Jom anak-anak...hari ni kita main masak-masak. Si Adik ke hulu ke hilir dalam rumah mencari benda yang boleh dijadikan kudapan semasa hendak menonton TV.
"Kalau buat muffins atau cupcakes petang-petang best juga ni," kata si Adik sambil menyelak lembaran buku masak yang cik June kutip dari blog masakan.
"Buat yang senang-senang aje," pesan cik June kerana kalau yang payah tu karang banyaklah bekas yang bersepah di hujung rancangan.
Pilih punya pilih, selak punya selak. si Adik berkenan hendak mencuba resepi Nutella Frosted Cupcakes.
Nutella Frosted Cupcakes... |
"Godak pakai whisk aje?" Tanya cik June yang melintas ke dapur. Ni mesti kes malas nak membasuh mixer tu kan? Cik June memang sudah faham benar sebab bab membasuh mixer yang berlumuran dengan sisa adunan yang bermentega itu memerlukan kerja yang lebih. Kes berat tulanglah tu...
"Anna Olson tu buat tak payah pakai mixer pun," jawab si Adik yang sedang menggodek campuran bahan-bahan itu.
Hasil kerja si Adik... |
"Lepas ni nanti letaklah," jawabnya penuh yakin.
"Kalau dah letak penuh-penuh tu, masa bila nak letak Nutellanya dan nak topping balik? Tak ke membuak keluar masa membakarnya nanti?" Cik June mengingatkan.
"Oo ye ke ma?" Si Adik terberhenti kerjanya. "Habis tu nak kena kaut balik ke ni?"
"Tak payahlah...ikut resepi tulah." Tadi semasa dia membaca resepi tu pada awal rancangan, kami bercadang Nutella itu diletakkan di bahagian tengah sebagai intinya.
Suka hati dialah kan? Kata tadi main masak-masak? |
Hasil yang tidak menghampakan... |
Jom kita ke blog Amy Ong Siew Tin yang sudi berkongsi resepinya ini......
NUTELLA FROSTED CUPCAKES...
Sumber: Cookingcrave.blogspot
Bahan-bahannya...
10 camca besar (140 gm) butter ~ dilembutkan
3/4 cawan (120 gm) white sugar ~ cik June guna gula castor
3 biji telur
1/2 sudu teh vanilla
1 3/4 cawan (200gm) tepung gandum
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh baking powder
Cara membuatnya...
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah Celcius. Lapiskan loyang muffin dengan mangkuk kertas.
2. Putar mentega dan gula hingga gebu ( lebih kurang 2 minit).
3. Masukkan telur satu persatu dan putar terus sehingga sebati kesemuanya.
4. Tambahkan vanilla dan gaul rata.
5. Masukkan tepung, garam & baking powder yang telah diayak bersama terlebih dahulu ke dalam adunan telur tadi sedikit demi sedikit sambil digaul rata. (Adunan sedikit melekit dan pekat).
6. Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk kertas 3/4 penuh.
7. Letakkan 1 1/2 sudu teh Nutella ke atas setiap adunan di dalam mangkuk kertas tadi.
8. Putarkan Nutella bersama adunan menggunakan pencungkil gigi.
9. Bakar selama 20 minit.
Siap dah....jom makan! ~ kata kakak |
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment