Dah beberapa hari teringin nak makan chicken pie tapi nak kena tunggu ramai orang di rumah ni
baru boleh buat. Jadi Cik June ambil kesempatan di hujung minggu lepas semasa anak-anak datang
untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran Cik June yang dah masuk separuh abad ini untuk
membuatnya.
Kebetulan mereka sampai, elok pai siap dibakar dan masih panas di dalam oven.........
Chicken Pie........ |
Apalagi......sesuai dijadikan sarapan. Tak payah la nak buat majlis formal kan...kita orang anak
beranak aje.
Ok....jom ke dapur kita semak resepi mudah Cik June.............
Bahan.........
1 peket Roti Pratha jenama Kawan ~ utk kulit pai
Untuk intinya...........
100 gram mentega
1 biji bawang besar ~ dicincang
2 ulas bawang putih ~ dititik
250 gram isi ayam ~ dipotong dadu
250 gram krim putar
1 biji cili benggala hijau/kuning/merah ~ dipotong dadu
100 gramm kacang peas
2 sudu makan tepung jagung
1 tin cendawan butang ~ dihiris
garam, dula dan lada sulah
Cara menyediakan intinya.............
1. Panaskan mentega dalam periuk dan tumiskan bawang putih dan bawang besar. Bila layu,
masukkan isi ayam dan masak seketika.
2. Campur krim putar dan tepung jagung dan biarkan masak hingga pekat.
3. Kemudian masukkan cili benggala, cendawan butang, kacang peas, garam, lada sulah dan
gula sebagai perasa.
4. Tuang inti ke dalam acuan pai dan bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 30 minit.
Cara menyediakan kulit pai..........
Terap sekeping roti pratha mengikut besar acuan. Masukkan inti pai tadi dan tutup dengan
adunan pratha yang diterap sama besar dengan mangkuk acuan. Lekatkan hujungnya dan disapu
dengan kuning telur sebelum dibakar.
Ah! Siap utk dimakan bersama satu mug coklat panas...... dah macam dekat Starbuck pulak. From Sprinkleofluv.....Selamat Mencuba! |
No comments:
Post a Comment