Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anak-anak yang disayang....
Hari ni cik June bersarapan dengan Lontong Darat. Tapi belum dapat hendak dikongsi gambarnya dengan anak-anak lagi. Cik June kena merehatkan diri sekejap selepas bersilat di dapur mengejar masa anak-anak cik June yang mahu membawa bekal ke pejabat dan ke kelas mereka.
"Pak cik kantin ada skandal la ma..." ujar si Kakak semasa pulang dari kerja petang itu dan terus meluru ke dapur menyelongkar periuk mencari apa yang mahu dimakan. Serta merta dia memetik suis dapur memanaskan Sup Ayam yang ayamnya cik June belah empat aje.
Ish...ish...ish! Ingatkan dato'-dato' aje yang rajin ada skandal. Pak cik kantin pun nak berskandal juga?
"...budak-budak semua komplen...dia dah malas nak masak," sambung Kakak lagi mengisi Mihun ke dalam mangkuk. Taugeh, kacang goreng, daun bawang dan bawang goreng ditabur sesuka hati. Mangkuk dibawa dekat ke periuk di tungku dapur yang dipanaskan awal tadi. Hah! Amekaw....terbongkang quarter chicken di dalam mangkuknya. Dia kemudian mencurahkan sambal kicap.
Kriut! Bunyi kerusi ditarik.
Patahlah kaki kerusi tu tak lama lagi, bisik hati cik June apabila telinga yang mendengar tadi memberitahu.
Baju kurung ditarik ke pinggang. Mujur pakai kain...hehehe
Kakak cepat menadah tangan membaca doa dan...................*senyap* hanya kedengaran bunyi dia meniup mihun yang sudah panas kerana bercampur dengan sup tadi.
Semenjak dari hari itu, selepas solat Subuh memang cik June tidak akan dapat hendak terus berFB atau menulis. Tetapi alhamdulillah....manuscript untuk dua buah novel telah siap dihantar. Mudah-mudahan pada Pesta Buku tahun depan, cik June dapat sama memeriahkan mempromosi novel terbaru. InsyaAllah.
Tajuk N3 cik June hari ini sebenarnya hendak berkongsi cerita tentang pengalaman beberapa malam yang telah berlaku di dalam rumah cik June.
Lepas makan malam, si Adik sibuk minta melanggan Astro Best.
"Ma! Nak tengok Avengers, boleh tak?
"Tengoklah..." Jawab cik June yang sedang menulis di meja makan berdekatan.
"Astro Best kena beli la cerita dia..." si Adik minta kebenaran. "...sepuluh hengget satu cerita."
"Astro tu abang yang bayar bilnya...kalau nak kena beritahu abang."
Adik 'Whatsapp' abangnya, 'Abg..adik amek avengers nnt adik byar rm10...'
Abang Long, 'OK tengoklah puas-puas'
Lepas tu mesej dari 32999 masuk. RM0.00: You have purchased Astro Best Movies for RM10.00. Enjoy your movie on ch.471, 475 after 5 mins. Your entitlement will expire on 14/09/2012 at 8.08 PM.
Malam itu adik dan kakak berpuas hati menonton lagi dan lagi....
Kami bergelimpangan tidur di ruang tamu, depan TV aje. "Mama tidur sini ajelah...teman kita orang," pinta adik.
Cik June yang kebetulan memang lambat tidurnya kerana idea sedang datang melimpah ruah itu, sama melengkar di situ.
Tiba-tiba cik June terbau sesuatu yang hangit menyucuk hidung. Apabila cik June buka mata, ruang tamu itu sudah gelap dan TV juga sudah dimatikan.
"Apa yang bau hangit ni?" cik June mengomel sambil mahu bangun melihat.
"Ma...pukul 3.00 pagi..." suara Kakak yang tidur di sofa itu memberitahu.
Cik June terus berbaring semula kerana masih teringat kisah 'Emily Rose' sebuah kisah benar tentang seorang pelajar di hostel, dirasuk ketika bangun jam 3.00 pagi terhidu bau hangit.
Biasanya cik June akan bangun untuk melakukan solat Tahajud jika tersedar waktu itu tapi malam itu rasa takut pulak. Memang kita patut takut hanya pada Allah, tetapi bab yang ini takut dirasuk...kalau dah terkena tu si mangsa bukan ingat apa-apa, malah menyusahkan orang lain pula, kan?
Malam esoknya, si Adik yang masih sibuk menonton Avengers itu terdengar bunyi orang mencuci bilik air di tingkat atas. Dia jadi tambah takut dan tidak berani tidur di bilik sendiri.
"Ala...ada cina mati dekat rumah blok belakang tu," Cik June beritahu menghilangkan rasa takut mereka. "Rohnya merayau, itu yang dia datang tolong cucikan bilik air. Malam esok dia cuci bilik air bawah pulak."
"Mama!!"
Biasalah...cina kalau mati memang lambat hendak ditanam. Khemah yang didirikan di jalan depan rumahnya itu sudah berhari-hari. Tapi alhamdulillah....masuk hari yang ketujuh semalam, sudah pun diarak meriah untuk dibawa ke tanah perkuburan dengan sebuah banglo dan kereta yang besar sebagai bekalan si mati.
Pratice Makes Perfect: Ingat sebelum kena......
Salam Juma'at!
No comments:
Post a Comment