Monday, December 12, 2011

Rojak Tauhu...

Assalamualaikum to all.......

Mohon maaf ye anak-anak sebab cik June dah lama tak bersiaran. Setiap hari tu masak juga tapi menu
biasa-biasa sahaja. Nak dimasukkan untuk dijadikan N3 macam tak sesuai pulak.

Hari ni pun masak biasa juga....ikut selera tekak. Semalam di dinding group Chef Dapor Sendiri, cik
June terpandang lauk jenganan yang di pos oleh Hazizah Baba. Katanya jenganan tu makanan rakyat
Singapura, pecal tu pula dari masyarakat Johor. Entahlah ye...kena buat kajian tentang asal usul
makanan pulak lepas ni.

Budak sekarang ni main 'ngap' aje...tak ambil kisah. Sebab ibu-ibu dan surirumahtangga sekarang sudah
pandai melayan kerenah dan kehendak makan anak-anak mereka walaupun diminta masak makanan
barat. Bukan payah sangat pun, google je. Yang mustahak sifat RAJIN dan MALAS sahaja.

Tapi menu cik June hari ni memang belum ada tersimpan di dalam blog ini selama cik June berbloglah.
Oleh yang demikian, cik June teringin nak simpan resepi ini buat rujukan anak-anak di masa akan
datang.

Rojak Tauhu sebagai pembuka selera.............

Jom kita selongkar esbok apa yang ada untuk bahan rojak ini......
Untuk resepinya, cik June bawak anak-anak ke Dapur Tanpa Sempadan milik CMG. Beliau ada resepi
untuk kuah rojaknya.

Mohon halal ye Mat....ini kira tak secara langsung akak promosi blog Mat untuk rujukan anak cucu.
Tapi ada perbezaan kuah tersebut, kerana pembuatannya bergantung kepada si pemakan, ok? Cik
June ni jenis yang tak tahan pedas....so, kita letak cili sikit-sikit aje buat perasa. Siapa yang suka nak
makan sambil nanges-nanges tu, silalah tambah dengan cili padi terus.

Walaubagaimana pun cik June rakamkan ribuan terima kasih atas usaha sama dengan blog CMG ni.
Anak-anak yang berminat nak cuba, sila ke Dapur Tanpa Sempadan untuk resepinya.

Dari Sprinkleofluv.....Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment