian toskan airnya.
Dalam kuali...tumis biji sawi & cili kisar hingga sedikit garing. Masukkan 5 sudu besar gula
(acar ni biasanya manis sedikit) dan 2 sudu besar cuka. Kacau
sehingga bahannya sebati dan sedikit kering.
Masukkan pula bahan perap yang sudah ditoskan airnya tadi.
Gaul rata dan agak-agak mesra semuanya...bolehlah matikan api.

Cer try!


from sprinkles of love...........





Thursday, September 15, 2011

Daging Masak Kicap...

Salam to all.....


Lambat betul bersiaran hari ni...maklum la masih dalam bulan raya ni...tetamu harus
didahulukan....kan?
Semalam pulak kes WW tak boleh nak bercakap...
jadi masukkan gambar je...senang cerita.





Untuk N3 hari ini kita belajar masak daging kicap pulak. Asyik nak yang berempah aje...
Ini menu kegemaran anak-anak...kalau buat gerenti habis.
Lagipun resepi ni mudah aje untuk mereka yang baru nak belajar ke dapur.


Bahannya:
1 kg daging 
1 sudu besar lada hitam
2 cm halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah (kecil)
sedikit kayu manis & bunga lawang 
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan kicap ~ kalau manis tak perlu tambah gula dan kalau masin tak perlu tambah garam.


Cara memasaknya:
Panaskan 5 sudu minyak dan masukan kayu manis dan bunga lawang tadi. 
Kemudian...masukkan pula bahan tumbuk (halia, bawang putih, bawang merah & lada hitam)
Kacau biar rata dan mesra.
Masukkan pula daging tadi dan biarkan sehingga empuk & lembut.
Masukkan kicap dan tambah dengan sedikit air jika mahukan berkuah.
Akhir sekali masukkan sos tomato utk memekatkan kuahnya. Kalau suka boleh diganti dengan 
tomato buah. 
Taburkan dengan bawang besar yang dipotong bulat dan cili merah yang dihiris memanjang
sebagai hiasan jika suka.


Selamat Mencuba! 
Dari dapur Setia Impian........


Pesan Cik June: Belajar resepi yang mudah dulu...







Saturday, September 10, 2011

A bowl of trash...

Salam to all....


Ya ampun! Ada tak service dari wet-market online? Tolong la..........
Kisahnya semalam Cik June dah terseronok online shopping dengan MPH...order malam petang
esok je dah sampai...rasa nak peluk je abang courier tu kerana rajin menghantar buku tu sampai
depan gate rumah.

Pastu si Kakak...balik-balik aje... 'Ma masak apa?'
'Belum apa-apa pun..' sambil mata tegak ke komputer riba kerana sedang tekun meng 'update' blog 
yang lagi satu.
Sambil membuka pin tudung...'Alaaa...akak lapo dah ni...'
Aku kerling sikit dengan ekor mata...'Sapa suruh tak makan masa rehat tadi? Bukannya puasa?' Namun...
search engine di kepala hotakku memutar ingatan apa benda alah yang masih tersimpan dalam esbok 
yang dapat ku jadikan juadah ketika itu. 


Kita orang ni kes makan tak ikut jadual...bila lapar baru masak...untuk mengelak dari berlakunya
pembaziran. Maka sesiapa yang bercadang nak melepak/bertunggu tangga kat rumah Cik June ni...
sila calling-calling/roger terlebih dahulu.

Akhirnya....search engine ku berjaya mencari resepi geledah sendiri......tadaaaaaaa!!!

A bowl of trash..
nama tak boleh blah...tapi rasanya alhamdulillah....

Nak resepi mudah ini? Jom kita layan 'A bowl of trash'..........
Bahan.....
10 ekor udang
2 keping fishcake
sebiji capsicum ~ potomg ikut suka
sebiji tomato ~ belah 6
1/2 batang carrot ~ potong ikut suka
sebiji bawang besar ~ potong bulat
sedikit halia ~ dimayang halus
2 ulas bawang putih ~ cincang
2 sudu penuh cili boh
2 sudu penuh sos tomato
minyak utk menumis, garam dan gula secukup rasa.....


Cara....
1.  Panaskan minyak & goreng udang seketika biar nampak merah baru diangkat dan ketepikan.
2.  Goreng pula fishcake yang telah dipotong ikut versi kegemaran masing-masing...bila kelihatan 
     masak...angkat dan ketepikan.
3.  Tumis pula bawang putih, halia dan cili boh...biar sedikit garing...tambah air, sos tomato & carrot.
     Rasakan asam garamnya...baru masukkan capsicum dan tomato. 
4.  Kacau rata...campurkan dengan udang & fishcake tadi. Akhir sekali masukkan bawang besar.
5.  Balik-balikkan sekejap...bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Fresh from the stove....dapur Setia Impian. Selamat Mencuba!


Pesan Cik June: Sesuai untuk mereka yang berkerjaya....semua dah lebur dalam satu menu. Tapi
                         bagi sesiapa yang rajin nak masak sampai 3-4 lauk tu...dialu-alukan akan kerajinan
                         mereka.



Kek Lapis Sarawak...

Salam & morning to all........


N3 kali ni nak tayang Kek Lapis Sarawak lagi yang my DIL bawak pulang dari beraya di sana.
Tinggal dua jenis ni aje yang masih selamat dan sempat dibuat tayangan amal...yang lelain dah
innalillah....kena bedal.

Maklum la musim raya ni...bila dihiris untuk dijamu pada tetamu....baru tu la teringat kek tu belum 
lagi masuk studio untuk diphotoshoot akan kejelitaannya....tak kan pulak depan tetamu tu nak 
sibuk-sibuk pikul kamera...kan...sungguh kurang sopan....melainkan kita offer ambik gambar tetamu 
tu sedang makan kek lapis tu...hah!


"Jun...ni halal ke tak?"
"Eh...itu my DIL bawak dari Miri la...bukan ai beli."
"Sedap la yang ada corak ketupat ni...tak berapa manis."
"Hurm...tau tak pe."


Mak ai!! kretip betul orang yang membuatnya....dah la berlapis...dicorakkan pulak lagi...isy!! nak 
makan pun sayang. Doktor Ida...masa datang awal pagi raya dah bagi yang lapisnya kuning dan 
pepel...tak sanggup nak tanya nama kek tu...orang dah bagi banyak cerita pulak. Yang itu memang tak sempat nak buat apa-apa...sorang aje makan sampai 4-5 hiris...tuan rumah tak kan nak marah pulak? Tadi sapa suruh sibuk-sibuk tayang? Thanks Ida...


Another version...


"Apa nama kek ni Jun?" *sambil belek bentuk kotak-kotak pada kek di tangan*
"Ei...korang boleh tak makan aje...don't ask-ask la...bukan ai yang buat pun...dapat free okeh...
ehsan dari anak menantu..."

So....moral of the story...there'll be no recipes included in this N3...masih dalam tayangan amal...
buat cuci mata. 


Pesan Cik June: Ringan tulang...berat perut.





Thursday, September 8, 2011

Konon asalnya...

Salam 10 Syawal to all........


Tu yang Cik June nak beritau ni..konon asal tadi masa create blog masak-masak ni nak pos gambar
juadah harian gaya CMG atau blogger masak-masak yang lain. Tapi sekarang ni pulak Cik June dah
kurang memasaknya. Dapur asyik off manjang sebab tak ada permintaan dan tak ada pelanggan
macam dolu-dolu masa anak masih sibuk ada keliling pinggang.

Untuk pengunjung yang bertamu tu mintak maaf banyak-banyak la ye...bukan kes lokek nak kongsi 
resepi...tapi memang tak ada pelanggan kat dapur Cik June ni...kesian kan?

Ingatkan nak suruh Kakak & Adik tu practice memasak untuk jadi perfect...abes dia orang pun tak lekat
kat rumah...bila masa yang nak practicenya?

