Hari ni kita belajar masak Laksa Sarawak ye anak-anak. Semalam cik June pos gambar je. Terlupa
segmen WW tu dikhaskan untuk cik June punya pet.
Entri hari ini cik June sambung update untuk resepinya kalau ada sesiapa yang teringin hendak membuat
Laksa Sarawak pulak.
Laksa Sarawak ini hasil dari dapur Seri Hijauan semasa kunjungan cik June ke rumah DIL waktu
cuti Tahun Baru Cina. DIL cik June ni memang berasal dari Sarawak, maka sudah tentu dia akan
promote makanan Sarawaknya.
Menurut ibunya Puan Halimah, Laksa Sarawak ni sangat mudah dibuat berbanding dengan Laksa
Johor yang memerlukan banyak bahan untuk membuatnya. Untuk Laksa Sarawak ini Puan
Halimah menggunakan bahan siap yang dibelinya dan boleh terus dimasak bersama dengan
santan mengikut kepekatan yang dikehendaki.
Bahan asas...mihun, sambal belacan, daun ketumbar, limau kasturi.... |
Burp! Aisehmen....dah kenyang makan baru terperasan cik June tak ambil gambarnya untuk dijadikan
entri. Tengoklah...bekas udangnya dah kosong dan dah ada yang nak tapau pulak tu. Isy..isy...isy!
...taugeh yg siap dicelur & telur dadar.... |
Tadaaa...siap dihidang. Bila hendak makan baru curahkan kuahnya.... |
Jom...silakan...... |
...bersama hidangan pemanis mulut, popia & serimuka... |
Mintak ampunlah anak-anak...tak sempat nak rakam gambarnya lebih awal...nak tunggu digoreng lagi
popia tu lambat sangat, maka cik June main tangkap muat je la. Nanti kang nak tunggu ambil gambar
popia, serimuka pulak dah licin. Esok kita update resepi untuk popia dan serimuka tu la ye?
Untuk hari ini cik June pos resepi Laksa Sarawak dulu.
LAKSA SARAWAK...
Bahan-bahannya.....
2 litre santan dari 2 biji kelapa
1/2 ekor ayam ~ rebus dan siat isinya
60 ml minyak sayuran/masak
50 gm udang ~ rebus dan kopek kulitnya
Bahan Kisar....
10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
5 biji buah keras
5 ulas bawang putih 3 batang serai
3 batang kulit kayu manis
2 cm lengkuas
2 cm belacan
Cara membuatnya.....
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Sedia untuk dihidang bersama mihun yang dicelur dan bahan-bahan hiasan yang lainnya.
Bahan hiasan/sampingan....
Taugeh ~ dicelur
Daun ketumbar
Udang yg siap dicelur
Ayam yg siap disiat
Telur dadar
Limau kasturi &
Sambal belacan
Dari Dapur Seri Hijauan ~ Courtesy Natrah Hamim.
No comments:
Post a Comment