Claypot Japanese Tofu... |
Pernah dengar tak? Ini macam sejenis sup jugalah....kalau ada jamuan di hotel, mereka akan menghidangkan shark fin's soup atau sup sirip ikan yu. Tapi cik June buat versi yang murah dan mudah sahaja. Kalau demam dan rasa tidak enak badan, anak-anak boleh mencuba membuatnya. Mudah saja.....
1) Tumis 2 ulas bawang putih yang sudah di ketuk/cincang bersama hirisan isi ayam.
2) Masukkan pula carrot, brokoli, cendawan dan baby corn. Goreng sekejap biar layu.
3) Masukkan air ikut keperluan. Tutup claypot dan biarkan mendidih.
4) Sementara itu di bekas lain, gorengkan tauhu Jepun yg telah dihiris anggaran 1/2 inci tebal. Biarkan kuning di bahagian sebelah, baru diterbalikkan sebelah lagi.
5) Apabila sup sudah mula mendidih, perlahankan api. Bancuh sedikit tepung jagung dgn air dan masukkan ke dalam sup tujuan utk memekatkan kuah.
6) Tepuk sebiji telur, curahkan ke dalam sup dan digaul biar rata. Letakkan perisa pati ayam dan lada sulah.
7) Akhir sekali, masukkan tauhu Jepun yang telah digoreng tadi. Taburkan bawang goreng jika suka.
dimakan bersama nasi panas.... |
Mantops! Wa cakap lu.....
Tambah lagi dimakan bersama dengan terubuk masin, pergh! Nampak si Adik tak banyak songeh dengan hidangan malam itu. Cik June yang menyediakannya pun sama senang hati dan menambah berulang kali. Sesuai juga dijadikan santapan buat cucu-cucu yang datang bertandang, cik June mula terfikir.
Claypot entah zaman bila itu cik June jumpa masa mengemas almari kabinet. Jauh duduknya terpelosok ke belakang. Esok-esok boleh digunakan lagi untuk menu yang memerlukan penggunaannya.
Bon Appetit!
No comments:
Post a Comment