"Oh tidakkkk!" kedengaran oven ku yang telah lama ku bertapakan kegiatannya itu menjerit,
meraung apabila aku mencuci isi perutnya.Gila punya lama...semenjak dua menjak kegiatan memasak diberhentikan kerana tiada pelanggan yang sudi mampir ke dapur Setia Impian.
Namun, akhir-akhir ini si Adik berminat pula masuk ke dapur untuk mencuba resepi-resepi lama ku.
Macam tengahari ini tadi, tetiba dia bertanyakan pasal Kek Gula Hangus. Aku pasang je telinga
ketika dia membacakan bahan-bahan yang diperlukan.
Aku menonton 'Devdas' hari ni...hari Sabtu kan? Bila aku buat 'derk' aje...dia menyelongkar
mencari bahan. Aku mengarah dari jauh ketika dia bertanya hitu dan hini....akhirnya aku terpaksa
sama membantu untuk membuat gula hangus. First timer la katakan...karang terjirus ke lengan
siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka juga kan? Siap sediakan oven dengan suhu
kepanasan yang diperlukan, in goes the batter dan aku set masa selama 20 minit sahaja.
Fresh from the oven |
Terima kasih kepada cik oven yang masih berfungsi dengan baik dan
hasilnya tidak menghampakan. Tetiba teringin nak memanggang gaya Robert Rainford dalam
License to Grill pulak.
hasilnya tidak menghampakan. Tetiba teringin nak memanggang gaya Robert Rainford dalam
License to Grill pulak.
Inilah hasil airtangan si Adik... |
Bangga nya si Adik bila trial dia menjadi... |
Kepada yang hendak mencuba, sila layan....
Bahan utk dijadikan gula hangus -
1 1/2 cawan gula
1 cawan air
2 sudu besar majerin
Masak gula atas api sederhana hingga keperangan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil
dikacau. Apabila sebati, masukkan majerin.
Bahan utk adunan -
5 biji telor
1/2 cawan susu pekat
1 cawan tepung
2 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara -
Ayak tepung bersama soda.
Pukul telor & susu pekat hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dengan gula hangus ke dalam adunan telor.
Masukkan esen vanilla & gaul rata.
Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 160C.
Selamat Mencuba!
Dari dapur Setia Impian by Chef G-da.
Pesan Kak June: Practice Makes Perfect
5 biji telor
1/2 cawan susu pekat
1 cawan tepung
2 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara -
Ayak tepung bersama soda.
Pukul telor & susu pekat hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dengan gula hangus ke dalam adunan telor.
Masukkan esen vanilla & gaul rata.
Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 160C.
Selamat Mencuba!
Dari dapur Setia Impian by Chef G-da.
Pesan Kak June: Practice Makes Perfect
No comments:
Post a Comment