Dah beberapa hari tak update blog sebab orang sibuk bercuti dan sibuk juga menyambung ziarah
menziarah ke rumah sahabat handai sementara masing-masing ada di rumah ni dan kebetulan masih
dalam bulan Syawal.
Satu pagi yang sedang sibuk menghadap TV sempena cuti Hari Malaysia...si Adik menyebut teringin nak
makan Nasi Goreng Atok...hehehe...kat Johor yang pompuan pun kita orang panggil atok. Tapi ada
yang panggil Tok mak atau Mak atok nak membezakan dengan yang lelaki biasanya dipanggil Tok Ayah.
Tak de hal punyalah...
Nasi Goreng Atok/Kampung... |
Nasi Goreng Atok atau lebih dikenali dengan nama Nasi Goreng Kampung. Tapi ku derhakakan (bak
kata CMG) sedikit resepinya dengan meletakkan lobak merah yang telah didadu instead of kangkung.
Manalah nak cari kangkung kat Setia Alam ni kalau tak ke pasar besar/pasar tani atau ke pasar borong
tu. Lain la dekat kampung boleh ke tepi kolam ikan atau paya kat belakang rumah meragut sendiri
untuk dijadikan bahannya.
Oleh sebab tuan yang membuatnya tak boleh makan pedas....maka ku tukarkan ke lada merah optional kepada cili padi. Hah! ambik kau...suka makan...tak suka pun kena makan juga.
Okay...anak-anak yang baru nak belajar tu...bawah ni Cik June sertakan bahan mudah untuk resepinya.
Cer try..........
Bahan:
2 senduk makan nasi
3-5 biji cili api ~ dititik
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
5 biji bawang merah ~ dimayang
segenggam ikan bilis
sedikit belacan
kangkung
2 biji telur
garam & serbuk perasa
Cara membuatnya:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis & ketepikan.
Goreng bawang merah & ketepikan.
Tumis cili api dan bawang putih serta belacan. Kacau rata sambil dihancurkan belacan tadi.
Masukkan 2 senduk besar nasi dan digaul rata. Buatkan lubang di tengah nasi dan tuangkan telur
yang telah dipukul terlebih dahulu. Biarkan seketika sehingga telur sedikit keras.
Kemudian...kacau rata dengan nasi tadi. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa jika suka.
Masukkan pula kangkung dan balik-balikkan sekejap.
Akhir sekali...masukkan ikan bilis dan bawang goreng tadi dan bolehlah dihidang.
With Love dari dapur Setia Impian........... |
No comments:
Post a Comment