Nasi Ayam..... |
Menu ringkas dan mudah seperti biasa dari dapur cik June untuk memudahkan anak-anak
untuk mencubanya.
Penyediaannya sama sahaja, cuma ketiadaan beberapa bahan ulaman yang menjadikan
resepi itu berlainan dari yang biasa dilihat di dapur-dapur blogger masakan yang hebat.
Resepi mudah ini sudah dipraktikkan sejak cik June mula menjejakkan kaki ke dapur....
sehinggalahsekarang. Anak-anak gemarkan resepi ini sahaja...kalau ubah sana sini, mulalah
mulut masing-masing yang tak berinsurans itu gatal bertanya.
Jom kita ke dapur...intai apa yang ada untuk membuat Nasi Ayam ini......
NASI AYAM.....
Bahan-bahannya...
4 cawan beras ~ dicuci dan ditoskan
1 ekor ayam ~ potong ikut suka
daun salad, timun, tomato dan daun sup + daun bawang
cili merah + cili api (bagi yang suka pedas)
bawang putih
bawang goreng
sos tiram, sos tomato & kicap
rempah sup tulang & halia
Cik June suka menggunakan rempah sup ini....... |
Cara menyediakannya...
1. Rebus ayam dengan sedikit halia yang siap diketuk. Masukkan rempah sup tulang
dan taburkan dengan sedikit garam. Biar air rebusan ayam itu menggelegak dan
ayam itu benar-benar masak.
2. Kecilkan api...ambil ayam satu persatu dan ditoskan. Lomorkan ayam dengan sos
tiram dan sedikit kicap. Perap sebentar.
3. Tuang air rebusan ayam ke dalam periuk nasi mengikut sukatan air biasa kita
menanak nasi dan taburkan sedikit kunyit serbuk (sedikit sahaja) sebagai pewarna.
Gaul rata dan tanak seperti biasa.
4. 10 tangkai cili merah + 10 tangkai cili api + 5 ulas bawang puteh ~ dikisar halus.
Masak di atas api kecil. Masukkan sekali garam dan gula sebagai perasa dan sos
tomato untuk memekatkan kuah.
Bahan untuk sos.... |
5. Tutup api setelah mendapat kepekatan dan rasa masam manis yang dikehendaki.
6. Lebihan air rebusan tadi boleh ditambah dengan air lagi dan masukkan beberapa
kiub pati ayam untuk menambah rasa. Taburkan dengan bawang goreng, daun sup
+ daun bawang. Jika suka boleh tambahkan dengan fishball, potongan carrot, batang
celery atau taugeh.
Letaklah apa yg ada...jgn takut sbb rasa tetap sama.... |
yang besar. Goreng sekejap sahaja untuk menggaringkan kulit luarnya.
8. Setelah siap bolehlah dihidang.
Siap untuk dimakan........ |
Mohon maaf ye...sebab cik June masak mengikut bahan apa yang ada dalam stok.
Kalau nak tunggu ada daun salad, timun , daun sup + daun bawang untuk membuat
Nasi Ayam ini...kena ke Speedmart atau Tesco yang berdekatan. So far...tiada siapa
yang berani komplen sebab dia orang hanya tinggal 'ngap'!
Jangan takut mencuba kerana 'Practice Makes Perfect'.
Dari Sprinkleofluv ~ Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment