Thursday, December 22, 2011

Crunchy Almond Cookies...

Assalamualaikum to all......

sibuk juga nak Christmas....

Mak ai...orang lain yang nak sambut Christmas...rumah cik June pun sama sibuk juga. Ini kes asyik
menonton channel afc....semua dok tayang buat biskut...jadi anak-anak cik June pun tetiba datang
semangat rajin hendak mengkukis.

suka betul dia menyepah...

Lantak mereka la kan...asalkan dah sudah kemas. Cik June tak kisah asalkan mereka bahagia.
Acuan yang dipih pun mengikut tuannya...besar-besar.

"Mama! Tak ada yang lagi besar ke?"

"Ai? Nak besar mana lagi?"

"Kat TV tu biskutnya besar-besar..."

"Adoyai! Pakai ajelah acuan mana yang ada tu...kalau tak gentel atau tepek aje kat dulang tu..."

aik? menatang apa yg kat ujung tu?

"Ma! akak sibuk gentel buat tulisan Korea!!"

"Suka hati korang la...jangan tak dimakan sudah.."

Haish!! Cik June kerja sensorang kat dapur tu senyapppp aje. Kena masuk dua beradik ni...macam
perang Iran/Iraq. Mana bertaburan lagi.............

Macam baru lepas perang kan?

si kakak terlupa tepek badam tapi dah siap dibakar....

Ada diantara anak-anak yang ingin mencuba resepi mudah ini? Jom kita selongkar dapur....

CRUNCHY ALMOND COOKIES
Bahan-bahannya.........
260 gm mentega
120 gm gula icing
1 camca teh esen vanilla
~ Putar bahan di atas hingga sebati.


250 gm tepung gandum
130 gm tepung jagung
60 gm serbuk badam
40 gm Nestum ~ dikisar
~ Campurkan bahan di atas ke dalam bahan yang diputar tadi sedikit demi sedikit. 
   Uli hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
   Canai dan terap.


Kuning telur dan badam hiris secukupnya untuk hiasan.
Bakar pada suhu 175 darjah Celcius selama 20 minit.


Mudahkan? Perhatikan resepi ini tidak memerlukan telur di dalam adunannya. Seeloknya di canai
nipis sahaja sepertimana yang dicadangkan. Mungkin sebab itu namanya 'crunchy'.

Alhamdulillah...dapat buat minum petang...

Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment