Wednesday, April 18, 2012

Talam Marble...

Assalamualaikum to all.........

Hi anak-anak!
Cik June terasa boring sendiri melihat N3 dari blog cik June yang hanya menayangkan menu mudah dengan warna yang malap. Sudah beberapa kali, muffin dan cupcakesnya semua berwarna coklat. Maaf ye...itu adalah kerana cik June terpaksa menghabiskan stok serbuk coklat dan coklat masakan yang tersimpan. Bimbang tarikh luputnya sudah hampir. Len kali cik June meriahkan N3 dengan stok terbaru dan resepi yang berwarna warni pula.

N3 hari ini...bab untuk menghabiskan stok tepung Hoen Kwee yang hanya diguna hanya sesekali sahaja. Jadi cik June telah merayau ke dapur masak blogger-blogger yang ada menayangkan resepi yang berasaskan tepung tersebut. Maka dengan itu terhasillah resepi Talam Marble yang cik June perolehi dari dapur masak blogger Azlita Masam Manis. 

Talam Marble gaya cik June....hehehe

Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi berkongsi resepinya. Memang kelam kabut sikit hendak dimarblekan kerana adunan cepat mengeras dan kita haruslah bertindak pantas untuk membuat lapisan yang banyak dan cantik. Cadangnya...nak buat macam kuih lapis, tapi dah namanya marble...maka separuh jalan tu cik marblekan pula. Hehehe...memandai aje, kan?

Kepada anak-anak yang teringin untuk membuatnya, jom kita salin resepi di bawah ini:-

TALAM MARBLE
Sumber: Azlita Masam Manis
diperolehi dari Kak Fida

Bahan-bahannya...
240 gm tepung Hoen Kwee (cik June ada warna kuning je..)
450 gm gula halus ( 2 1/4 cawan rata)
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sudu teh garam
3 sudu besar serbuk koko 
coklat emulco (ita tambah)

Cara menyediakannya...
1. Satukan bahan ke dalam mangkuk kecuali koko. Gaul rata.
2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur dengan serbuk koko.
3. Masak adunan di dalam periuk yang berasingan sehingga pekat, licin dan kelihatan meletup-letup. Matikan api.
4. Loyang digriskan dengan minyak masak terlebih dahulu.
5. Marblekan adunan berselang-seli warna sehingga habis.
6. Sejukkan.


Dah selamat sebelah...tak sempat nak posing 


Cik June cuma buat separuh dari resepi di atas dan dimasukkan ke dalam mangkuk casserole. Mudah... kerana tak payah nak digris. Buat talam ni nak kena sediakan bekasnya siap-siap dari awal. Bila dah mula pekat baru nak gris loyang, nampak gaya memang beku dalam periuklah....serius, wa cakap lu!

Okeylah tu...sempat juga bercorak talam ni. Kurang rupa tapi rasanya sama ya anak-anak? Jom jemput jamu mata.......

Sesuai dengan cuaca yg agak panas sekarang ini.....


SELAMAT MENCUBA!











No comments:

Post a Comment