Acar Nanas....cara mudah |
Hari ini kita belajar resepi Acar Nanas yang mudah, ringkas dan menyelerakan. Ketika berpuasa
cik June memang suka masak menu ini kerana ia membuka selera ketika waktu bersahur. Berbanding
dengan Paceri Nanas....Acar Nanas ini tidak kurang enaknya apatah lagi dimakan bersama nasi panas
dan gorengan ikan terubuk masin.....fengsan!
Kalau nak mencuba....jom ke dapur...............
ACAR NANAS
Bahan dan cara menyediakannya....
1 biji nanas ~ dikupas, dibersihkan dan dihiris
Nanas yg siap dibersihkan.... |
Nanas ini dicelurkan sebentar ~ apabila siap, bolehlah ditoskan.
Segenggam udang kering, tiga ulas bawang putih dan 5 ulas bawang kecil ditumbuk
lumat.
dikisar je pun boleh juga.... |
Tumis bahan kisar bersama kayu manis dan buah pelaga....tambahkan sedikit air, cuka,
garam dan gula. Biarkan ia merenih dan rasakan masam manis yang dikehendaki.
Masukkan nanas yang dicelur tadi bersama sedikit serbuk kunyit.
Akhir sekali...masukkan hirisan bawang besar, lada merah dan hijau sebagai hiasan.
hirisan bawang besar, cili merah & hijau sebagai penghias masakan.... |
Hasilnya....tadaaaa!!
Enak dimakan bersama ikan/ayam goreng...terutama sekali ikan masin....fuhhh!! |
Kepada anak-anak yang berminat....bolehlah mencubanya.
Salam sayang dari Sprinkleofluv!
No comments:
Post a Comment