Friday, April 13, 2012

Apam Gula Hangus...

Assalamualaikum to all.....

Ada kisah di sebalik apam yang tak rupa apam ni...

Apam Gula Hangus versi bakar...hehehe

Kisahnya macam ni...
                                Apam yang sepatutnya dikukus itu telah di masukkan ke dalam bekas muffin untuk mendapatkan bentuk yang comel dan kecil. Tetapi pengukus cik June pula tidak dapat memuatkan bekas muffin yang berbentuk empat segi itu. Tengok ni....

Tak muat kukusan mama tu weh!

"Alamak! Nak dibuat macam mana ni?" Tanya si Adik bila cik June beritahu tak muat nak dimasukkan ke periuk pengukus.

"Kita bakar ajelah..." Cik June ambil jalan mudah kerana banyak pulak kerjanya nanti. Nak alih sana sini, dengan bekas yang nak dibasuh lagi (kes berat tulang)...hehehe

"Boleh ke?"

"Alah...kita yang buat dia...." Maka cik June menyediakan oven seperti biasa dengan kepanasan suhu 170 darjah Celcius dan dibakar selama 25 minit.



Tadaa.......

Jadi tu tentu jadi punyalah....cuma kejadiannya sedikit kering. Mungkin kalau dikukus tadi ada lembab-lembab sikit. Walaubagaimana pun ianya tidak menghampakan. Dapat disimpan lebih lama berbanding dengan yang dikukus yang berkemungkinan akan mudah berkulat...hehehe (ayat pujuk diri sendiri).

Untuk anak-anak yang ingin mencuba...kita tengok resepinya di bawah ini........

APAM GULA HANGUS...
Sumber: Kuih dan Manisan Kegemaran Ramai




Bahan-bahannya...
2/3 cawan gula
1/2 cawan air panas
70gm mentega ~ dicairkan
1/3 cawan ( 75 ml) susu cair
1 biji telur ~ dipukul
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 camca teh soda bicarbonate 
secubit garam 1/4 cawan (70gm) gula halus


Ah!! Siap sudah....


Dalam gambar sebelah tu....versi dikukus...(mandai je nak bakar)




Cara membuatnya...
1. Masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan perlahan-lahan sehingga gula cair dan menjadi gula hangus. Pastikan api kecil untuk mengelakkan gula hangit dan angkat sebaik sahaja gula menjadi perang.
2. Tuang air panas ke atas gula hangus. Didihkan gula hangus beberapa minit sehingga cair dan menjadi sirap. 
3. Masukkan mentega, susu dan telur ke dalam bekas sirap yang telah sejuk dan kacau sebati.
4. Ayak tepung, soda bicarbonate dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan gula. Tuang bancuhan di tengah-tengah tepung. Gaul rata dengan senduk kayu atau pemukul telur.
5. Alas loyang 16cm persegi atau bulat dengan kertas kalis minyak dan sapukan mentega. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan dan masukkan ke dalam pengukus.


Peringatan: Jangan buka penutup kukusan sebelum 30 minit kerana apam akan mendak.

Versi bakar cik June....wakakaka

Apa pun alhamdulillah...dapat dimakan dengan satu mug kopi panas malam itu sambil menonton siri dari channel Diva ~ Suits ~ kegemaran cik June. (Psst...cik June suka Harvey Specter tu) muahaha....

Selamat Mencuba! 







No comments:

Post a Comment