Muahaha....
Bagi cik June gelak guling-guling jap.
Ambik kau! Terponggeng balang biskut jadinya..... |
Ez konon?
Memang senang pun kalau breakfast macam ni. Lagi-lagi tinggal sendirian...nak masak macam-macam
tak ada siapa yang nak makan. Bersusah payah di dapur menyiapkan bahan...tapi tiada siapa yang nak
menghabiskan, selain dapat dibuat tatapan. Membazir kan?
Lagipun kebetulan pula cik June ni kena sakit perut setelah melantak sensorang Rojak Tauhu yang
dibuat semalam. Perut 'made in Japan' ~ dulu arwah ayah pernah cakap. Jadi untuk breakfast hari ini,
untuk mengalas perut yang dah dan dipaksakan kosong tadi, cik June makanlah apa yang patut, yang
tak ada sumber-sumber diperbuat bercampurkan cili/lada atau apa sahaja yang sewaktu dengannya.
Kesian kan?
Breakfast apa tu?
...biskut cracker bersama creamy peanut butter..... |
Bila sakit perut, kena minum teh o pekat...bersama biskut cream craker. Kalau ikutkan peanut butter tu
pun tak boleh tapi apa ada rasa kalau dimakan begitu sahaja? ~ macam lembu makan rumput ~ itu ayat
my Other Half kalau tak ada masakan pedas.
Okaylah....nak berehat jap. Kalau perut terasa sihat, insyaAllah, tentu ada resepi yang akan diupload
untuk N3 seterusnya.
From Sprinkleofluv ~ Salam Sayang!
No comments:
Post a Comment