Salam to all.........
Lama x isi N3...sorry la Kak June tengah berpuasa Rejab anak beranak, so
tak prepare masakan istimewa cuma biasa-biasa untuk berbuka sahaja.
Namun, si Adik masih sibuk nak dessert. Maka beberapa jam sebelum waktu berbuka tu
bermula la aksi menyelongkar bahan-bahan apa sahaja yang boleh dijadikan
dessert untuk berbuka.
Alhamdulillah...usaha Adik tidak menghampakan kerana menjumpai
stok-stok bahan yang boleh dijadikan brownie walaupun cuma setengah adunan sahaja.
Selepas berhempas pulas dan mengecahkan kaunter dapur dan singki, akhirnya
beliau berjaya membuat seloyang brownie yang lembut dan cantik texturenya.
Tadaaa.....ini la hasilnya.
Dessert berbuka |
Bahan-bahannya mudah sahaja:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan air panas
1/2 st baking powder
1st esen vanilla
1/2 st soda bicarbonate
1 biji telur
Cara:
Kukus adunan selama lebih kurang 20-25 minit. Pastikan loyang ditutup dengan foil untuk
mengelakkan air dari wap terjatuh ke atas permukaan brownie dan
mencacatkan kejadiannya.
Ketika menghidang, scoopkan ice-cream perisa kegemaran.
Selamat Mencuba!
Dari dapur Setia Impian.
Pesan Kak June: Elakkan pengambilan benda-benda berais selepas memakan
makanan berlemak.
No comments:
Post a Comment