Wah! Lama tak bersiaran cik June ni ye? Kemain lagi dia.......
Sepertimana yang selalu cik June beritahu....rumah ni memang jarang berasap dapurnya.
Hujung mingguselalunya kami JJCM la...guna dapur kedai/restoran. Sesekali kalau suka nak
melepak di rumah....baru kami asapkan dapur tu.
Lagi-lagi sekarang ni dah masuk musim kenduri kahwin.......kita makan kenduri je la. Siapa yang
ada di rumah tu yang nak kena dimasakkan? Maka basi la dapur Setia Impian ni buat seketika.
Chilli crab...... |
ketam. Kebetulan pula cik June terjumpa la ketam tak berapa ekor yang tinggal semasa meronda
pasaraya dekat depan rumah tu. Dah tinggal yang kecik-kecik je.....tapi teringin juga nak kesip-kesip
macam kata yateasybakes.
Kebetulan cuaca pun sejuk aje sejak beberapa hari ni......so, cik June masak goreng bercili yang tak
berapa nak pedas la. Karang nak kesip tersedak pulak, kan?
Untuk anak-anak yang belajar tadi...cepat salin resepi mudah ini.......
Bahan:
3 ekor ketam ~ dibersihkan mengikut cara masing-masing
1 senduk kecil/ 3 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih *
5 biji bawang merah *
1/2 inci halia*
*dikisar
2 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar asam jawa Xtra
Cara memasaknya:
1. Panaskan kuali....masukkan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar. Biar sedikit garing.
2. Masukkan pula serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau hingga rata. Jika sukakan
berkuah, boleh ditambah dengan air.
3. Biar menggelegak sekejap, baru masukkan ketam, garam, asam jawa dan gula mengikut cita
rasa masing-masing.
4. Tutup kuali untuk 3 minit supaya ketam mesra dengan rempah. Balik-balikkan sebentar sebelum
tutup apinya.
Dari dapur Setia Impian......Cer try!
No comments:
Post a Comment