Wednesday, April 11, 2012

Kari Daging...

Assalamualaikum to all........

Hari ini cik June masak Kari Daging...asyik ayam aje...kita ubah selera pulak. Tiba-tiba si Adik yang lalu lalang bersiap untuk ke kelas tengahari itu terhidu bau kari.

"Dah lama kita tak makan nasi atas daun pisang kan?"

Ala-ala daun pisang...hehehe
Anak-anak cik June semua dibesarkan di estate, makan nasi atas daun pisang itu macam makan dalam dulang aje lebih kurang. Cuma kalau guna daun pisang ni dah sudah makan, lempar aje ke tong sampah... senang kerja.

Di bandar ni mana nak jumpa daun pisang kalau tak dicari di pasar? Lain kat estate dulu, boleh ambil dari pokoknya di belakang rumah aje. Tapi tak apalah...dah teringin sangat, gunalah pinggan yang rupa daun pisang tu...lebar juga.


Beberapa batang cili hijau dari pokok depan rumah sebagai hiasan...

KARI DAGING...
Bahan-bahannya..
1 kg daging
3 biji kentang
Rempah penumis
Selembar daun kari
4 sudu makan rempah kari daging (cik June guna Baba's)
3 biji tomato buah @ 2 keping asam gelugur
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih *
1 inci halia*                 (Kisar halus bahan bertanda *)
1/2 kotak santan
4 biji bawang merah ~ dimayang
1 batang serai ~ diketuk


Cara menyediakannya...
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah yang dimayang bersama rempah penumis dan selembar daun kari hingga bawang menyerupai bawang goreng.
2. Masukkan serai yang diketuk tadi bersama bahan kisar. Kacau rata bersama rempah kari. 
3. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Biarkan merenih di atas dapur sehingga daging empuk.
4. Masukkan pula kentang dan santan.
5. Rasa asam garamnya. Biarkan lagi sehingga kentang pula empuk.
6. Akhir sekali, masukkan asam keping @ buah tomato yang dibelah dua dan cili hijau yang dibelah-belah sebagai hiasan. (Jika suka pedas, boleh masukkan sesenduk cili kisar semasa menumis tadi).




Ini bahagian si kakak...betul punya kenduri

"Wah! Ini kalau ada Roti Jala, tentu best!" Tegur si Kakak yang pulang dari pejabat petang itu dalam keadaan separuh basah. Kancil yang diparkir di depan rumah itu tidak dapat menyelamatkan dia dari hujan lebat. "Kalau ada papadom tambah sedap," ujarnya lagi.

E..eh! Berapa banyak nak tambah dah? Makan ajelah apa yang terhidang tu...kalau balik kerja nak kena masak tu macam mana? Hisy!




No comments:

Post a Comment