Thursday, September 8, 2011

Konon asalnya...

Salam 10 Syawal to all........


Tu yang Cik June nak beritau ni..konon asal tadi masa create blog masak-masak ni nak pos gambar
juadah harian gaya CMG atau blogger masak-masak yang lain. Tapi sekarang ni pulak Cik June dah
kurang memasaknya. Dapur asyik off manjang sebab tak ada permintaan dan tak ada pelanggan
macam dolu-dolu masa anak masih sibuk ada keliling pinggang.

Untuk pengunjung yang bertamu tu mintak maaf banyak-banyak la ye...bukan kes lokek nak kongsi 
resepi...tapi memang tak ada pelanggan kat dapur Cik June ni...kesian kan?

Ingatkan nak suruh Kakak & Adik tu practice memasak untuk jadi perfect...abes dia orang pun tak lekat
kat rumah...bila masa yang nak practicenya?

Maka 'Practice Makes Perfect' ni jadi macam blog JJCM pulak...asyik pos N3 dari menu masakan di 
restoran aje...adakala tu jadi macam blog 'dari dapur ke dapur'...sebab Cik June ni sering dipanggil dan 
dijemput makan.


InsyaAllah...sesekali akan ada juga juadah dari dapur Setia Impian...buat masa ini...kita BW dari dapur
ke dapur sepertimana yang terdapat di blog Cik June ni...tak secara langsung Cik June tolong promote
blog dia orang. Oh ya...nak ucap mekasih kat CT@batulesung kerana sudi berkunjung. Selamat Harijadi
untuk yateasybakes...semoga panjang umur dan murah rezeki.

Akhirkata...kita sejuk-sejukkan mata dengan Iced-cool Blog ni...specially for bloggers.


Perisa Kiwi ...Stroberi & Epal...


Pesan Cik June: Pengambilan air sebegini adalah lebih baik dari minuman yang berkarbonat yang di
khuatiri akan kandungan gulanya seperti $#@*&^%_+*? aiseymen...kena sensor la jenama dia. Sowie!

No comments:

Post a Comment