Thursday, December 29, 2011

Blended Banana Cake...

Assalamualaikum to all.......

Bersiaran lagi cik June setelah menyepi buat beberapa hari kerana menghadirkan diri bertemu teman
sama sekolah nun jauh di selatan tanahair. Semenjak ber'fb' ni ramai pulak teman sama sekolah dapt
dijejaki. Masing-masing ingin bercerita kisah selepas kami meninggalkan sekolah...maka kami telah
berpakat untuk bertemu kembali di tempat yang sama mengenang nostalgia yang kami tinggalkan.

Semasa cik June tinggal di sana dulu, cik June melintas jalan keretapi untuk ke sekolah sebagai jalan
pintas. Kadang-kadang tu guna jejantas yang disediakan...selebihnya memang menyeberang begitu
sahaja kerana kami yang selalu menggunakan laluan itu sudah arif akan jadual lalu lalang keretapi dari
Selatan ke Utara dan begitu juga sebaliknya.

Di Kluang Station itulah bermulanya tertubuh franchise yang lelain menggunakan nama 'Kluang Station'
yang sangat terkenal sekarang ini sehingga ke bandar-bandar besar. Apa yang menarik tentang Kluang
Station ini adalah rotinya yang dibakar dengan menggunakan dapur arang. Rotinya pula menggunakan
roti benggali yang harus dipotong sendiri dan kebiasaannya roti itu dipotong sedikit tebal dan disapu
dengan kaya buatan sendiri. Roti Bakar itu pula sangat sesuai dimakan bersama secawan kopi O dari
jenama Kopi Cap Televisyen.

Adoyai! Bertahun kami tinggal di Kluang dengan hanya menggunakan kopi tersebut sehingga cik June
terpaksa menyediakan stok. Bekalan seterusnya dibuat melalui anak cik June yang sedang belajar di
UTM, Skudai ketika itu. Tapi kini....sudah agak lama cik June keputusan bekalan dan perjumpaan
yang berlangsung di Kluang pada 25 Disember telah mengembalikan nostalgia tersebut apabila teman
sekolah cik June selaku host majlis perjumpaan telah membekalkan kami dengan 2 peket setiap
seorang. Alhamdulillah! Terima kasih Puan Hajah Sharifah Rohaya yang telah bermurah hati semoga
Allah sahajalah yang dapat membalas jasa baik beliau.

Aiseymen! Panjang pulak celoteh cik June hari ni. Oo ye...saja nak memperkenalkan kopi Cap
Televisyen yang famous di Kluang.........

sekarang lebih mudah kerana disiapkan dlm bentuk uncang....

Ada sesisir pisang yang cik June gunakan 4 biji sahaja untuk dibuat kek sebagai minum petang kami
nanti. Kalau tak asingkan kang habis dibedal. Sekarang ni bekalan pisang agak payah dijumpa di
kawasan tempat tinggal cik June. Haruslah merayau jauh ke Meru jika mahukan pilihan pisang yang
pelbagai jenama. Tapi yang ada ni pun okey la.........


Kalau dulu semasa kami tinggal di estate....pisang ni berlambak-lambak sampai dah tak tahu nak
digayakan. Sekarang pula...kalau boleh dimakan kulitnya pun tentu tak terbuang. Cik June cadang
nak buat Blended Banana Cake kerana prosesnya yang mudah. Resepi ini cik June dapat dari blog
Che CT klik sini. 

Blended Banana Cake....

Jika anak-anak hendak mencuba resepi mudah ini....jom kita ke dapur.........

BLENDED BANANA CAKE


Bahan-bahannya......
4 biji pisang berangan ~ dipotong kecil-kecil
180 gm minyak masak/jagung
2 biji telur 
3/4 cawan gula perang
1 1/2 cawan tepung kek (kurangkan 5 sudu) *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonat *                       (*) ayak bahan yang bertanda
5 sudu besar serbuk koko *
1/3 cawan coklat cips
sedikit badam hiris sebagai hiasan


Cara membuatnya.....
1.  Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit.
2.  Blender pisang, gula telur dan minyak. Tuang bahan ini ke dalam sebuah mangkuk 
     yang besar.
3.  Campurkan dengan bahan-bahan kering yang telah diayak tadi. Gaul rata dengan 
     kaedah kaup balik sehingga rata.
4.  Tuang ke dalam loyang yang telah digris dan dialas kertas.
5.  Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak.


Jom minum dengan kopi cap TV tadi....


Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment