Friday, September 2, 2011

Salam Syawal 1432 Hijrah.......

Selamat Hariraya Aidilfitri....maaf zahir dan batin......


Lambat betul tuan rumah bersiaran ye? 
Pulang dari berbelanja pada petang akhir Ramadhan...aku diserang selsema teruk...kerja bersin aje 
dah rasa nak tertanggal batang hidung. Nampak gayanya tak beraya la aku tahun ni...hati berbisik 
sendirian.


Tetiba Angah call....."Ma! macam mana nak buat ni? Nasi impit Angah tak jadi keras."
Aku yang mamai-mamai menjawab. " Bungkus dengan kain...masukkan dalam loyang dan timpa
dengan benda yang berat...macam lesung batu ke..."

Seawal jam 8 pagi waktu Malaysia...Angah call lagi...selepas mengucapkan salam Selamat Hariraya dan
memohon maaf semua...Angah beritahu "Ma..on skype...nak tunjuk Nasi Impit semalam." 


Hah! ambik engkau...ditimpanya loyang tu dengan sekampit beras 10 kilo. Cantik punya kenyal Nasi
Impit Angah. Kemudian ditunjukkannya satay yang dibuat sendiri ada dekat sekaki panjangnya...."apa 
ada hal...makan sendiri.." katanya. "Nak gi Kedutaan jauh...kat Canberra sana."


"Ye la...alhamdulillah. Sana sini pun sama aje...mama pun tak masak macam-macam sebab tak ada
orang..." Beraya di bandar ni mana ada orang? Lagipun tak sampai hati nak berseronok sakan bila
teringatkan dia yang di rantauan. Karang mau mengelupur nak balik pulak. Kemudian aku tunjukkan
menu raya ku....

Sayur lodeh..........
"Ma! Sini susah nak jumpa bahan...."
Ye la...aku pun tahu...kat celah mana dia nak gi cari tahu kering...suhun....semua tu? Lama sikit nanti
jumpa la kedai yang menjual barangan itu. Tapi...tak boleh lawan Malaysia kan? Kebanyakan kedai
runcit pasti ada menjualnya.

Kari Ayam...
dah ada yg mengelat tu.......
Kesian juga kat Huda...dia yang minta dikirimkan dengan barangan rempah ratus...masih belum
menerima bungkusan itu lagi sehingga dah menjelang Aidilfitri.

Sambal kacang....

Ni aje menu kesukaan kami...tahun ni tak de rendang...mak cik tuan rumah malas nak tunggu dapur
sebab badan tak sihat. Untuk kawan-kawan Kakak dan Adik tu...kalau nak datang beraya tunggu waktu yang ditetapkan ye...kita buat rumah yang tak berapa nak terbuka pula. Mak cik tuan rumah nak naik
berehat.

Pesan Kak June: Hati gajah sama dilapah...hati kuman sama dicicah. Muahaha...peribahasa orang
                                  dolu-dolu.

No comments:

Post a Comment