Saturday, September 17, 2011

Acar rampai.....

Salam Sabtu to all....


Kejap ada lama menghilang..........hah! begitu la kisahnya Cik June ni. Bukan menghilang
ye anak-anak...sebenarnya memasak juga bagai nak rak...tapi masakan biasa-biasa aje.
Tak sempat nak up-date pun kalau dah tinggal bekasnya aje.
Tapi yang ni sempat juga la diselamatkan walau dah tinggal
paras vontot mangkuk tu.



Buat ni senang aje kalau ikut Cik June punya cara...kalau ikut dari ajaran atok/nenek
dulu memang anak-anak sekarang tak kosa nak membuatnya.
Jadi Cik June permudahkan agar menu ini tidak di
terlupakan. Menu ini sesuai dimakan dengan Nasi Minyak/Briyani....
namun dengan nasi putih pun boleh juga. Kalau Cik June masak menu ni dan goreng aje
terubuk masin dah mencukupi. Menu ni macam appetizer la
lebih kurang...nak try?
Jom ke dapur Setia Impian....

Bahan: 
1 batang lobak merah/carrot
2 batang timun
1 batang cili merah
3 ulas bawang putih dimayang
10 biji bawang merah/kecil ~ biarkan sebiji-sebiji
1/2 inci halia dimayang
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil biji sawi
garam, gula, serbuk kunyit & cuka
5 sudu besar minyak untuk menumis

Cara: 
Lobak merah, timun & cili merah yang telah dimayang, perap bersama bawang putih, halia,
bawang merah dengan sedikit garam & sebuk kunyit. Biarkan dalam 1/2 jam dan
kemudian toskan airnya.
Dalam kuali...tumis biji sawi & cili kisar hingga sedikit garing. Masukkan 5 sudu besar gula
(acar ni biasanya manis sedikit) dan 2 sudu besar cuka. Kacau
sehingga bahannya sebati dan sedikit kering.
Masukkan pula bahan perap yang sudah ditoskan airnya tadi.
Gaul rata dan agak-agak mesra semuanya...bolehlah matikan api.

Cer try!


from sprinkles of love...........





No comments:

Post a Comment