Tuesday, September 20, 2011

Badak Purple....

Salam to all..........


Wakakaka....aku gelak guling-guling bila kopek itu keledek yang memang ku beli khas nak buat
bubur cha-cha pada asalnya....tapi bertukar nak makan Cucur Badak memandangkan Serunding
balance raya aritu masih berbaki dalam esbok dan sedikit menyemakkan.....berwarna purple.
Cantek weh!


Serunding....

Yang telah siap direbus, dilecek, dan diuli dengan tepung gandum.


Begini ceritanya...
Cadang tu memang nak buat Cucur Badak...dah lama mengidam. Orang dalam rumah ni semuanya 
pulak tak berapa suka kuih-muih yang berintikan kelapa...bersalutkan kelapa atau apa sahaja yang 
sewaktu dengannya yang wajib menggunakan kelapa parut.

Maka Cik June memang jarang la dapat menunjukkan skill membuat kuih-muih tradisional ni....tapi 
bimbang juga kot lelama lupa pulak kan? Oleh yang demikian...dibahagi dua adunan tadi dan hasilnya 
juga terbahagi kepada dua kuih. Kebetulan pula si Kakak memang gemarkan kaler purple dan gemar
kan kuih keria. Biasanya kuih keria yang kami buat menggunakan keledek kaler putih atau kuning 
sahaja. Tapi kali ni Cik June jumpa kaler purple pulak...tu yang diberi nama Badak Purple dan keria
pun jadi kaler purple. Tapi N3 ni nak tunjuk Badak Purple dulu...Keria Purple kena sira dulu dan N3nya
esok pulak la ye?

Maka petang di waktu hujan turun dengan lebatnya itu...dapat la Cik June duduk menulis sambil
menghadap minum petang bersama Badak Purple.....

Bersama teh O...ngancam.....

Alamak...dah kena goreng...tak jelas kaler purplenya....

Cer try!


dari dapur Setia Impian...with lots of love







No comments:

Post a Comment