Maka 'Practice Makes Perfect' ni jadi macam blog JJCM pulak...asyik pos N3 dari menu masakan di 
restoran aje...adakala tu jadi macam blog 'dari dapur ke dapur'...sebab Cik June ni sering dipanggil dan 
dijemput makan.


InsyaAllah...sesekali akan ada juga juadah dari dapur Setia Impian...buat masa ini...kita BW dari dapur
ke dapur sepertimana yang terdapat di blog Cik June ni...tak secara langsung Cik June tolong promote
blog dia orang. Oh ya...nak ucap mekasih kat CT@batulesung kerana sudi berkunjung. Selamat Harijadi
untuk yateasybakes...semoga panjang umur dan murah rezeki.

Akhirkata...kita sejuk-sejukkan mata dengan Iced-cool Blog ni...specially for bloggers.


Perisa Kiwi ...Stroberi & Epal...


Pesan Cik June: Pengambilan air sebegini adalah lebih baik dari minuman yang berkarbonat yang di
khuatiri akan kandungan gulanya seperti $#@*&^%_+*? aiseymen...kena sensor la jenama dia. Sowie!

Sunday, September 4, 2011

Almond London...

Salam 6 Syawal 1432 Hijrah to all.......


Baru perasan rumah mak cik lack of biskut raya. Raya pertama tu masih tak kisah lagi 
sebab dia orang tak fokus pada biskut...ada makanan utama...lagipun ada menda lain seperti 
agar-agar dan kek yang telah menutup kekurangan tadi.
Akak: Ma! Kawan akak nak datang esok, buleh?
Me: Datang la...dah tentu raya...siapa yang nak marah?
Akak: Dia orang nak Roti Jala...tahun kelmarin ada yang tak dapat...
Boleh pulak...aku berkata dalam hati...kemudian aku baru teringat ada Almond London yang
masih belum berhias..."Kak...cairkan cooking chocolate tu...salut kat Almond London....
boleh buat kudap-kudapan.

Versi yg belum dihias...

Akak: Ma...kenapa cekelat putih? Bukan Almond London kaler cekelat ke?
Me: Aisy! Tinggal cekelat putih je...tabur la dengan cekelat rice...kan boleh juga?

White cooking chocolate & chocolate rice.......

Boleh la tu... dah masuk perut sama je. Cuma tak meriah la kan? CMG kata...kalau pepandai sendiri ni 
dikira derhaka. Asal Almond London ni pakai cooking cekelat dan badam cincang...


Alamak...aku telah menderhaka sepertimana kata CMG ...
takut dipanah petir...
maka aku cepat menuju ke jalan benar..........


Aku terpaksa menggali harta karun yang telah ku simpan kembali ke esbok...terjumpa dengan 
sekeping lagi cooking cekelat yang memang rona cekelat...
senang hati ku kini...walaupun si kakak menabur badam cincang macam aku ada 'share' dengan 
tokeh kilang tu.
Untuk resepi...klik sini mak cik June copy CMG punya. TQ Mat 4 sharing!
Selamat Mencuba!

Pesan Mak cik/Kak June: Kalau belum penuh ilmu di dada...jangan lautan hendak diduga.

Friday, September 2, 2011

Salam Syawal 1432 Hijrah.......

Selamat Hariraya Aidilfitri....maaf zahir dan batin......


Lambat betul tuan rumah bersiaran ye? 
Pulang dari berbelanja pada petang akhir Ramadhan...aku diserang selsema teruk...kerja bersin aje 
dah rasa nak tertanggal batang hidung. Nampak gayanya tak beraya la aku tahun ni...hati berbisik 
sendirian.


Tetiba Angah call....."Ma! macam mana nak buat ni? Nasi impit Angah tak jadi keras."
Aku yang mamai-mamai menjawab. " Bungkus dengan kain...masukkan dalam loyang dan timpa
dengan benda yang berat...macam lesung batu ke..."

Seawal jam 8 pagi waktu Malaysia...Angah call lagi...selepas mengucapkan salam Selamat Hariraya dan
memohon maaf semua...Angah beritahu "Ma..on skype...nak tunjuk Nasi Impit semalam." 


