N3 ni hasil dari minum petang semalam. Diambil dari dapur Che CT yang telah bermurah hati
membuat tayangan amal di Chef Dapor Sendiri dengan menu Talam Sekoteng. Nampak sangat
meriah dan cik June memang gemarkan kuih muih yang dikukus berbanding anak-anak.
Dah menjadi kebiasaan waktu kecil dulu emak cik June akan menyediakan kuih muih selain nasi
goreng atau nasi lemak atau juga mee/mihun goreng. Tapi anak-anak dan my other half tu tak
gemarkan yang manis-manis. Maka kepandaian membuat kuih-kuih talam semua ni memang lama
terkubur. Kesian cik June kan? Kuih talam terakhir cik June ialah Kuih Lapis yang warna
berselang seli merah dan putih itu. Tak sikit punya lawa ke kita buat? Orang main pandang je.
Itu pun nasib baik cik June buat half batch je pakai loyang kecik. Terpaksa la cik June makan
sorang, pagi petang siang malam untuk menghabiskannya. Serik weh!
Kali ini pun cik June dah lama menjeruk rasa nak membuatnya bila terpandang Talam Sekoteng
Che CT. Cik June pandang je gambar tu mujur tak meliur sampai menitis atas keyboard. Hisy!
Kena buat juga...half batch pun jadi la...
Jom ke dapur anak-anak.........
Alamak! Tak ada sekoteng la........... |
Dah nama pun Talam Sekoteng, kena letak sekoteng. Tapi cik June tak ada bekalan sekoteng.
Macam mana ni?
Berbekalkan keledek dua ketul yang terselit celah-celah bekalan ubi kentang , cik June teruskan
juga usaha membuatnya. Boleh la ganti dengan keledek kan?
Okey anak-anak yang nak cuba membuatnya, klik ke blog Che CT. Gantikan sekoteng tu dengan
keledek sahaja kalau tak jumpa sekoteng macam Che CT. Keledek tu haruslah dikupas kulitnya
dahulu dan dipotong dadu. Kemudian dikukus sehingga lembut/empuk baru boleh dicampurkan
ke dalam adunan.
Tadaaa....
Sengaja diterbalikkan untuk melihat hasil derhaka tadi........ |
Wah! Satu kesilapan cik June yang nyata....bila kita derhakakan resepinya....kejadiannya menjadi
kureng sempurna. Sebabnya apabila keledek yang diperlukan itu masih berbaki sedikit dari yang
diperlukan oleh resepi dan oleh kerana tak tahu nak dibuat apa lagi selepas itu nanti, maka cik June
pejam mata sebelah je la....masukkan sekali.
Lihat gambar di atas...seperti tak berlapis kan? Hah! Itu satu lagi cerita....bila cik June mula masukkan
lapisan ke dua baru perasan cik June belum warnakan lapisan itu, padahal botol pewarna sudah
sedia dikeluarkan dari kabinet.
...talam yang terlebih keledeknya...... |
Perhatikan gambar di atas yang menunjukkan ada lapisan warna kuning itu. Untuk menunjukkan
talam itu ada lapisannya, cik June cepat mencurah beberapa titik pewarna kuning dan harus
dikacau rata dengan cepat kerana proses mengukus itu telah mula memekatkan adunan. Mak ai!
Macam Wonder Woman cik June buat kerja.
Hasilnya mungkin tidak begitu menarik, namun rasanya tetap sama. Malah lemak dan manis keledek
itu menambahkan enak lapisan tepung beras tadi yang asalnya terasa macam Kuih Som-som. Tapi
okeylah....lepas hajat cik Jun dan dapat dibuat minum petang sambil duduk memandang ke tasik
seberang jalanbesar itu mencari idea menulis.
Thanks Che CT 4 sharing the recipe....... |
From Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment