Sunday, June 26, 2011

Pai Hong Kong...

Salam Hari Minggu.........

Aiseymen...lupa la nak masuk blog menu Mee Hailam pagi tadi... dah selesai semuanya
baru teringat...
tapi untuk tidak menghampakan...sebelah petang kami buat Pai Hong Kong yang ku
pelajari sejak di Tingkatan 3 lagi...
hingga sekarang semua orang menyukainya...


sedap dimakan dengan sos cili...

bersama ice lemon tea....

eat ur heart out...with love
sambil-sambil menulis mencari idea ...kebetulan hari ini dapat berhubung dengan kazen yang
tinggal jauh di utara tanahair....beliau sangat memberi galakkan dengan kegiatan yang
sedang ku ceburi sekarang ini. Kebetulan dia yang membuka bakery telah
memberi ku resepi yang menjadi kegemaran seisi rumah,
InsyaAllah....akan dipaparkan kemudian, apabila aku
berkesempatan.

Kalian yg berminat dengan resepi ini...sila layan.......

Bahan -

Tofu puff
sengkuang - diced
lobak merah - diced
Kacang panjang/peas
udang hidup - shelled & chopped
bawang besar -  chopped
egg

Cara -

Gunting permukaan tofu puff tadi menyilang.  Apabila diterbalikkan, ia akan jadi bentuk bunga.
Bersihkan isinya yg kini menjadi bahagian luar dan sumbatkan kembali ke dalam tofu puff itu.
Satukan bahan-bahan yg dicincang tadi. Taburkan sedikit garam sebagai perasa
dan pecahkan telur ke dalamnya. Gaul sebati.
Sumbat inti ini ke dalam tofu puff tadi padat-padat  dan goreng dalam minyak yg banyak
sehingga kulit luarnya kekuningan.
Angkat & toskan.
Sedap dimakan bersama cili sos.

Selamat Mencuba!

Dari dapur Setia Impian.

Pesan Kak June: Boleh juga diisi dgn apa jua inti kegemaran anda.

Saturday, June 25, 2011

Kek Gula Hangus...

Salam to all........

"Oh tidakkkk!" kedengaran oven ku yang telah lama ku bertapakan kegiatannya itu menjerit,
meraung apabila aku mencuci isi perutnya.Gila punya lama...semenjak dua menjak kegiatan memasak diberhentikan kerana tiada pelanggan yang sudi mampir ke dapur Setia Impian.

Namun, akhir-akhir ini si Adik berminat pula masuk ke dapur untuk mencuba resepi-resepi lama ku.
Macam tengahari ini tadi, tetiba dia bertanyakan pasal Kek Gula Hangus. Aku pasang je telinga
ketika dia membacakan bahan-bahan yang diperlukan.

Aku menonton 'Devdas' hari ni...hari Sabtu kan? Bila aku buat 'derk' aje...dia menyelongkar
mencari bahan. Aku mengarah dari jauh ketika dia bertanya hitu dan hini....akhirnya aku terpaksa
sama membantu untuk membuat gula hangus. First timer la katakan...karang terjirus ke lengan
siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka juga kan? Siap sediakan oven dengan suhu
kepanasan yang diperlukan, in goes the batter dan aku set masa selama 20 minit sahaja.


Fresh from the oven

Terima kasih kepada cik oven yang masih berfungsi dengan baik dan
hasilnya tidak menghampakan. Tetiba teringin nak memanggang gaya Robert Rainford  dalam
License to Grill pulak.

Inilah hasil airtangan si Adik...

Bangga nya si Adik bila trial dia menjadi...

Kepada yang hendak mencuba, sila layan....

Bahan utk dijadikan gula hangus -
1 1/2 cawan gula
1 cawan air
2 sudu besar majerin
Masak gula atas api sederhana hingga keperangan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil 
dikacau. Apabila sebati, masukkan majerin.


Bahan utk adunan -
5 biji telor
1/2 cawan susu pekat
1 cawan tepung
2 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara -
Ayak tepung bersama soda.
Pukul telor & susu pekat hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dengan gula hangus ke dalam adunan telor.
Masukkan esen vanilla & gaul rata.
Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 160C.

Selamat Mencuba!
Dari dapur Setia Impian by Chef G-da.


Pesan Kak June: Practice Makes Perfect 

Thursday, June 23, 2011

Brownie with ice-cream...



Salam to all.........

Lama x isi N3...sorry la Kak June tengah berpuasa Rejab anak beranak, so
tak prepare masakan istimewa cuma biasa-biasa untuk berbuka sahaja.

Namun, si Adik masih sibuk nak dessert. Maka beberapa jam sebelum waktu berbuka tu
bermula la aksi menyelongkar bahan-bahan apa sahaja yang boleh dijadikan
dessert untuk berbuka.

Alhamdulillah...usaha Adik tidak menghampakan kerana menjumpai
stok-stok bahan yang boleh dijadikan brownie walaupun cuma setengah adunan sahaja.

Selepas berhempas pulas dan mengecahkan kaunter dapur dan singki, akhirnya
beliau berjaya membuat seloyang brownie yang lembut dan cantik texturenya.

Tadaaa.....ini la hasilnya.

Dessert berbuka


Bahan-bahannya mudah sahaja:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan air panas
1/2 st baking powder
1st esen vanilla
1/2 st soda bicarbonate
1 biji telur

Cara:

Kukus adunan selama lebih kurang 20-25 minit. Pastikan loyang ditutup dengan foil untuk
mengelakkan air dari wap terjatuh ke atas permukaan brownie dan
mencacatkan kejadiannya.

Ketika menghidang, scoopkan ice-cream perisa kegemaran.

Selamat Mencuba!
Dari dapur Setia Impian.

Pesan Kak June: Elakkan pengambilan benda-benda berais selepas memakan
makanan berlemak.

Monday, June 13, 2011

Layered cakes...

Sebahagian yang  dapat dikongsi


Salam and morning to all.........
Semenjak dua menjak ni, setiap sambutan raya di mana-mana sahaja,
anda boleh dapati Kek Lapis Sarawak ini dengan mudah sekali.


Kek Lapis Sarawak ini ternyata sedap dan harganya juga agak mahal.
Namun, kalau dikira dengan tenaga untuk membuatnya dan usaha untuk mencari bahan-bahan
yang diperlukan agak berbaloi la dengan harganya.

Tapi, kepada yang rajin untuk mencuba di alu-alukan juga.
Kak June?
Anak menantu orang sana...sudah semestinya pelbagai lapis dan corak akan
memenuhi meja makan semasa raya nanti, InsyaAllah.


Pesan Kak June: Kalau nak makan, beli je la.
Courtesy of Natrah Hamim dari Dapur Seri Hijauan.

Sunday, June 12, 2011

Nyonya Curry Laksa...

Salam to all.....

Hari minggu yang berbahagia ini, kita layan Nyonya Curry Laksa, my version. 
Tak nak pedas, tak nak ada terung...
tak nak itu, tak nak ini...
so, tolak campur dan darab,
dapat la curry laksa sebegini.

isi ayam (disiat), taugeh dan mi

kuah kari

siap untuk dimakan

Kalau berminat, sila layan...........

Bahan yang diperlukan:

Mee kuning/ mihun ( dicelur )
Taugeh
Kacang panjang
tofu puff
fishball/fishcake
bunga kantan
terung ( optional )
santan dari 1/2 biji kelapa ( diperah dgn air rebusan ayam )
1 tin susu cair ~ utk kuah lebih creamy


Untuk dikisar: 

Cili kering ( pedas ikut suka )
bawang merah
bawang putih
lengkuas
buah keras
belacan

Cara membuatnya: 

1) Ayam direbus. Masukkan garam dan titikkan sedikit halia sebagai perasa.

2) Apabila sudah empuk, tapiskan airnya untuk dijadikan kuah dan isi ayam di siat-siat. 

3) Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan santan dan bunga kantan. Biar sampai mendidih dan masukkan
pula susu cair sambil dikacau perlahan.

4) Masukkan tofu puff, kacang panjang, terung , fishball serta fishcake.
Perasakan dengan garam dan gula.

5) Letakkan mee kuning/mihun ke dalam mangkuk. Isikan dengan taugeh dan isi ayam.
Tuangkan kuah.
Siap untuk dimakan.

Selamat Mencuba!

Pesan Kak June: Makan untuk alas perut bukan sampai naik semput.

Ice-cream Cocktail...

Salam to all.....



Dah beberapa hari ni terlupa pulak nak buat photoshoot menu yang dimasak.
Dah habis dibedal baru teringat.
Tapi okey juga la..
Dessert malam ni dari Adik, simple yet delicious and soothing.

Bahannya mudah sahaja:

Sekotak aiskrim perisa Vanilla
1 tin fruit cocktail
atau apa sahaja buah2an dalam tin kesukaan anda

Cara:

Tapiskan buah2an campuran (asingkan sirapnya)
digaul rata dengan aiskrim vanilla tadi.
Apabila siap,
simpan semula ke dalam peti ais.
Ketika menghidang, untuk lebih menarik, bolehlah dihias dengan sebiji ceri atau strawberry
atau sprinkle sahaja dengan coloured rice.

Selamat Mencuba!


Pesan Kak June: Sesuai untuk tetamu 'bidan terjun'.
 Courtesy of  Natrah Hamim dari dapur Seri Hijauan. 

Friday, June 10, 2011

Puding segera...



Laici dan potongan agar-agar

Salam........

Oleh kerana cuaca panas yang melanda sekarang ini, kami sekeluarga
coming up with an idea untuk puding segera sebagai dessert kami selepas makan malam.
Bahannya mudah sahaja....

I tin buah-buahan kegemaran
1 tin susu cair
potongan agar-agar
ketulan ais

Cara:
Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas yang besar dan digaul rata.
Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba!


Pesan Kak June: Kalau sedap kongsi dengan teman,
jika tidak, simpan buat kenangan.