Anak-anak cik June yang dibesarkan di merata tempat ini, suka benar bila cik June buka cerita pasal Johor. Mulalah yang kecik tu teringat makanan kegemaran yang dibuat oleh emak cik June yang mereka panggil Atok. Semasa ayah masih ada, mereka akan panggil Tok Ayah untuk lelaki dan Tok Mak untuk perempuan. Sejak Tok Maknya sudah ditinggalkan oleh Tok Ayah buat selama-lamanya kerana menyahut panggilan Ilahi dua puluh tahun yang lalu, panggilan Tok Mak tu hanya tinggal Atok sahaja.
"Mama pandai buat kuih Kaswi yang Atok selalu buat tu?" tanya si Adik yang memang gemarkan kuih Kaswi, tapi tidak mahu makan dengan kelapa parut. Entah apa pantangnya tak tahulah pulak.
"Kenapa?" cik June tanya dia balik. Ada ke dah tua macam ni tak pandai buat kuih Kaswi?
"Buat ma...dah lama adik tak makan. Kalau beli tu dia dah siap lomor dengan kelapa," katanya.
"Kalau tak lomor dengan kelapa mana sedap," jawab cik June pula.
"Ala...mama punya letak la kelapa," sarannya lagi.
Hisy! Macam-macam aje. Cik June baru cadang nak buat kuih Siput. Dapatlah buat kudap-kudapan semasa menonton Super Spontan malam nanti. Tapi bagus jugalah buat Kaswi sebab kalau kuih Siput tu kang gelak sakan, mau tercekik dibuatnya, kan?
Psst! CSI dah nak start...........hehehe
Bahagian Adik tanpa kelapa parut.... |
Oo...untuk anak-anak yang ingin mencuba, cik June sertakan resipinya di bawah.........
KUIH KASWI....
Bahan-bahannya...
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil kapur/air alkali
5 cawan air *
1 cawan gula pasir *
1 cawan gula merah*
2 helai daun pandan disimpul
Kelapa parut & garam
Cara membuatnya...
1. Masak bahan yang bertanda * dengan daun pandan sehingga larut. Sejukkan.
2. Tuangkan air gula tadi ke dalam tepung dan digaul sebati.
3. Masukkan kapur/air alkali. Gaul rata dan tapis adunan ini supaya tidak bergentel.
4. Panaskan pengukus. Sapu loyang dengan sedikit minyak.
5. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment