Thursday, September 22, 2011

Asam Pedas........

Salam to all.........


Dah masuk musim hujan ke? Setia Alam ni hari-hari mendung...adakala gerimis dan kekadang hujan
lebat. Tapi semenjak dua menjak dah tak ada tanggungjawab yang nak mengurus anak kecil dan anak
yang bersekolah...tak menjadi masalah langsung. Hujanlah sampai bulan depan pun...bagus juga...tak
la panas sangat....jangan sampai banjir sudah! hehehe

Cuma....si perut ni menjadikan ia sebagai satu masalah...bila dia asyik mengadu lapar je. Si otak pulak 
pandai mengapi makan itu sedap...masak ini lazat. Manakala si kaki...malas nak bergerak keluar dari 
rumah dengan alasan hari hujan. Naik kereta pun nak turun ke kedai tu kena hujan juga...nak ke pasar? 
Kirim salam je...


Dalam esbok tu ada stok ikan kembung je yang dibeli kelmarin cadangnya nak buat Assam Laksa. Tapi
bahan sampingannya tak cukup pulak......

"Ala...masak asam pedas je.." adik bersuara dari ruang PC di tingkat atas. "...hujan-hujan ni kan sedap
makan yang pedas-pedas dan panas-panas?" Cewah! Bukan main order lagi.

Bagus juga idea dia...nak tunggu ikan parang...kepala ikan dan yang gempak-gempak sikit tu lambat la
lagi...kira ikan ni pun boleh la....

Jom ke dapur...kita selongkar bahannya.........


Lada kering. bawang putih, bawang merah, kunyit, belacan, bunga kantan
dan asam jawa.


Hokeh...kita start dengan: 
1kg ikan kembung/parang & apa sahaja yg sewaktu dengannya...
1 inci kunyit hidup/1 sudu kecil kunyit serbuk
Air asam jawa/1 sudu besar asam jawa Xtra ( senang x de biji)
2 kuntum bunga kantan
2 senduk cili kisar *
5 ulas bawang putih *
10 ulas bawang merah *
2 inci belacan *
*dikisar halus

Cara memasaknya:
1.  Panaskan 1 senduk minyak dan tumis cili dan bahan kisar tadi hingga garing. Masukkan air dan
     asam jawa.
2.  Apabila menggelegak...masukkan ikan.
3.  Biarkan ia merenih di atas dapur dengan api yang kecil.
4.  Masukan garam & bahan perisa serta bunga kantan tadi.
5.  Biarkan lagi 5 minit dan tutup api.

Pesan Cik June: Air cukup untuk menutup ikan sahaja kerana biasanya asam pedas tidak perlu
                         kuah yang banyak. Jika menggunakan kunyit hidup...kisar bersama dengan
                         bahan-bahan kisar yang lain. Jika menggunakan yang serbuk pula...masukkan
                         ketika menumis.
                     
Ingatan buat anak-anak yang baru nak belajar ke dapur.


Cer try!


Asam Pedas.......


                               ................................from sprinkle of love.....................................



No comments:

Post a Comment