Hah! ambik engkau...ditimpanya loyang tu dengan sekampit beras 10 kilo. Cantik punya kenyal Nasi
Impit Angah. Kemudian ditunjukkannya satay yang dibuat sendiri ada dekat sekaki panjangnya...."apa 
ada hal...makan sendiri.." katanya. "Nak gi Kedutaan jauh...kat Canberra sana."


"Ye la...alhamdulillah. Sana sini pun sama aje...mama pun tak masak macam-macam sebab tak ada
orang..." Beraya di bandar ni mana ada orang? Lagipun tak sampai hati nak berseronok sakan bila
teringatkan dia yang di rantauan. Karang mau mengelupur nak balik pulak. Kemudian aku tunjukkan
menu raya ku....

Sayur lodeh..........
"Ma! Sini susah nak jumpa bahan...."
Ye la...aku pun tahu...kat celah mana dia nak gi cari tahu kering...suhun....semua tu? Lama sikit nanti
jumpa la kedai yang menjual barangan itu. Tapi...tak boleh lawan Malaysia kan? Kebanyakan kedai
runcit pasti ada menjualnya.

Kari Ayam...
dah ada yg mengelat tu.......
Kesian juga kat Huda...dia yang minta dikirimkan dengan barangan rempah ratus...masih belum
menerima bungkusan itu lagi sehingga dah menjelang Aidilfitri.

Sambal kacang....

Ni aje menu kesukaan kami...tahun ni tak de rendang...mak cik tuan rumah malas nak tunggu dapur
sebab badan tak sihat. Untuk kawan-kawan Kakak dan Adik tu...kalau nak datang beraya tunggu waktu yang ditetapkan ye...kita buat rumah yang tak berapa nak terbuka pula. Mak cik tuan rumah nak naik
berehat.

Pesan Kak June: Hati gajah sama dilapah...hati kuman sama dicicah. Muahaha...peribahasa orang
                                  dolu-dolu.

Thursday, September 1, 2011

Bubba Gump....

Salam Syawal to all.........
Sepatutnya N3 ni untuk 29 Ramadhan...tapi ku menghadapi masalah dengan tenet kat umah ni
yang signal strengthnya 'Low' manjang untuk dipos pada tarikh tersebut...
Lepas tu dah sibuk-sibuk nak nyambut raya dan nak menyediakan segala persiapan...segala bahan 
yang nak dijadikan juadah....aku jadi terlupa.
Selepas beralah dengan N3 untuk wordless wednesday....akhirnya berjaya dipos juga.......

Restoran ini terletak di Sunway Pyramid....

Kami ke Bubba Gump menyambut hari ulangtahun kakak.....nak celebrate dekat rumah sekarang ni 
agak payah kerana orangnya yang sorang ke timur dan sorang di barat. Maka selepas bertelefon.....
kami pakat-pakat jumpa di Sunway Pyramid sahaja.
Namun begitu....sepertimana selalu...jika makan di luar dalam bulan Ramadhan ini......kami harus 
mengalas perut terlebih dahulu memandangkan tempat makan memang penuh sesak .......


Bucket of boat trash....
terpaksa ambil gambar menunya...nak hafal payah.....
Lt. Don's BBQ Rib & Chicken Combo..........

Bila dah ready nak order...kita tunjukkan tanda macam kat bawah ni......

'Stop Forrest Stop'.........

Ini pilihan Abg. Long & Kakak.......ribs lembu manalah
yg menjadi korban mereka malam itu....

Yg ini entah apa nama dia hari tu...tapi lebih kurang
spaghetti bolognese je rasa dia....
Lepas tu bila dah dapat makanan yang di order....kita letakkan tanda tadi macam ni pulak..........




'Run Forrest Run'.........entah apa-apa je la.......asalkan si birthday girl tu happy kalau tidak...dia 
jadi macam ni....klik

Pesan Kak June: Kalau suka, makan banyak...tak suka makan sikit-sikit untuk ambil hati........