Saturday, December 31, 2011

Tahun Baharu 2012!

Assalamualaikum to all.......






Cik June ingin mengucapkan kepada anak-anak dan semua yang mengenali diri cik June melalui 
laman maya ini Selamat Tahun Baharu 2012. Semoga bertambah produktif lagi tahun ini dengan 
azam yang baru dan resepi-resepi yang baru yang bisa menawan kalbu!


Mohon Allah berikan kesihatan dan kekuatan untuk melalui hidup sepanjang tahun 2012 ini agar 
sprinkleofluv dapat terus beroperasi.


Sokongan dari followers sekalian amat dihargai. Begitu juga dengan para bloggers masakan yang 
cik June hormati kerana sering mengunjungi dapur mereka mencari resepi terkini. 


Akhir kata....semoga hidup kita diberkati. 


Salam sayang dari sprinkleofluv!



Thursday, December 29, 2011

Blended Banana Cake...

Assalamualaikum to all.......

Bersiaran lagi cik June setelah menyepi buat beberapa hari kerana menghadirkan diri bertemu teman
sama sekolah nun jauh di selatan tanahair. Semenjak ber'fb' ni ramai pulak teman sama sekolah dapt
dijejaki. Masing-masing ingin bercerita kisah selepas kami meninggalkan sekolah...maka kami telah
berpakat untuk bertemu kembali di tempat yang sama mengenang nostalgia yang kami tinggalkan.

Semasa cik June tinggal di sana dulu, cik June melintas jalan keretapi untuk ke sekolah sebagai jalan
pintas. Kadang-kadang tu guna jejantas yang disediakan...selebihnya memang menyeberang begitu
sahaja kerana kami yang selalu menggunakan laluan itu sudah arif akan jadual lalu lalang keretapi dari
Selatan ke Utara dan begitu juga sebaliknya.

Di Kluang Station itulah bermulanya tertubuh franchise yang lelain menggunakan nama 'Kluang Station'
yang sangat terkenal sekarang ini sehingga ke bandar-bandar besar. Apa yang menarik tentang Kluang
Station ini adalah rotinya yang dibakar dengan menggunakan dapur arang. Rotinya pula menggunakan
roti benggali yang harus dipotong sendiri dan kebiasaannya roti itu dipotong sedikit tebal dan disapu
dengan kaya buatan sendiri. Roti Bakar itu pula sangat sesuai dimakan bersama secawan kopi O dari
jenama Kopi Cap Televisyen.

Adoyai! Bertahun kami tinggal di Kluang dengan hanya menggunakan kopi tersebut sehingga cik June
terpaksa menyediakan stok. Bekalan seterusnya dibuat melalui anak cik June yang sedang belajar di
UTM, Skudai ketika itu. Tapi kini....sudah agak lama cik June keputusan bekalan dan perjumpaan
yang berlangsung di Kluang pada 25 Disember telah mengembalikan nostalgia tersebut apabila teman
sekolah cik June selaku host majlis perjumpaan telah membekalkan kami dengan 2 peket setiap
seorang. Alhamdulillah! Terima kasih Puan Hajah Sharifah Rohaya yang telah bermurah hati semoga
Allah sahajalah yang dapat membalas jasa baik beliau.

Aiseymen! Panjang pulak celoteh cik June hari ni. Oo ye...saja nak memperkenalkan kopi Cap
Televisyen yang famous di Kluang.........

sekarang lebih mudah kerana disiapkan dlm bentuk uncang....

Ada sesisir pisang yang cik June gunakan 4 biji sahaja untuk dibuat kek sebagai minum petang kami
nanti. Kalau tak asingkan kang habis dibedal. Sekarang ni bekalan pisang agak payah dijumpa di
kawasan tempat tinggal cik June. Haruslah merayau jauh ke Meru jika mahukan pilihan pisang yang
pelbagai jenama. Tapi yang ada ni pun okey la.........


