Monday, September 24, 2012

Roti Jala..

Assalamualaikum to all......

Seawal jam 5.30 pagi mata cik June dah macam jam loceng terbuka sendiri, tak perlu nak kenyit-kenyit mata mengerling jam di sisi katil melihat pukul berapa tika itu untuk mencari peluang melelapkan mata barang sekejap lagi.

Ceh! Minda secara automatik memutar jadual apa yang akan dilakukan pagi itu. Usai solat Subuh, lengan baju terus disingsing ke paras siku, * kalau pakai baju berlenganlah * untuk memulakan aktiviti senam pagi.

Tadaaa......


Roti Jala....


Hasil minda yang bekerja keras mengingat apa sarapan yang harus disediakan, dua tangan cepat menarik bekas tepung yang tersimpan di dalam lemari kabinet sebelah bawah. Ayak dicapai dan dua cawan tepung dicedok. Telur dalam raga berbentuk ibu ayam itu dicuri sebiji dan dipecahkan di tengah-tengah tepung yang siap berayak tadi. Taburkan sedikit garam dan gaul rata bahan sambil dituangkan perlahan dengan setengah cawan susu cair. Untuk mendapatkan adunan yang lebih halus, masukkan ke dalam blender dan trrrrrrrr!!
Tambah air jika adunan kelihatan pekat, bimbang nanti tidak terlepas keluar dari acuannya.

Bunyi nyaring blender yang berusia lebih sepuluh tahun itu mengejutkan anak yang sepatutnya sudah pun masuk ke bilik mandi tapi masih sempat melengkar di sofa menyambung tidur yang tidak cukup waktunya.
Siapa suruh malam-malam berjaga macam burung hantu, kan? Tambahan Astro masih meneruskan tayangan percumanya, entah untuk berapa hari lagi...isy...isy...isy!

Adunan yang telah siap tadi dibahagi kepada dua bahagian. Entah tak tahu kenapa rajin sangat nak lakukan kerja sedemikian? Satu bahagian dengan warna asalnya dan sebahagian lagi cik June letakkan dengan pewarna hijau. Warna kegemaran daku. Lihatlah bekas pun warna hijau...hehehe

Dengan berbekalkan pan jenama Tefal berukuran 30cm, cik June tebarkan percubaan pertama.........


tebaran pertama...


Nampaknya adunan sedikit cair. Tapi cik June teruskan sahaja usaha kerana mengejar masa. Kalau nak tambah tepung nak kena matikan api dulu, kan? Kirim salam...
Lagipun untuk sendiri makan sahaja dan kalau dah masuk ke perut pun lagi haru rupanya.

Sementara itu, tung tang tung tang...1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 1/2 inci belacan ditumbuk lumat. Kuali ditenggekkan di atas tungku sebelah lagi. 3 sudu minyak masak dimasukkan. 1 batang serai dititik dan dicampak ke dalam kuali tadi bersama bahan tumbuk. Gaul perlahan dan masukkan pula 1 cawan cili kisar. Masukkan 1 camca teh asam jawa Xtra, sedikit garam dan sedikit gula untuk mengimbangi rasa. Biarkan merenih......

Apabila sambal mulai kering, masukkan 15 ekor udang bersaiz XXL...itu Tesco yang tulis, cik June ikut aje...kihkihkih....
Masukkan bawang besar yang dihiris bulat ..jika suka, kalau tak nak tak apa.. Baik-balikkan sekejap dan tutup apinya.



Oops! Cik June guna kari ayam semalam je...


Jemput Menjamu Selera!


No comments:

Post a Comment