Sunday, June 12, 2011

Ice-cream Cocktail...

Salam to all.....



Dah beberapa hari ni terlupa pulak nak buat photoshoot menu yang dimasak.
Dah habis dibedal baru teringat.
Tapi okey juga la..
Dessert malam ni dari Adik, simple yet delicious and soothing.

Bahannya mudah sahaja:

Sekotak aiskrim perisa Vanilla
1 tin fruit cocktail
atau apa sahaja buah2an dalam tin kesukaan anda

Cara:

Tapiskan buah2an campuran (asingkan sirapnya)
digaul rata dengan aiskrim vanilla tadi.
Apabila siap,
simpan semula ke dalam peti ais.
Ketika menghidang, untuk lebih menarik, bolehlah dihias dengan sebiji ceri atau strawberry
atau sprinkle sahaja dengan coloured rice.

Selamat Mencuba!


Pesan Kak June: Sesuai untuk tetamu 'bidan terjun'.
 Courtesy of  Natrah Hamim dari dapur Seri Hijauan. 

No comments:

Post a Comment