Kalau dulu semasa kami tinggal di estate....pisang ni berlambak-lambak sampai dah tak tahu nak
digayakan. Sekarang pula...kalau boleh dimakan kulitnya pun tentu tak terbuang. Cik June cadang
nak buat Blended Banana Cake kerana prosesnya yang mudah. Resepi ini cik June dapat dari blog
Che CT klik sini. 

Blended Banana Cake....

Jika anak-anak hendak mencuba resepi mudah ini....jom kita ke dapur.........

BLENDED BANANA CAKE


Bahan-bahannya......
4 biji pisang berangan ~ dipotong kecil-kecil
180 gm minyak masak/jagung
2 biji telur 
3/4 cawan gula perang
1 1/2 cawan tepung kek (kurangkan 5 sudu) *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonat *                       (*) ayak bahan yang bertanda
5 sudu besar serbuk koko *
1/3 cawan coklat cips
sedikit badam hiris sebagai hiasan


Cara membuatnya.....
1.  Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit.
2.  Blender pisang, gula telur dan minyak. Tuang bahan ini ke dalam sebuah mangkuk 
     yang besar.
3.  Campurkan dengan bahan-bahan kering yang telah diayak tadi. Gaul rata dengan 
     kaedah kaup balik sehingga rata.
4.  Tuang ke dalam loyang yang telah digris dan dialas kertas.
5.  Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak.


Jom minum dengan kopi cap TV tadi....


Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!



Thursday, December 22, 2011

Crunchy Almond Cookies...

Assalamualaikum to all......

sibuk juga nak Christmas....

Mak ai...orang lain yang nak sambut Christmas...rumah cik June pun sama sibuk juga. Ini kes asyik
menonton channel afc....semua dok tayang buat biskut...jadi anak-anak cik June pun tetiba datang
semangat rajin hendak mengkukis.

suka betul dia menyepah...

Lantak mereka la kan...asalkan dah sudah kemas. Cik June tak kisah asalkan mereka bahagia.
Acuan yang dipih pun mengikut tuannya...besar-besar.

"Mama! Tak ada yang lagi besar ke?"

"Ai? Nak besar mana lagi?"

"Kat TV tu biskutnya besar-besar..."

"Adoyai! Pakai ajelah acuan mana yang ada tu...kalau tak gentel atau tepek aje kat dulang tu..."

aik? menatang apa yg kat ujung tu?

"Ma! akak sibuk gentel buat tulisan Korea!!"

"Suka hati korang la...jangan tak dimakan sudah.."

Haish!! Cik June kerja sensorang kat dapur tu senyapppp aje. Kena masuk dua beradik ni...macam
perang Iran/Iraq. Mana bertaburan lagi.............

Macam baru lepas perang kan?

si kakak terlupa tepek badam tapi dah siap dibakar....

Ada diantara anak-anak yang ingin mencuba resepi mudah ini? Jom kita selongkar dapur....

CRUNCHY ALMOND COOKIES
Bahan-bahannya.........
260 gm mentega
120 gm gula icing
1 camca teh esen vanilla
~ Putar bahan di atas hingga sebati.


250 gm tepung gandum
130 gm tepung jagung
60 gm serbuk badam
40 gm Nestum ~ dikisar
~ Campurkan bahan di atas ke dalam bahan yang diputar tadi sedikit demi sedikit. 
   Uli hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
   Canai dan terap.


Kuning telur dan badam hiris secukupnya untuk hiasan.
Bakar pada suhu 175 darjah Celcius selama 20 minit.


Mudahkan? Perhatikan resepi ini tidak memerlukan telur di dalam adunannya. Seeloknya di canai
nipis sahaja sepertimana yang dicadangkan. Mungkin sebab itu namanya 'crunchy'.

Alhamdulillah...dapat buat minum petang...

Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!



Tuesday, December 20, 2011

Acar Nanas...

Assalamualaikum to all.........

Acar Nanas....cara mudah

Hari ini kita belajar resepi Acar Nanas yang mudah, ringkas dan menyelerakan. Ketika berpuasa
cik June memang suka masak menu ini kerana ia membuka selera ketika waktu bersahur. Berbanding
dengan Paceri Nanas....Acar Nanas ini tidak kurang enaknya apatah lagi dimakan bersama nasi panas
dan gorengan ikan terubuk masin.....fengsan!

