Setiap hari memang cik June ni tinggal sorang-sorang menghabiskan hari dengan menulis. Masih tak siap-siap cerita ni sampai Steve Jobs pun dah pergi meninggalkan kita. Apa kena mengena dengan Steve Jobs ni pulak eh? Bukan dia pandai baca novel Melayu pun, kan?
Oleh kerana idea tu tengah ada...maka cik June malas la nak masak macam-macam. Masak pun hanya untuk mengisi perut yang kosong aje jangan sampai kena gastrik pulak.
Maka cik June goreng mee je la...
Mee goreng ni sesuai bagi mereka yang kebetulan memang malas nak keluar mencari bahan lengkap buat menggoreng mee.
Jom anak-anak...sesiapa yang nak mencuba 'mee goreng malas' cik June ni...cepat salin resepinya....
Bahan....(untuk seorang)
Mee kuning atau apa sahaja yang sewaktu dengannya.
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 ekor udang
1 biji telor
sedikit cili kisar
sedikit kicap manis
segenggam taugeh atau boleh juga ditambah dengan sayur-sayuran lain jika suka
garam dan minyak untuk menumis
Cara menyediakannya....
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan
cili kisar tadi.
2. Bila garing, masukkan udang dan gaul rata...ketepikan sikit
dan pecahkan pula telur. Bila telur sedikit masak, gaul rata
dengan bahan yang ditumis tadi.
3. Masukkan mee, gaul rata. Renjiskan sedikit kicap manis dan
garam sebagai perasa.
4. Akhir sekali, campurkan dengan taugeh. Balik-balikkan sekejap
dan tutup apinya.
Boleh dihidang bersama cili jeruk.
Dari dapur Setia Impian...Cer try!
No comments:
Post a Comment