Cik June mulai N3 di pagi Isnin ini dengan Nasi Goreng Pattaya.
Buatan sendiri adalah lebih terjamin kesedapannya....hehehe |
Masih ada nasi berbaki semalam kerana tiba-tiba tekak nak makan burger jalanan.
"Ini kalau singgah McD sedap.." kata si Kakak petang semalam.
"Tak naklah burger McD...kering sangat. Kalau dapat burger jalanan yang macam dekat setesen bas Merlimau dulu...pergh!" cik June pula bukak cerita mengimbau kenangan semasa kami tinggal di Merlimau.
Dua beradik perempuan ni bersekolah di Sekolah Menengah Dang Anum...bila cik June jemput mereka balik dari sekolah, mesti belok masuk ke setesen bas pekan kecil Merlimau itu untuk membeli burger jalanan. Mak cik yang menjualnya itu tidak lokek meletakkan sosnya. Itu sebab bila dibungkus panas-panas, burger yang hanya berharga rm1.20 itu menjadi sangat sedap. Juicy gitu!
"Jomlah!" ajak si Kakak.
Maka kami pusing satu Setia Prima, iaitu kawasan rumah kedai yang kadang-kadang ada beberapa orang anak muda menggunakan van menjual bermacam jenis burger. Tapi malam tadi yang menjualnya orang lain pula. Menurutnya dia memang ambil port depan 7Eleven yang dibuka 24 jam itu.
Alhamdulillah! Dapatlah melepaskan hajat merasai burger jalanan di Setia Alam ini. Jadi, nasi yang tidak dimakan malam tadi itu cik June jadikan nasi goreng. Untuk menambah kesedapan dan untuk menarik minat si pemakan, cik June bungkus dengan telur dadar dan tadaaaa...........
Nasi Goreng Pattaya... |
Dua biji telur bersaiz besar di tepuk perlahan dan ditebar di dalam non stick kuali. Golek-golekkan sikit kuali itu agar telur tadi melebar kejadiannya. Bila agak mengeras, masukkan sesenduk besar nasi goreng dan dilipat menutupi nasi. Boleh dihias dengan salad, timun dan tomato sebagai sajian sampingan jika ada. Jika tidak, begini sahaja pun sudah memenuhi citarasa..hehehe
Adik yang bersiap awal untuk ke kelas memberitahu, "...mama, Adik puasa hari ni."
Oooo ye ke?
"Exam habis kol 12.00," katanya sambil menyarung kasut.
"Okay...good luck!"
Lepas balik dari morning walk mengelilingi Tesco dan KFC...cik June duduk menghadap Nasi Goreng Pattaya yang tidak diusik oleh Adik. Tak makan nanti basi pulak....
Bismillah...cik June jadi tong sampah menghabiskan apa yang berbaki di rumah kerana nak tunggu Kakak dia akan hanya pulang petang nanti dan Adik yang berpuasa itu tidak akan memakannya waktu balik tengahari. Isy! Membazir aje buat morning walk tadi........
Bon Appetit!
No comments:
Post a Comment