Kalau nak mencuba....jom ke dapur...............

ACAR NANAS


Bahan dan cara menyediakannya....
1 biji nanas ~ dikupas, dibersihkan dan dihiris

Nanas yg siap dibersihkan....

Nanas ini dicelurkan sebentar ~ apabila siap, bolehlah ditoskan.


Segenggam udang kering, tiga ulas bawang putih dan 5 ulas bawang kecil ditumbuk 
lumat.


dikisar je pun boleh juga....


Tumis bahan kisar bersama kayu manis dan buah pelaga....tambahkan sedikit air, cuka, 
garam dan gula. Biarkan ia merenih dan rasakan masam manis yang dikehendaki. 
Masukkan nanas yang dicelur tadi bersama sedikit serbuk kunyit.
Akhir sekali...masukkan hirisan bawang besar, lada merah dan hijau sebagai hiasan.


hirisan bawang besar, cili merah & hijau sebagai penghias masakan....


Hasilnya....tadaaaa!!


Enak dimakan bersama ikan/ayam goreng...terutama sekali ikan masin....fuhhh!!


Kepada anak-anak yang berminat....bolehlah mencubanya.
Salam sayang dari Sprinkleofluv!





Monday, December 19, 2011

Nasi Ayam....

Assalamualaikum to all......

Nasi Ayam.....

Menu ringkas dan mudah seperti biasa dari dapur cik June untuk memudahkan anak-anak
untuk mencubanya.

Penyediaannya sama sahaja, cuma ketiadaan beberapa bahan ulaman yang menjadikan
resepi itu berlainan dari yang biasa dilihat di dapur-dapur blogger masakan yang hebat.

Resepi mudah ini sudah dipraktikkan sejak cik June mula menjejakkan kaki ke dapur....
sehinggalahsekarang. Anak-anak gemarkan resepi ini sahaja...kalau ubah sana sini, mulalah
mulut masing-masing yang tak berinsurans itu gatal bertanya.

Jom kita ke dapur...intai apa yang ada untuk membuat Nasi Ayam ini......

NASI AYAM.....


Bahan-bahannya...
4 cawan beras ~ dicuci dan ditoskan
1 ekor ayam ~ potong ikut suka
daun salad, timun, tomato dan daun sup + daun bawang
cili merah + cili api (bagi yang suka pedas)
bawang putih
bawang goreng
sos tiram, sos tomato & kicap
rempah sup tulang & halia


Cik June suka menggunakan rempah sup ini.......


Cara menyediakannya...
1. Rebus ayam dengan sedikit halia yang siap diketuk. Masukkan rempah sup tulang 
    dan taburkan dengan sedikit garam. Biar air rebusan ayam itu menggelegak dan 
    ayam itu benar-benar masak. 
2. Kecilkan api...ambil ayam satu persatu dan ditoskan. Lomorkan ayam dengan sos 
    tiram dan sedikit kicap. Perap sebentar.
3. Tuang air rebusan ayam ke dalam periuk nasi mengikut sukatan air biasa kita 
     menanak nasi dan taburkan sedikit kunyit serbuk (sedikit sahaja) sebagai pewarna. 
    Gaul rata dan tanak seperti biasa.
4. 10 tangkai cili merah + 10 tangkai cili api + 5 ulas bawang puteh ~ dikisar halus. 
    Masak di atas api kecil. Masukkan sekali garam dan gula sebagai perasa dan sos 
    tomato untuk memekatkan kuah. 


Bahan untuk sos....

5. Tutup api setelah mendapat kepekatan dan rasa masam manis yang dikehendaki.
6. Lebihan air rebusan tadi boleh ditambah dengan air lagi dan masukkan beberapa 
    kiub pati ayam untuk menambah rasa. Taburkan dengan bawang goreng, daun sup 
    + daun bawang. Jika suka boleh tambahkan dengan fishball, potongan carrot, batang 
    celery atau taugeh. 


Letaklah apa yg ada...jgn takut sbb rasa tetap sama....
7. Akhir sekali...gorengkan ayam yang diperap tadi dengan minyak yang banyak dan api 
    yang besar. Goreng sekejap sahaja untuk menggaringkan kulit luarnya. 
8. Setelah siap bolehlah dihidang.


Siap untuk dimakan........


Mohon maaf ye...sebab cik June masak mengikut bahan apa yang ada dalam stok.
Kalau nak tunggu ada daun salad, timun , daun sup + daun bawang untuk membuat 
Nasi Ayam ini...kena ke Speedmart atau Tesco yang berdekatan. So far...tiada siapa 
yang berani komplen sebab dia orang hanya tinggal 'ngap'!


Jangan takut mencuba kerana 'Practice Makes Perfect'.


Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!




    

Pau Ayam...

Assalamualaikum to all..........


sesuai buat minum petang........

Pau ayam ni atas permintaan si Adik. Dada ayam tu sengaja cik June simpan untuk digunakan
bagi membuat inti pau.

Minggu ni masing-masing sibuk mengemas bilik dan bilik mandi mereka, maka cik June di dapur
menyediakan minum petang.

Adunan mudah dari cik June ini tidak memerlukan masa untuk memerap. Sebaik siap diuli,
boleh diisikan inti dan boleh terus dikukus. Jomlah kita ke dapur....cari bahan yang diperlukan
untuk membuat pau ayam ini...........

Sambil menyiapkan intinya...adunan sudah mula mengembang...

RESEPI PAU AYAM.....


Bahan untuk kulit...
500 gm tepung gandum
60 gm gula
70 ml minyak masak/jagung
2 setengah sudu teh instant yeast *    p/s: satukan bahan bertanda (*)
250 ml air *
secubit garam


Cara....
1. Campurkan tepung, gula dan garam.
2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit sambil diuli.
3. Tuangkan pula bancuhan yis tadi perlahan-lahan sambil terus diuli sehingga adunan 
    mengental dan tidak melekit.
4. Ketepikan.


Bahan untuk inti.....
2 keping dada ayam
2 biji ubi kentang ~ didadu
1 labu bawang besar ~ didadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
4 sudu makan rempah kari ayam
sepelepah daun kari


Cara...
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. 
2. Masukkan serbuk rempah kari ayam dan daun kari.
3. Masukkan pula isi ayam yang telah dipotong kecil-kecil dan ubi kentang yang didadu 
    tadi. Kacau rata dan tambahkan air untuk mengempukkan ubi kentang.
4. Tambahkan perisa dan biar masak dengan api perlahan sehingga airnya kering dan
    ubi kentang tadi lembut. Tapi haruslah dikacau selalu agar tidak berkerak.


Sedia untuk dikukus.........


Hasilnya............


Homemade pau ayam.....


Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!



Sunday, December 18, 2011

Ayam Masak Merah...

Assalamualaikum to all...........

Tanpa kacang peas....

Ini menu hujung minggu. Cik June cadang nak masak dengan Nasi Tomato...tapi si Adik dan
Kakak tak minat. Menerusi telefon si Adik dah memberitahu........

"Ma masak apa ayam semalam tu?"

Ek eleh! Mementang dia yang beli siap checking tanya dimasak apa.

''Masak Merah...nak lawan dengan Nasi Tomato.." Cik June menjawab panjang.

"Alaaaa...nasi putih je la...." pinta si Adik.

"Lagi mudah dan senang..." jawab Cik June lagi.

Alhamdulillah! Tambah senang kerja Cik June. Idea nak masak merah tu datang dari si Kakak
yang menyebut dekat sepuluh kali. Macam payah sangat....padahal bahan semua ada. Kalau
ikut sangat resepi tu bukan dia makan pun yang berletak kacang peas bagai. Membazir!

Untuk dimakan bersama anak beranak aje....okey la kan? Jom kita selongkar bahan yang ada
didapur cik June.............

AYAM MASAK MERAH


Bahan-bahan yang diperlukan......
1 ekor ayam ~ potong ikut suka
1 senduk cili kisar 
4 batang serai *
10 biji bawang merah kecil *               Nota: Kisar bahan yg bertanda (*)
5 ulas bawang putih *
4 biji buah keras *
   sedikit halia *
1 cawan tomato puree
1/2 tin susu cair/1 cawan santan
garam dan gula mengikut rasa
rempah tumis


Cara membuatnya..........
1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan tadi dengan garam dan serbuk kunyit. 
    Gorengkan ayam jangan sampai garing.




2. Dengan menggunakan sedikit dari minyak gorengan ayam tadi....masukkan 
    rempah tumis dan cili kisar. Dikacau selalu dan campurkan dengan bahan kisar.
    Biarkan rempah naik wangi sambil dikacau selalu.
3. Masukkan pula tomato puree dan susu cair/santan.
4. Tambah perasa. 


...dalam proses...


5. Akhir sekali masukkan pula ayam goreng tadi dan biarkan ia merenih dan pekat
    sebelum ditutup apinya.


P/s: Boleh hias dengan kacang peas kalau suka.


Siap untuk dijamu.......


Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!





Saturday, December 17, 2011

Kerabu Epal Hijau....

Assalamualaikum to all........

Ini resepi mudah cik June untuk tengahari. Menu pembuka selera.

Bahan mudah yang diperlukan....

Sangat senang menyediakannya kerana tidak perlu memasak. Hanya hiris-hiris, mayang-mayang
dan digaul hingga sebati. Rasanya sebiji macam Kerabu Mangga di Chicken Rice Shop, hehehe.....

Bahan-bahan yang diperlukan.....
2 biji epal hijau ~ ganti dgn mangga muda yg payah nak jumpa
1/2 batang carrot
1/2 biji bawang besar
beberapa tangkai cili api 
daun limau purut


...dari pokok sendiri yg habis dikerjakan dek ulat beluncas....


1 biji limau nipis ~ perah airnya
1 sudu besar udang kering ~ disangai dan ditumbuk halus
gula & sos ikan


Cara penyediaannya.....
1. Di dalam sebuah bekas, campurkan 3 sudu makan gula dan 3 sudu makan sos ikan.
    Gaul rata.
2. Campurkan dengan epal hijau, carrot, bawang besar, daun limau purut dan cili api 
    yang telah dimayang halus. Rasakan masam manisnya. 
3. Taburkan dengan udang kering yang ditumbuk halus tadi sebelum menghidang.


Siap untuk dimakan..........
Oo...gambar hirisan cili hijau itu menunjukkan cik June tak boleh makan makanan 
pedas...jadi diganti dengan cili hijau besar. 


Tambahlah dengan bunga kantan kalau ada. Tapi resepi mudah cik June ini pun 
sudah memadai rasanya.


Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!



Talam Permata Keledek...

Assalamualaikum to all..........

N3 ni hasil dari minum petang semalam. Diambil dari dapur Che CT yang telah bermurah hati
membuat tayangan amal di Chef Dapor Sendiri dengan menu Talam Sekoteng. Nampak sangat
meriah dan cik June memang gemarkan kuih muih yang dikukus berbanding anak-anak.

Dah menjadi kebiasaan waktu kecil dulu emak cik June akan menyediakan kuih muih selain nasi
goreng atau nasi lemak atau juga mee/mihun goreng. Tapi anak-anak dan my other half tu tak
gemarkan yang manis-manis. Maka kepandaian membuat kuih-kuih talam semua ni memang lama
terkubur. Kesian cik June kan? Kuih talam terakhir cik June ialah Kuih Lapis yang warna
berselang seli merah dan putih itu. Tak sikit punya lawa ke kita buat? Orang main pandang je.
Itu pun nasib baik cik June buat half batch je pakai loyang kecik. Terpaksa la cik June makan
sorang, pagi petang siang malam untuk menghabiskannya. Serik weh!

Kali ini pun cik June dah lama menjeruk rasa nak membuatnya bila terpandang Talam Sekoteng
Che CT. Cik June pandang je gambar tu mujur tak meliur sampai menitis atas keyboard. Hisy!
Kena buat juga...half batch pun jadi la...

Jom ke dapur anak-anak.........

Alamak! Tak ada sekoteng la...........

Dah nama pun Talam Sekoteng, kena letak sekoteng. Tapi cik June tak ada bekalan sekoteng.
Macam mana ni?

Berbekalkan keledek dua ketul yang terselit celah-celah bekalan ubi kentang , cik June teruskan
juga usaha membuatnya. Boleh la ganti dengan keledek kan?

Okey anak-anak yang nak cuba membuatnya, klik ke blog Che CT. Gantikan sekoteng tu dengan
keledek sahaja kalau tak jumpa sekoteng macam Che CT. Keledek tu haruslah dikupas kulitnya
dahulu dan dipotong dadu. Kemudian dikukus sehingga lembut/empuk baru boleh dicampurkan
ke dalam adunan.

Tadaaa....

Sengaja diterbalikkan untuk melihat hasil derhaka tadi........

Wah! Satu kesilapan cik June yang nyata....bila kita derhakakan resepinya....kejadiannya menjadi
kureng sempurna. Sebabnya apabila keledek yang diperlukan itu masih berbaki sedikit dari yang
diperlukan oleh resepi dan oleh kerana tak tahu nak dibuat apa lagi selepas itu nanti, maka cik June
pejam mata sebelah je la....masukkan sekali.

Lihat gambar di atas...seperti tak berlapis kan? Hah! Itu satu lagi cerita....bila cik June mula masukkan
lapisan ke dua baru perasan cik June belum warnakan lapisan itu, padahal botol pewarna sudah
sedia dikeluarkan dari kabinet.

...talam yang terlebih keledeknya......

Perhatikan gambar di atas yang menunjukkan ada lapisan warna kuning itu. Untuk menunjukkan
talam itu ada lapisannya, cik June cepat mencurah beberapa titik pewarna kuning dan harus
dikacau rata dengan cepat kerana proses mengukus itu telah mula memekatkan adunan. Mak ai!
Macam Wonder Woman cik June buat kerja.

Hasilnya mungkin tidak begitu menarik, namun rasanya tetap sama. Malah lemak dan manis keledek
itu menambahkan enak lapisan tepung beras tadi yang asalnya terasa macam Kuih Som-som. Tapi
okeylah....lepas hajat cik Jun dan dapat dibuat minum petang sambil duduk memandang ke tasik
seberang jalanbesar itu mencari idea menulis.

Thanks Che CT 4 sharing the recipe.......

From Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!



Friday, December 16, 2011

Sambal Sotong Kembang....

Assalamualaikum to all.......

Hari ni kita masak sambal tumis sotong kembang ye? Hah? *sambil tadah tangan balik cuping telinga*
"...macam mana rupa sotong kembang tu?"

Jom ke dapur cik June............

...sotong kembang...


Bahan-bahan lain yang diperlukan...
2 ekor sotong kembang ~ bersihkan dan dipotong ikut suka. Jerangkan air dan celur 
                                           sotong. Jika tidak, kita memerlukan masa yang lama untuk
                                           mengeringkan sambal kerana sotong ini banyak mengeluarkan 
                                           air.
1 senduk besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang kecil *
1 inci belacan *
asam jawa, garam & gula


Cara membuatnya.......
1. Panaskan kuali dan masukkan anggaran 1 senduk minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit 
    garing dan campuran dengan bahan kisar yang bertanda (*)
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan sotong yang telah ditoskan bersama bawang besar yang dihiris 
    bulat. Kacau rata dan biarkan ia merenih sekejap sebelum diangkat.


siap dimasak dan sedap dimakan bersama..........


..nasi putih atau nasi lemak dengan........


...kangkong goreng belacan...muahaha




Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Menjamu Selera!



Thursday, December 15, 2011

Apple Crumb Muffins...

Assalamualaikum to all.........

N3 ni hasil dari blogwalking yang tidak disengajakan telah menemukan dengan resepi muffin ini.
Kebetulan ada beberapa biji epal hijau yang masih bergolek yang tidak berusik. Dah tak larat nak
dimakan begitu sahaja. Cadang nak dijadikan Apple Pie....tapi takut tak berabis dimakan pulak.

Walaubagaimana pun cik June nak juga buat mengikut resepi dari 'Sepanjang Jalan Kenangan' ini
dan anak-anak bolehlah dapatkan resepi dari dapur beliau.

Untuk mencuba resepi mudah beliau....jom kita ke dapur, selongkar bahan apa yang diperlukan
untuk membuatnya.

1 biji epal hijau ~ kupas kulit & dadu kecil.........

Bahan untuk crumb...


1/3 cawan gula perang
   2 sudu besar tepung gandum
   1 sudu besar mentega


~ Campurkan semua bahan dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi seakan
    serbuk roti ~ ketepikan.


Bahan untuk muffin...


(A)  1 1/3 cawan tepung gandum       )
              3 sudu teh baking powder    )  campurkan
           1/3 cawan gula halus               )


(B)  75 gm mentega ~ dicairkan  )
         1 biji telur                             )   campurkan
          1 sudu teh esen vanilla       )
      3/4 cawan susu cair                 )


Cara membuatnya...


Masukkan bahan A ke bahan B. Kaup balik secara rata. Masukkan epal hijau yang 
telah didadu tadi.
Isikan adunan 2/3 dari cawan muffin dan taburkan dengan crumbs.
Bakar guna api bawah selama 15 minit dengan kepanasan 160 darjah Celcius dan 10 
minit lagi dengan api atas dan bawah.


dalam proses pembakaran.....


Hasilnya..........tadaaaa!!


marvellous............




enak dimakan sewaktu masih panas bersama secawan teh perisa stroberi......



Dari Sprinkleofluv.....Selamat Mencuba!



Tuesday, December 13, 2011

Rendang Ayam...

Assalamualaikum to all.........

Cuaca cantik hari ni...dapatlah cik June keluar ke laman yang sekangkang kera tu meninjau tanaman
yang nampak segar bugar pulak walau tak sibuk dibelai. Tapi rumpun serai tu nampak macam serabut
pulak bila si kucing tiga beradik tu jadikan tempat permainan mereka.

Dah rupa semak samun kan?

Cik June dah kerjakan serai tu...simpan untuk stok dan yang selebihnya nak kena ditanam semula.
Kebetulan pula, daun kunyit tu cantik pulak tumbuhnya tak dimakan ulat, maka tetiba terasa nak
masak rendang pulak.

daun kunyit....

Jomlah anak-anak, kita ke dapur....sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk merendang ni.....

Serai, halia, bawang merah, bawang putih....ek? tak ada lengkuas pulak....

Kita perlukan 4 batang serai
                     10 biji bawang kecil
                       5 ulas bawang putih & 1 inci halia
Kisar bahan-bahan di atas...........

Tak apalah...kita ganti dgn ketumbar, jintan manis & jintan putih......

1 sudu makan ketumbar, 1 sudu kecil jintan manis & 1 sudu kecil jintan putih digoreng tanpa minyak dan
dikisar halus.

Kelapa parut di sangai dan tumbuk lumat untuk dijadikan kerisek.....
...dan sudah tentu bahan utamanya cik ayam...............

Cara membuatnya.......
1. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Tumis 1 senduk cili kisar dan dikacau 
    selalu hingga sedikit garing.
2. Masukkan bahan kisar dan gaul rata. Masukkan 1 ekor ayam yang talah dikerat 
    mengikut kegemaran dan dicuci bersih. Biarkan ayam sedikit mengecut.
3. Apabila telah sebati dengan rempahnya, masukkan 200 gm santan kotak. Kacau rata. 
4. Masukkan garam, asam gelugor dan gula.
5. Akhir sekali campurkan dengan kerisik dan serbuk ketumbar & jintan. Biarkan 
    kuahnya sedikit kering. 
6. Tabur dengan daun kunyit yang dihiris rampai.


Siap dah! 


Dari Sprinkleofluv.....Selamat Mencuba!