Jangan marah hah...nanti kena jual...
Saja nak tukar tulisan jadi besar-besar supaya senang
dibaca. Maklum...blog untuk budak yang baru nak belajar
ke dapur.
Anak-anak N3 hari ni...hasil intaian ke dapur mamawandiha. Resepi mudah untuk anak-anak tapi cik June ubahsuai fillingnya mengikut apa yang ada dalam esbok kat rumah cik June pagi ni.
Kan dah cakap hari tu...nak breakfast pizza. Tapi resepi yang diberi oleh mamawandiha ini rasanya lebih mudah. Tak payah nak menguli dan diperam bagai.
Cik June cuma ikut bahan untuk dough sahaja.
Hasilnya memang mempesonakan...tak caya cer try!
Bahan.....
2 biji telur
1 cawan susu
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
1/2 sudu teh garam
~ gaul sebati semua bahan di atas.
Bahan untuk filling.....
1 biji bawang besar di dadu
3 ulas bawang putih di cincang/tumbuk
1 cawan daging cincang
1 cawan sayur campur
2 sudu besar rempah kari
garam & keju secukupnya
Cara menyediakannya......
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar yang didadu tadi. Masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan air terlebih dahulu dan dikacau rata.
2. Masukkan pula daging cincang dan sayur campur. Biar daging dan sayur empuk, kemudian taburkan garam.
3. Bila masak angkat dan tuangkan ke dalam loyang dan
diratakan. Tutup dengan keju di atas permukaannya dan tuangkan bancuhan dough tadi. Jika suka boleh ditambah dengan hirisan capsicum dan cendawan butang dan taburkan lagi dengan keju parut di atasnya.
4. Bakar dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada 180 Celcius selama 25 minit.
5. Siap dan boleh dimakan.
Inilah hasilnya.... |
Untuk MaDiHa aka Ratna, cik June ucapkan terima kasih kerana berkongsi resepi yang mudah dan enak ini.
Dari dapur Setia Impian, Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment